Sep 8, 2009

balang kuih



“Mak, Su rasa balang kuih ni cantik jugak. Sesuai nk letak kuih raya kat rumah kita nanti. Siap ada hiasan lagi, mak.”


“Aah la Su, cantik balang kuih ni. hurm,cuba tengok, kedap udara tak. Kalau cantik shj,tapi tak kedap udara tak de guna jugak nak. Nanti tak tahan lama pulak kuih-kuih dan biskut raya kita. Tengok sekali harganya ya. Mak tak berapa nampak harga tu,kecik sangat nombornya, mata mak ni dah tak berapa nampak sangat.”


“baik mak”, jwb su ringkas.

-memetik perbualan antara seorang ibu dan anak di kompleks membeli-belah-


Rata-rata ramai di kalangan kita,sudah mula membuat persiapan raya,walaupun Ramadhan belum lagi sampai ke penghujung. Masih ada lebih kurang belasan hari lagi untuk kita merebut tawaran2 yang dianugerahkan Allah pada bulan yg penuh barakah ini. Apabila ditinjau-tinjau, kebanyakan kompleks membeli-belah sarat dikunjungi para pengunjung. Pelbagai barangan ditawarkan kepada pembeli,bagi memberi pelbagai variasi pilihan. Antara barang-barang yang tidak terlepas daripada promosi untuk aidilfitri ialah balang kuih.


Penjualan balang kuih juga, turut dipromosikan di televisyen. Ada juga yang menjadikan balang kuih ini sebagai hadiah percuma dengan setiap pembelian barangan jualan mereka. Saya melihat bahawa balang kuih ini sebagai satu benda yang menarik.

Kenapa ya? Hurm,mungkin kerana ia boleh dikaitkan dgn Ramadhan. Mungkin boleh saya katakan di sini sebagai balang Ramadhan.



Bagi mencantikkan balang kuih,ia dihias dgn riben dan bunga2. itu kalau balang kuih,balang Ramadhan pula camne?

Hurm,balang Ramadhan dihias dgn puasa,sahur,dan solat sunat tarawih...haa...hiasan balang ramadhan ni bkn calang2 kan shbt2.

Kenapa saya kata macam tu? Kerana :


PUASA- puasa adalah rukun islam kita yang ketiga.ia wajib dilaksanakan oleh semua umat islam yang berupaya.Puasa juga sebenarnya memberi kesan yang baik untuk tubuh kita.ini kerana,ia memberi peluang untuk sistem penghadaman kita berehat.


SAHUR-kita bersahur bagi mengikut sunnah Rasulullah.

Rasulullah bersabda :

Sahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah.


SOLAT TARAWIH- hanya dikerjakan pada bulan Ramadhan sahaja.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Jelas disini bhw hiasan2 balang Ramadhan ini begitu berharga. Ia bukan shj mencantikkan bulan ramadhan itu sendiri, malahan memberi ganjaran pahala kepada umat islam. jika kita bandingkan hiasan balang ramadhan dgn hiasan balang kuih,nmpk jelas bezanya kan.hiasan balang kuih hanya memberi kesan cantik pada balang shj. Ia tidak memberi kesan apapun kepada kita(mungkin dpt mnyedapkn mata shj). Tetapi,hiasan balang ramadhan,bkn shj mencantikkan bulan itu,malahan turut menguntungkan kita umat islam dgn ganjaran pahala yg berlipat kali gnda. :)



Setiap apa yg ingin kita miliki harus dibeli bukan? Begitu juga dgn balang kuih.

Balang kuih dijual dgn pelbagai harga.ada yang mahal,yang murah dan ada yang sederhana. Di samping harga2 tersebut,mungkin diselitkan tawaran2 dgn setiap jumlah pembelian balang kuih melebihi harga tertentu akn diberikan hadiah percuma.

Balang Ramadhan,dikurniakan Allah kepada seluruh umat islam secara percuma.

Haa..cuba kita fikir,siapa nk bagi kita brg percuma dgn begitu senang?

Di samping brg percuma tu,ditawarkan pula tawaran2 hebat..tawaran apa yg hebat tu?

Memetik sedikit daripada khutbah Rasulullah menjelang Ramadhan,

Siapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Siapa melakukan solat fardhu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.

Siapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Siapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.........


Selain itu,di dalam bulan Ramadhan ini,umat islam ditawarkan dgn satu lagi malam yang sgt hebat,iaitu Lailatulqadr.


”sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam Qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.Sejahteralah(malam itu) sampai terbit fajar.”

(al-Qadr:1-5)



Erm...apa lagi ciri2 yang kita ambil kira dalam menilai sebuah balang kuih? selain daripada hiasan2 yang mencantikkan balang itu,selain daripada harganya..ada satu elemen yang saya kira lbih penting drpd ciri2 yg saya sebutkan di atas..

Cuba kita fikir..


Kedap udara.... Anda setuju?

Bagi saya,kedap udara merupakan antara salah satu elemen terpenting dalam menilai sebuah balang kuih..masakan tidak,kedap atau tidak balang itu akn menentukan rasa kuih atau biskut raya atau apa jua makanan yang akn kita isi dalam balang tersebut. Sekiranya balang tersebut tidak kedap udara,maka,biskut,atau apapun mknn yg kita isi akn lemau,masuk angin. Jadi fungsi sebenar balang itu tidak dpt dimanfaatkan dgn betul kan?

Begitu juga dgn balang Ramadan.Balang Ramadan perlu kita isi dgn semangat kita.Balang Ramadan kita juga perlu kedap udara,agar semangat kita untuk melalui bulan yang penuh keberkatan ini tidak lemau,tidak luntur,dan tidak lemah. Agar semangat kita kekal ataupun semakin meningkat dari awal Ramadan sehingga ke akhirnya. Seperti mana kita sedaya upaya mencari balang kuih yg terbaik, bagi mengekalkan kesedapan kuih, begitu jugalah sepatutnya,atau malahan lebih lagi kita berusaha untuk menjaga semangat kita supaya sentiasa kekal bersemangat dan semakin bersemangat untuk merebut tawaran2 mega dari Allah.


Oleh itu,marilah sama-sama kita berjuang sehabis mungkin bagi merebut pahala yang dijanjikan oleh Allah buat kita.




Allahumma bariklana fi Ramadhan,Allahumma bariklana fi Ramadhan,Allahumma bariklana fi Ramadhan.

Categories:

0 comments: