Sep 15, 2009

jom packing our luggage!!

assalamualaikum w.b.t.!
gawwafah nak share dari ceramah yg gawwafah dgr dari seorang penceramah bebas malaysia.

kes 1 :


hurm...kawan2, dah nak raya ni, dah packing nak balik kg? kalau esok nak balik, mesti mlm ni kita dah sibuk kemas2 kan?
baju raya. kene matching dgn tudung. kasut baru. telekung. al-quran. ape lgi nak bawak yer?

kes 2 :

kalau mereka yg nk gi haji 40 hari, tgkla berapa lama persiapan. dengan kursus berminggu2.
lepas tu bila jumpa kawan2, sedara mara,

"akak mintak maaf la dik yer, salah silap akk. akk nak gi haji ni, manelah tau kalau ape2 jadi nanti, halal jerla dik yer"

kalau boleh satu kg nak jumpa mintak maaf. takut tak sempat kalau apa2 jadi.

kes 3 :

seminggu sblm blk mesir,
*rempah-sup-cili kering-santan-halia-ikan bilis-kunyit-kari....
*laptop ok-camera ok-hp ok-mp3 player ok-charger ok- all set*
*buku medic all set - buku sirah- hadith dll - sume siap
* sekolah dah gi. kawan sekolah rendah dah lawat.cikgu2 dah minta berkat semua. emak ayah dah puas hati. shopping complex dah round semua. ok!

rapinya kita packing!semua benda sudah dipastikan siap. yerla, takut2 tertinggal barang kan? kempunan setahun nanti >.<

gawwafah cuma nak sentuh satu jer.

bagaimana agaknya persiapan kita ke syurga?

dah siap packing2? dah berapa beg amalan kita ye? dah post siap2 belum bekal kita ke sana?
ishhh..kita kan nak tinggal di sana abadan abada..selama-lamanya kat syurga, mestilah kena siap bertahun-tahun awal.


kalau kak siti dah post 50 beg besar amalan, kak timah 100, kak esah 30, kak mai 1000, tak takut ke kita kalau baru satu beg yg kita mampu sediakan?tak ralat ke hati kita?

jika kita dtg beraya rumah orang, apa perasaannya kalau tuan rumah x layan? x hiraukan kita langsung. mesti kita sedih dan pulang ke rumah dengan hati kecamuk.

"x nakla dtg umah de lagi! ade ke kita dtg dia wat x tau jer.ingat kita tggul ke!"

kawan2, kalau kita di akhirat nnti, bukankah salam Allah hanya utk mereka yg ada pas masuk ke syurga.

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan apa sahaja yang mereka inginkan.kepada mereka diucapkan SALAM sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang." (36 :5758)

kalau di dunia, kita dihalau orang, boleh balik rumah sendiri. jika di akhirat, kita tak dihirau, ke mana arah hendak dituju?hendak kembali ke dunia? mustahil sama sekali.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda:”Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.”
(al-Bukhari)

jom kemas-kemas! ^-^

2 comments:

Azharudin said...

hi jumpa kita di ambang syurga ye..penceramah bebas tu bebas cam mana?

bebas bergaul dgn waheeda yek..hehe kau kena tipu dik oii.

jadi bini kedua nanti baru tahu..

gawwafah said...

adeh2..kna bgtau ek nama penceramah.

name penceramah bebas tu ustaz muhammad kazim elias al-hafiz.
why don't u try to listen to one of his vcd?

hurm, xde kene-mengena dgn ust yg brother azharudin mksudkan..

brother, manusia x pernah sempurna, dan manusia tak pernah diberi amanah untuk menilai orang lain.