Nov 24, 2009

...






kecil
sekecil ini
ya!ini
apa kamu tidak nampak?
Memang kamu tidak akan nampak
Kerana ia memang kecil
Begitu kecil
Sekecil ini

Tuhan
Ia begitu kecil
Namun mengapa
Ia berat di hatiku
ia kelihatan besar
hampir menutup sebahagian pandanganku
ia menyesakkan
menyekat corong nafasku
yang semakin tercungap-cungap
membuatkan aku merasa
nadi seolah-seolah telah mati
dan jantung seakan-akan sudah lama berhenti





Tuhan!!
Ruginya aku ya Allah
Menzalimi diri sendiri
Terngiang-ngiang di gegendang telingaku
“fasik setelah beriman”
“fasik setelah beriman”
“fasik setelah beriman”
Apa itu ya Allah?
Beriman ertinya yakin sesudah tahu
Namun fasik?
Melumpuhkan anggota kerana hawa
Menolak wahyu kerana tak kena rasa

Allah
Akal akan sentiasa berfikir
Tangan akan sentiasa bergerak
Kaki akan sentiasa melangkah
Mereka sentiasa taat ,Tuhanku
Tidak sekali-kali ingkar
Andai tidak ada perkara besar yang hadir
Maka akal mula menjenguk perkara dunia yang remeh
Tangan akan cuba mencoret rasa yang tidak perlu
Dan kaki mula melangkah ke situ
Melewati lorong-lorong jurang neraka
Panas tetapi berhawa
Busuk tetapi selesa

Tuhanku
Andai Engkau biarkan aku memberatkan rasa sekecil itu
Maka ia seolah-olah menjadi racun yang diteguk
Diam menjalar ke urat-urat nadi
Sunyi
Tanpa sakit tanpa rasa tanpa tanda
Bisanya hanya disedari
Apabila gadis itu tadi
Jatuh dan
MATI

Nov 21, 2009

-dari Dia,untuk kita-



”Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Dia telah menciptakan manusia dari mani,ternyata dia menjadi pembantah yang nyata.

Dan haiwan ternak telah diciptakannya untuk kamu,padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai manfaat,dan sebahagiannya kamu makan.

Dan kamu memperoleh keindahan padanya,ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya( ke tempat penggembalaan)

Dan ia mengangkut beban-bebanmu dari suatu negeri yang kamu tidak sanggup mencapainya, kecuali dengan susah payah. Sungguh Tuhanmu Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Dan Dia telah menciptakan kuda,bagal, dan keldai untuk kamu tunggangi dan (menjadi ) perhiasan.Allah menciptakan apa yang kamu tidak ketahui.

Dan hak Allah menerangkan jalan yang lurus,dan diantaranya ada (jalan) yang menyimpang. Dan jika dia mengkehendaki,tentu Dia memberi petunjuk kamu semua (ke jalan yang benar)Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman,sebahagiannya (menyuburkan tumbuhan). Padanya kamu menggembalakan ternakmu.

Dengan (air hujan) itu, Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman,zaitun,kurma anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.

Dan dia juga mengendalikan apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran.


Dan Dialah yang menundukkan lautan(untukmu),agar kamu dapat memakan daging yang segar (ikan) darinya,dan (dari lautan itu) kamu mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai.Kamu (juga) melihat perahu berlayar padanya,dan agar kamu mencari sebagian kurnianNya,dan agar kamu bersyukur.

Dan Dia menancapkan gunung di bumi agar bumi tidak goncang bersama kamu,(dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.

Maka apakah (Allah) yang menciptakan sama dengan yang tidak dapat menciptakan (sesuatu)?Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun ,Maha Penyayang.”

(16:3-18)
(An-nahl:3-18)

Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar...
Betapa banyaknya nikmat yang telah Allah kurniakan untuk kita.
Ya! Untuk kita..
untuk kita sebagai hambanya. Seorang bos di sebuah syarikat telah melantik seorang pekerja untuk bekerja di syarikatnya. Bos tersebut telah menyediakan kemudahan yang amat lengkap dalam bilik pekerja tersebut. Diberinya bilik berhawa dingin, set komputer keluaran yang paling latest, kerusi, meja,almari dari kayu yang paling berkualiti,set sofa yang empuk untuk memberikan keselesaan kepada si pekerja untuk berbincang dengan client2. bilik itu pula di letakkan pada sudut yang sangat strategik. Dari tingkap bilik tersebut,dapat dilihat pemandangan yang menghijau.sedap mata memandang,memberi peluang kepada si pekerja untuk melepaskan stress bekerja dan menenangkan fikiran.

Akan tetapi...

Malang sungguh!
Setelah diberikan kemudahan yang begitu banyak,si pekerja itu langsung tidak menggunakan kemudahan itu sebaik-baiknya. Digunakan set komputer yang latest itu ke arah yang tidak memanfaatkan dirinya.main game,tengok movie,dll. Digunakan set sofa yang empuk itu untuk tidur. Pokoknya,segala perbuatan si pekerja itu langsung tidak memberi pulangan,tidak menguntungkan syarikat tersebut.

Saya ingin bertanya,jika kita berada di tempat bos tersebut,apakah yang kita rasa?

Mesti marah kan? Tak pun,pecat jelah pekerja tu,buat pe nak simpan pekerja yang tak mendatangkan untung kn?

Hurm..

Cuba kita refleks balik diri kita.seandainya kita yang menjadi pekerja itu,dan Allah adalah bosnya.



Allah dah sediakan ’office’ (alam) yang sangat best kat kita,penuh dengan kelengkapan
yang sangat canggih,
yang sangat unik,
yang sangat istimewa untuk kita.
yang kita sebagai hamba tak terfikir dek terbatasnya ilmu kita jika dibanding dgn ilmu Allah yang Maha luas.

Dengan nikmat yang tak terhitung banyaknya itu,
bagaimana kita sebagai seorang hamba menggunakannya?
bagaimana kita memanfaatkan kemudahan itu?
Adakah kita melaksanakan suruhan Allah?
Adakah setiap apa yang kita buat berlandaskan syariatNya?
dan...
adakah kita telah memenuhi tujuan penciptaan kita?

Dalam kehidupan,kita tak lari dari melakukan kesalahan. Ada kesalahan secara tak sengaja, dan ada juga secara sengaja. Tapi, Allah tak pecat kita.Allah tak buang kita.
Namun sebaliknya,Allah masih lagi mengurniakn nikmatNya untuk kita.
Baikkan Allah?
Masih lagi beri kesempatan kat kita untuk menjadi hambaNya.
Masih lgi memberi peluang untuk kita bertaubat
Memberi peluang untuk kita sedar, dan kembali semula kepada tujuan penciptaan kita.



Allah dah state kan dgn jelas,dlm manual kita iaitu Al-Quran,yang semua nikmat tu untuk kita..
Jadi apa tindakan kita?

Mari kita sama2 koreksi diri!

(2:30) & (51:56)

p/s : nak share satu lagu yang best -open your eyes by Maher Zain-

Nov 18, 2009



Hidup
Celaru dan kotor
Sungguh!sungguh bercelaru
Debu
Butir-butir pasir menampar pipi
Barangkali mahu mengejutkan aku dari lena
Lena yang terlalu panjang
Yang merugikan dunia

Allah
Di sini
Allah
Di situ
Maka mengapa aku mencari mereka
Mengapa aku mencari dia
Sedangkan mereka tidak ada
Dan tidak selalu ada untukku
Tapi Allah
Meskipun sibuk mentadbir dunia
Menyusun semesta
Namun sentiasa ada masa untukku
Lalu kenapa aku terus menerus mencari mereka?


Nov 17, 2009

Saya budak medik=)

"Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (2:195)

Untuk kesekian kalinya, aku kembali merenung diri. Terasa setiap langkah semakin berat, semacam ada beban yang sangat berat untuk dipikul. Dosakah?

Jika kamu hidup untuk dirimu sendiri, maka kematian akan mematikanmu.
Jika kamu hidup untuk orang lain, kematian tidak akan mematikanmu.

Berada dalam kelompok pelajar perubatan, masing-masing pasti dapat memahami bagaimana pahit dan manis hidup sebagai pelajar perubatan, dan sudah dapat menduga-duga bagaimana halnya dan sibuknya kita nanti bila sudah menjadi medical officer.

Namun dalam semua kepayahan yang diharungi, tetap terselit rasa manis, bangga dan bahagia, walau berdepan dengan timbunan buku yang sukar difahami, masih lagi boleh tersenyum. Kerana dia tahu, hidupnya nanti bakal memberi sinar dan bahagia buat manusia lain, hidupnya nanti, akan sentiasa memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Bahagiakan? Biar berlelah, biar bersusah, demi melihat seulas senyuman manusia lain!

Tapi, pada satu sisi yang lain, kekosongan akan dirasai jika kita hanyut dalam dunia perubatan semata, dengan alasan sibuk study. Study 24 jam kah?

Sekarang ini kita kata kita sibuk study, kemudian bila masuk ke alam pekerjaan, kata sibuk HO pula, kemudian sibuk MO, kemudian sibuk specialist, kemudian sibuk sub-specialist, kemudian...
[jangan jadi robot ye~]

Tanpa kita sedar, hidup kita tak ubah seperti robot, hanya mengikut acuan arus perdana. Bila semua doktor mahu menjadi specialist, kita juga mahu seperti itu, ikut saja tanpa fikir! Bila semua doktor mahu buat kerja di hospital swasta kerana gaji tinggi, kita pun mahu juga. Huhu..

Kenapa perlu jadi robot, sedangkan kita hidup di dunia ini bebas dari perhambaan sesama manusia, untuk hidup mengikut fitrah manusia yang sebenarnya. Hamba Allah sahaja!

Firman Allah:
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (1:5)

Setiap kali aku rasa kosong, aku perlu pastikan di mana silapnya. Kita hidup sebagai sebagai seorang muslim, bukan saja-saja Allah pilih kita. Ada tugas dan tanggungjawab buat hambaNya, tanda kasih-sayangNya pada kita.

Hendak dicari masa, barulah kita akan tunaikan janji kita padaNya, sampai bila-bila pun kita akan terus beralasan. Masa itu kita yang tentukan ada atau tidak, bukannya ikut flow apa yang berlaku di sekeliling.

Kalau kita dah sediakan masa untuk Islam, pasti ada masa itu. Pasti! Mari kita sama-sama bermimpi menjadi penolong agama Allah di muka bumi, sekali dengan usaha ye!~

Jom jadi MUSLIM doktor, moga kita berjaya dunia akhirat. Amiin.

pemimpi syahid di jalanNya,
Lu'lu.

Nov 14, 2009

KLIK KLIK


[klik untuk paparan jelas]

Either we make history, or we become history

Nov 10, 2009

sesak


aku mencari-cari di setiap ufuk bumi.
mana??
mana dia??
manusia bergerombolan.
pandangan aku tersekat.
tempat ini sesak!!
sesak dengan benda2 kotor yg dihiasi dengan indah sekali.
ketepi manusia!!
ak mahu cari dia!

ak mahu lari tapi terhalang dgn tujahan manusia berlawanan arah.
ak mahu redah tp ditarik oleh tangan2 yg lemah gemalai.
mengusap2 lembut, mengenggam erat jari jemariku.
selesa, tp ak xmahu!
ak tahu kalau aku ikut arus, ak bodoh.
ak akan hanyut bersama manusia yang tak tahu apa2 tentang hakikat dunia.
ak tahu kalau aku tak kuat melawan arus, ak xkan dapat sampai ke sana.

dulu aku hanyut.
dan bile ak tsedar, aku rasa amat kotor sekali.
ak xmahu org lain jadi macam aku.
dulu aku rasa aku kuat.
aku yakin aku xkan terjerumus.
tp pegangan xselamanya teguh kawan.
walau seutuh mane kau kata, ak xpercaya lagi.
buktinya??? ak sendiri jadi bukti.
dan kau sendiri jadi bukti teori aku ini.

dan sekarang, ak mahu ke sana.
tempat yg suci, dipenuhi org2 yg suci,
yg menghargai nikmat iman dan islam yg suci,
tempat yg bersih dari sampah2 kehidupan,
dari parasite2 maksiat,
dari antigen2 zina,
tempat yg sgt suci.
tempat yg aku cari selama aku di sini.

kau,
kau mahu ikut atau x??

Indahnya ukhuwwah!



Indahnya ukhuwwah! Pernahkah anda merasai begitu?? Setiap hari kita bertemu dengan insan lain..beramah mesra,bergurau senda,berkasih sayang..Bukankah ianya suatu nikmat yang sangat besar??Apatah lagi ianya diberikan hanya kepada orang2 yang beriman..



"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"(Al-Hujurat:10)

Tetapi apabila kita berukhuwwah,adakah kita menunaikan hak2nya??Ataupun kita mengambil ringan hak saudara kita?

1-Memberi salam:hukumnya sunnat muakkad & menjawabnya wajib.
2-Menghadiri jemputan terutama majlis perkahwinan:menghadiri jemputan majlis perkahwinan wajib jika berkelapangan.
3-Mendoakannya ketika dia bersin:hukumnya sunnat muakkad
4-Memberi nasihat apabila diminta
5-Menziarahinya ketika sakit
6-Mengiringi jenazahnya

"Serendah-rendah ukhuwwah itu berlapang dada & setinggi-tinggi ukhuwwah itu ithar(mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri)"

Dalam sirah terlalu banyak contoh ithar para sahabat yang boleh kita ambil sebagai ikhtibar.Contohnya ketika perang Yarmuk,kisah antara Ikrimah bin Abu Jahal,Ayyash dan Al-Harith.Ketika itu mereka cedera parah.Salah seorang daripada mereka meminta air dari tentera Islam yang lain.Ketika tentera Islam itu hendak memberi air tersebut,peminta air itu terdengar suara sahabatnya meminta air lalu menyuruh tentera Islam itu memberi sahabatnya air.Lalu tentera Islam itu pergi ke sahabatnya itu.Ketika tentera Islam itu hendak memberi air kepadanya,dia terdengar suara sahabatnya yang ketiga meminta air.Lalu menyuruh tentera Islam itu memberi air kepada sahabat ketiga.Apabila tentera Islam itu tiba kepada sahabat ketiga,sahabat itu menyuruh tentera Islam itu memberi air tersebut kepada sahabat yang pertama.Akhirnya ketiga-tiga sahabat itu syahid kerana ithar kepada sahabat yang lain.Semoga Allah merahmati mereka.

Semoga kita sama2 mencapai martabat tertinggi dalam ukhuwwah juga tergolong dalam golongan orang yang mendapat naungan arsy Allah kerana bertemu & berpisah keranaNYA

Sekadar peringatan bagi diri yang alpa..

p/s:Uhibbukunna Fillah akhawat!



Nov 4, 2009

erat...





Pagi….
Seperti biasa saya melangkahkan kaki menuju ke universiti. Sejuk dan mendamaikan. Itulah gambaran suasana yang boleh sy katakan di sepanjang perjalanan sy. Mungkin kerana masih awal pagi,maka jalan raya belum lagi dipenuhi kereta2. Subhanallah, damainya pagi itu. Bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar di kota kaherah yang terkenal dgn kesibukannya.

Saya cuba meneliti peristiwa2 yang berlaku di sekeliling saya. Meneliti dan terus mencari. Sudah saya niatkan dalam hati sebelum melangkahkan kaki keluar dari rumah untuk cuba mencari sekurang-kurangnya satu peristiwa sebagai ingatan untuk diri saya. Dalam bhs yang lebih mudah, belajar sesuatu dari peristiwa yang berlaku di sekeliling saya, agar nikmat akal yang Allah kurniakan ini dimanfaatkan dgn sebaik-baiknya.
Bukankah setiap apa yang berlaku,setiap apa yang telah Allah aturkan itu ada pengajaran disebaliknya? Dan pengajaran itu hanya dapat dilihat bagi mereka yang berakal sihat.

Berjalan dan terus berjalan. Melintasi deretan-deretan kedai yang kebanyakannya masih belum dibuka,saya mempercepatkan langkah menuju ke jalan raya. Di sebelah kanan saya ada seorang lelaki bersama anak lelakinya yang memakai uniform sekolah, juga ingin melintas jalan.Saya mengikuti langkah mereka. alhamdulillah,selamat melintas. Saya membiarkan mereka berjalan di hadapan saya memandangkan mereka seolah-olah sedang mengejar masa.


Saya lihat,begitu erat tautan tangan si ayah dan si anak. Sungguh erat. Eratnya tautan tangan itu melambangkan betapa kasihnya seorang ayah terhadap anaknya. Betapa si ayah ingin melindungi dan menjaga anaknya. Memimpin tangan si anak yang masih kecil, untuk menunjukkan jalan ke sebuah tempat untuk menuntut ilmu. Ilmu yang mana insyaAllah akan menjadi penunjuk jalan dan bekalan kepada si anak yang masih belum kenal erti hidup untuk mengharungi masa hadapan. Sungguh ..lelaki dan anak kecil itu telah mengingatkan saya ttg kasih sayang seorang lelaki bernama ayah.

Saya meneruskan langkah merentasi sungai nil. Dari jauh,saya masih lagi dapat melihat kelibat lelaki td memimpin tangan anaknya di celahan orang-orang arab lain. Teringat pula saya satu iklan (mgkin ramai yg tahu iklan ni).Iklan berkisar ttg si ayah yang meminta anaknya melakukan kerja rumah. dan si anak melakukan kerja rumah itu dlm keadaan terpaksa dan menunjukkan tanda protes dgn menghantar surat untuk meminta upah bg si anak setelah melakukan kerja2 tersebut. Dan ayah dgn penuh hikmah menulis satu surat untuk anaknya. Nak tahu apa yang ayah tulis,sila tgk video ini. :)









Menarik kan..
Iklan ni betul2 menyedarkn saya. Saya dulu spt anak kecil itu juga.(tp sy x tulis surat kat ayah :) ) Bila diminta tlg untuk buat kerja rumah pasti ada saja caranya untuk mengelak. Tak pun mimik muka yang tak sepatutnya akan terpancar di wajah. Tak baik kan macam tu. Ha,bila dah sedar ni,jom berubah! dan dalam setiap apa yang kita lakukan,kita mesti ikhlas kan? mari, kita sama2 ikhlaskan niat dalam apa jua yang kita lakukan dan hargailah ibu bapa kita.


selain tu,iklan ini juga telah 'mengetuk' kotak pemikiran saya.'ketukan' yang saya kira sangat berguna,mengingatkan saya ttg satu perkara yang amat besar. satu perkara,yang mana saya,sebagai seorang hamba sering lupa. erti syukur.

melihat si anak menulis surat seakan bil di dlm iklan itu,menyebabkan saya terfikir ttg bagaimana harus saya,berhadapan dgn Pencipta,yang mencipta segala-galanya.sekiranya Dia menyenaraikan list nikmat2 yang telah dikurniakan kpd sy.tentu panjang bil tu kn.cuba kita bandingkan bil elektrik atau bil air yang perlu dibayar setiap bulan.sekiranya kita tidak melunaskan pembayaran bil,sudah pasti bekalan elektrik atau air akan dipotong kan.semua setuju kan dgn statement saya ni?


ha,jom kita lihat..Allah bekalkan kita dengan pelbagai nikmat.sbg cth,oksigen.sekiranya Allah menetapkan setiap oksigen yang kita gunakan untuk bernafas dgn byaran LE 1 dgn setiap nafas,mampukah kita untuk membayarnya?sudah tentu tidakkan.sekaya mana pun individu itu,saya pasti,dia tidak mampu melunaskan byrn itu. ttp,adakah dgn tidak melunaskan pembayaran,Allah akan memotong bekalan oksigen?


tidakkan..


lihatlah...betapa kasihnya Allah terhadap hambaNya.walaupun hambaNya masih terumbang-ambing dalam arus duniawi,namun,nikmat tetap diberi.tetapi,mahukah kita menjadi golongan penerima nikmat yang tidak tahu bersyukur?


oleh itu,saya mengajak diri saya sendiri dan kawan2 semua untuk sama2 kita menjadi hamba yang taat kpdNya.menjadi hamba yang melaksanakan perintah Allah,dan meninggalkan laranganNya,sebagai satu manifestasi tanda syukur kita di ats kurniaanNya.





Mari jadi hamba dan anak yang baik!

Nov 2, 2009

apa makna IHSAN kepada ibu bapa?

(dipetik dari blog DAKWATUNA)

Assalamualaikum wrt. wbt.

Mutaakhir ini timbul beberapa kekeliruan terhadap perkara yang dulunya mudah, tetapi kini menjadi sukar difahami. Bukan kerana hakikat itu telah berubah, namun ia diolah oleh mereka yang berkepentingan. Disebabkan terdesak untuk memahamkan orang tentang kaitan peristiwa atau isu yang telah berlaku, maka hakikat tersebut terpaksalah diterangkan dan diolah selari dengan kepentingan berkenaan. Jangan tertipu dengan apa yang diperkatakan, mari kita kembali kepada nas asal yang memperkatakan tentang itu.

Apa makna IHSAN kepada ibubapa?

1. Merujuk kepada ayat 23-24 dari Surah al-Isra' Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah"** dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah.."Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecilku."

** mengucapkan kata "ah" kepada orang tua tidak dibolehkan, apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Di dalam ayat di atas ada 10 permasalahan:

1. Qadho - ialah suruhan wajib untuk menyembah Allah swt iaitu Allah Ta'ala telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya.

2. Allah swt memerintahkan agar manusia menyembahNya dan mentauhidkanNya disertakan dengan berbuat ihsan kepada kedua ibubapa, sama seperti bersyukur kepada Allah swt. disertakan dengan berterimakasih kepada kedua ibubapa. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abdullah ra, katanya: "Aku bertanya Nabi saw apakah amal yang paling disukai oleh Allah?" Nabi menjawab: "Solat dalam waktunya." Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?". Nabi saw menjawab: "Kemudian berlaku ihsan kepada kedua ibubapa." Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?" Nabi saw menjawab: "Berjihad fi sabilillah."

Lihatlah betapa pentingnya ihsan kepada kedua ibubapa sehingga Nabi saw menjadikan 'birrul walidaini' -berbuat baik kepada ibubapa- seafdhal2 amal selepas solat yang merupakan tiang agama yang terpenting.

3. Di antara makna 'birrul walidaini' dan 'ihsan' kepada kedua ibubapa ialah bahawa jangan seseorang itu menderhaka kepada kedua2nya kerana ia termasuk daripada dosa-dosa besar (kabaair) tanpa khilaf. Perkara ini ditegaskan oleh sunnah thabitah. Di dalam sahih Muslim daripada Abdullah ibn Amru bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Sesungguhnya dikira daripada kabaair itu berkata kesat (memaki) seorang lelaki terhadap kedua ibubapanya. Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah saw adakah orang yang akan berbuat demikian kepada ibubapanya?" Rasulullah saw menjawab: "Ya, boleh berlaku bila seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada bapa orang lain, lalu orang tadi membalas dengan memaki ibu dan bapanya."

4. Termasuk derhaka kepada ibubapa ialah menyalahi kehendak kedua-duanya dalam perkara yang diharuskan oleh syara', sama halnya 'birrul walidaini' bermakna membuat sesuatu yang disukai oleh kedua-duanya. Berdasarkan kenyataan di atas apabila kedua-dua ibubapa menyuruh sesuatu perkara kepada anaknya, maka menjadi kewajipan ke atas anak itu mentaatinya selagimana suruhan itu dalam perkara yang bukan maksiat.

5. Imam Tarmizi meriwayatkan daripada ibnu Umar ra katanya: "Saya ada seorang isteri yang saya amat kasih, tetapi ayah saya membencinya dan menyuruh aku menceraikannya, lalu aku enggan. Aku mengadu kepada Rasulullah saw, lalu baginda saw bersabda: " Wahai Abdullah ibnu Umar! Ceraikan isterimu itu." (Hadith Hasan lagi Sahih).

6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: "Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: "Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?" Nabi saw menjawab: "Ibu kamu." Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "Ibu kamu." Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "Ibu kamu." Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "Bapa kamu."

Dalam hadith ini menunjukkan kasih kepada ibu 3 kali ganda melebihi kasih kepada bapa kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat.

7. Tidak dikhususkan 'birrul walidaini' hanya kepada ibubapa yang muslim sahaja, bahkan wajib berbuat baik kepada kedua-duanya sekalipun mereka kafir.

8. Termasuk yang dimaksudkan 'ihsan' kepada kedua-dua ibubapa ialah apabila tidak sampai ke tahap jihad menjadi fardhu ain, ia mestilah mendapat keizinan daripada ibubapa untuk keluar berjihad; tidak boleh keluar berjihad kalau ibubapa tidak memberi izin. Ini berdasarkan hadith yang sahih yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar ra katanya: "Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw meminta izin untuk berjihad, maka Nabi saw bertanya: "Adakah kedua ibubapamu masih hidup?" Dia menjawab masih hidup, lalu Nabi saw bersabda: "Maka untuk kedua-dua ibubapamu hendaklah kamu berjihad." (Riwayat Muslim).

Di dalam riwayat yang lain lelaki tadi menjawab: "Ya, masih hidup dan aku meninggalkannya dalam keadaan kedua-duanya menangis. Nabi saw bersabda: "Pergi kamu, maka usahakan supaya kedua-duanya ketawa sebagaimana kamu telah membuat kedua-duanya menangis."

Dalam riwayat yang lain lagi.... Nabi saw bersabda: "Tidur kamu bersama kedua ibubapa kamu di atas tilamnya lalu kamu berusaha menjadikan kedua-duanya ketawa dan kamu pula bergurau senda dengan mereka lebih afdhal daripada kamu berjihad bersama aku."

9. Ulama' berselisih adakah apabila ibubapa musyrik diperlukan keizinan daripada kedua-duanya untuk berjihad (jihad kifayah)?

Imam Thauri berpendapat perlu, tetapi Imam Syafei berpendapat tidak perlu.

10. Sebagai penyempurna dalam 'birrul walidaini' ialah menghubungkan silaturrahim dengan mereka yang pernah bersahabat dengan ibubapa...

Semoga bermanfaat untuk direnung oleh anak-anak yang beribu dan berbapakan da'ie -para pendakwah- di jalan Allah swt. Jangan lupa hukum dalam melakukan dakwah dan jihad, nanti antum juga yang menyesal suatu hari nanti. Ingatlah kisah 'Alqamah yang tidak mampu mengucap syahadah dek kerana dia melebihkan si isterinya daripada ibu sendiri. Ibunya memendam rasa di hati, namun tidak diluahkan... Bagaimana ibu-ibu dan bapa-bapa yang kini berada dalam bahtera dakwah yang diketahui kebaikannya tiba-tiba anak sendiri yang mengherdik dan merendahkannya; bukankah itu menderhaka namanya??? Fikir-fikirkanlah di atas iman dan amal kata sahabat kita dari Jamaah Tabligh....

Sila rujuk - al-Jaami' Li Ahkaamil Quran oleh Imam al-Qurthubi, jilid ke5, m/s 155-157, cetakan ke6 tahun 1996 Darul Kutub al-Ilmiyah.