Pages - Menu

Jul 10, 2009

kecil atau besar?

lumrah manusia, sentiasa sibuk.
jika tidak disibukkan dengan benda2 yang besar,
dia akan tidak senang duduk,sentiasa cuba menyibukkan dirinya,
walaupun dengan benda2 yang kecil.

Dia mengajar aku supaya mengejar benda yang besar,
agar aku tidak terlalu sibuk dengan benda remeh-temeh.

dia mengajar aku supaya terbang tinggi,
supaya aku tidak terbiasa terbang rendah.
terlalu fokus pada benda remeh?kita akan kabur dengan benda yg lebih besar.

fokus pada sesuatu yang lebih besar? sila kaburkan perkara yang remeh-temeh.

apa yang lebih besar dari tanggungjawab hamba dan khalifah?
menundukkan diri hanya pada Allah...
menundukkan dunia di bawah arahan dan perintah Allah...


*ADAKAH KAU LUPA? KITA PERNAH BERJAYA MENAKLUK 2/3 DUNIA*
tidak mahukah engkau, kita bersama naikkan kembali kegemilangan itu?

1 comment:

  1. betul2...ana suka sajak ni
    jzkk ukhti..

    otak kita lumrahnya sentiasa berfikir
    sama ada kita sedar atau tidak
    kerjanya adalah berfikir
    andai ia tidak disibukkan dengan perkara besar
    maka ia akan berfikir tentang perkara2 remeh
    kerana ia diciptakan untuk berfikir
    oleh itu ia akan terus berfikir
    dan berfikir

    ReplyDelete