Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Jan 25, 2012

Kembalikan pada Allah


Mari kita cuba merubah kehidupan agar menjadi lebih bermakna.
Lepas ni nak selalu cuba kembalikan semua perkara kembali pada Allah.
Contoh :

Kita lapar, maka kita makan. Then kita kenyang. Macam mana aktiviti makan dan kenyang ni nak kembalikan kita pada Allah?

Kita nak exam, maka kita study. Bila dah study, berjaya insyaAllah. Jadi bagaimana dengan usaha dan kejayaan ni, nak dikembalikan pada Allah.

Kita mengantuk, maka kita tidur. Macam mana nak jadikan tidur kita tu, tidur untuk mendapatkan redha Allah.

Setiap hari kita mandi, macam mana mandi kita, gosok gigi kita, cuci muka kita, sapu losyen kita, pakai bedak kita, gosok baju kita, pakai baju warna sekian-sekian, pakai kasut sekian-sekian, boleh mengembalikan kita pada Allah?

Tak kisahlah apa sahaja, dari sekecik-kecik perkara, sampailah kepada sebesar-besar perkara, mari usahakan semuanya kerana Allah, demi untuk lebih dekat dengan Allah, dekat dengan syurga Allah.

Juga nak mengingatkan, segala keadaan, ketetapan yang berlaku pada kita, sebenarnya adalah keadaan yang terbaik bagi kita untuk lebih mendekatkan diri pada Allah. Di bumi mana kita dilahirkan, di bumi mana kita belajar mahupun bekerja, kerjaya yang kita berada di dalamnya, sakit dan sihat kita, lebih dan kurangnya diri kita, kawan-kawan dan orang sekeliling kita, dan apa sahaja, semuanya Allah dah susun demi kebaikan kita, demi memudahkan kita untuk lebih dekat dengannya. Allah dah meletakkan facilities yang terbaik untuk setiap manusia, sekarang semuanya bergantung pada kita bagaimana nak menggunakan segalanya.

Mar 5, 2010

Persoalan

Bagaimana kita boleh jatuh ke lubang yang sama berkali-kali?
Sedangkan kita dah kata kita nak berubah.
Kita menangis dalam sujud dinihari.
Kita dirikan solat sunat taubat.
Kita menyesal dan janji tak mahu buat lagi.
Kita mahu cari keberkatan hidup.
Kita damba redha Ilahi.

kenapa?
kerana kita tahu Allah itu Maha baik dan Maha Pengampun
maka kita tak kisah buat salah lagi?

Mana pergi semangat meluap-luap itu?
Kecerunan graf pengislahan diri semakin mendatar.
Kita tidak se excited dahulu untuk ditarbiyah.
Tidak ternanti-nanti pengisian rohani.

Padahal kita dah janji nak jadi baik.
Bukan kita tak tahu hakikat gelegak neraka.
Malah ilmu agama membusung di dada.
Petah bicara,jemari lincah memberi peringatan.

Tapi kenapa seakan kita di takuk lama?
Tak segan silu megulang dosa sama.
Macamlah tak tahu Allah itu siapa.

kenapa?

kerana kita neurotransmitter yang menyampaikan maklumat
Kita seperti burung kakak tua
atau pita rakaman yang mengulang taujih tarbawi
tanpa menyalurkan kefahaman dengan anggota.
Tidak langsung membekas dalam jiwa yang mampu dizahirkan
Ilmu tidak berkadar langsung dengan amal.

Allah, tolong kami. Kuatkan kami. Jadikan kami saling menguatkan.

Entri berkaitan

p/s: nak publish post ni pun sangat takut rasanya.huuuuuuuu.semoga allah beri keampunan kepada kita semua.

Feb 14, 2010

Muhasabah: Ampunkan kami Ya Allah =(



Ya Allah ya tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa-dosa terdahulu yang belum sempat kami bertaubat, dosa-dosa yang kami lakukan secara terang-terangan atau ketika bersendirian. Dosa yang kami lakukan dalam keadaan sedar dan jaga atau dosa-dosa yang tidak kami sengajakan.

Ya Allah, ampunkan dosa kami, kami tidak khusyuk dalam solat, di kala waktu solat kami sering fikir perkara dunia. Kami tidak merasakan seolah-olah Engkau sedang memerhatikan kami ketika kami solat. Kami solat sambil lewa tanpa menghadirkan hati kami. Kami sering melewatkan waktu solat, kami sentiasa disibukkan dengan dunia, kami dilalaikan dengan permainan-permainan dunia seperti internet, telefon, laptop,pelajaran dan lain-lain ya Allah

Ya Allah, ampunkan dosa kami. Kami malas untuk bangun qiam. Kami sayangkan katil kami, selimut kami, bantal peluk kami daripadakan merindukan syurgaMu ya Allah. Kami tidak seperti para perindu jannah yang lain, yang di kala malam merenggangkan rusuk mereka dari tempat pembaringan. Ya Allah, di kala dua pertiga malam, Kau turun ke langit dunia untuk mendengar keluhan dan rintihan hamba-hambaMu, Kau perkenankan doa-doa orang yang meminta dengan penuh harapan daripada Mu di kala dinihari tapi Kau hanya boleh dengar dengkuran kami, kerana kami tidak bangun qiam ya Allah.

Ya Allah, ampunkan dosa kami. Kami sentiasa menjadikan dunia matlamat kami. kami meletakkan dunia di hati kami, kami sayang dunia,. Ya Allah, kami tidak bersedia untuk mati. Kami takutkan mati, kami cintakan dunia, kami menderita penyakit wahan kami menangis kerana dunia ya Allah, kami menangis kerana manusia, kami menangis kerana duit dan harta Tapi kami tidak menangis kerana takutkan nerakaMu. Kami tidak menangis kerana takutkan azabMu. Air mata kami mahal, hati kami keras kerana tidak mahu menangis mengenangkan dosa kami sedangkan hati-hati orang beriman sepatutnya bergetar apabila menyebut namaMu kerana takutkan Mu. Tapi kami masih tertawa tatkala menyebut namaMu, malah kami mempermainkan namaMu. Kami bersumpah dan berjanji menggunakan namaMu tetapi kami tidak kotakan.

Ya Allah, ampunkan dosa kami ya Allah. Kami kata kami daie, mengajak orang kepada Allah tetapi kami lupa kepada diri kami sendiri. Kami tidak melakukan perkara-perkara yang kami katakan. Ilmu-ilmu agama kami yang banyak tidak dapat membentuk diri kami. Ya Allah, jauhkan lah kami daripada riya’ dalam mengerjakan dakwah, peliharalah diri kami daripada penyakit-penyakit hati seperti ujub, takbur, dengki, hasad, bersangka buruk, dan lain-lain.

Ya Allah ampunkan dosa kami. Kami banyak bergurau senda,kami banyak cakap-cakap kosong yang tidak akan membantu kami untuk ke syurga, kami banyak tertawa padahal kami tahu ketawa banyak itu mematikan hati. Kami berbohong ketika bergurau, kami menyakitkan hati kawan-kawan kami dengan kata-kata kami, dengan jenaka kami. Kami kurang ingat mati. Kami tidak ingat pada api nerakaMu. Kami lupa yang api di dunia ini hanya sekecil biji sawi berbanding api nerakaMu dan pastinya berganda-ganda lagi panasnya.

Ya Allah, kami tidak menggunakan masa kami sebaiknya, kami banyak menggunakan masa kami untuk membuat perkara yang tidak berfaedah, perkara yang tidak menambah iman kami. Kami banyak membuang masa padahal nabi telah bersabda bahawa di hari akhirat kelak akan dipersoalkan apakah yang telah kami buat ketika hidup terutamanya pada waktu muda.
Kami tidak belajar bersungguh-sungguh sepanjang tahun sedangkan kami tahu menuntut ilmu itu wajib. Tatkala peperiksaan hampir dekat barulah kami bekerja keras di saat-saat akhir. Kami tidak merasakan studi itu adalah ibadah, kami mengecilkan skop ibadah hanya kepada solat, puasa, zakat,haji dan usrah sahaja. Kami tidak bersungguh-sungguh di dalam kerja kami padahal umat islam perlu cemerlang dalam segala bidang.

Ya Allah, ampunkan kami kerana tidak menunaikan amanah ibu bapa kami, kami dihantar ke sini untuk belajar tapi kami bermain-main. Kami ponteng kelas ya Allah, kami tidak serius menuntut ilmu, kami mengumpat pensyarah, kami maki hamun orang arab dan mcm2 lagi ya Allah.

Ya Allah, ampunkan dosa kami. Ambillah nyawa kami ketika iman kami yang terbaik, amal kami yang terbaik, infaq kami yang terbaik. Anugerahkanlah kami mati syahid. Jadikan kami dari kalangan hambaMu yang bersyukur.


Jan 3, 2010

Tawakal tidak menidakkan usaha




Meniti fatrah imtihan di bumi anbiya'.....Satu peringatan tentang konsep tawakal =)




Mewujudkan Tawakkal bukan bererti menidakkan usaha. Allah memerintahkan hamba-hambaNya untuk berusaha sekaligus bertawakkal. Berusaha dengan seluruh anggota badan dan bertawakkal dengan hati merupakan perwujudan iman kepada Allah Ta’ala.



Sebahagian orang mungkin ada yang berkata, “Jika orang yang bertawakkal kepada Allah itu akan diberi rezeki, maka kenapa kita harus lelah, berusaha dan mencari penghidupan. Bukankah kita cukup duduk-duduk dan bermalas-malasan, lalu rezeki kita datang dari langit?”



Perkataan itu sungguh menunjukkan kebodohan orang itu tentang hakikat Tawakkal. Nabi kita yang mulia telah menyerupakan orang yang bertawakkal dan diberi rezeki itu dengan burung yang pergi di pagi hari untuk mencari rezeki dan pulang pada petang hari, padahal burung itu tidak memiliki sandaran apapun, baik perdagangan, pertanian, atau pekerjaan tertentu. Ia keluar berbekal tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa sebagai tempat bergantung.



Imam Ahmad pernah ditanya tentang seorang laki-laki yang hanya duduk di rumah atau di masjid seraya berkata, “Aku tidak mau bekerja sedikitpun, sampai rezekiku datang sendiri”.


Maka beliau berkomentar, “Ia adalah laki-laki yang tidak mengenal ilmu. Sungguh Nabi ShollAllahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, ‘Sesungguhnya Allah telah menjadikan rizkiku dalam bayang-bayang tombak perangku (baca: ghonimah)’. Dan beliau juga bersabda, ‘Sekiranya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya Allah memberimu rizki sebagaimana yang diberikanNya kepada burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.’ (Hasan Shohih. HR.Tirmidzi).



Selanjutnya Imam Ahmad berkata, Para sahabat juga berdagang dan bekerja dengan mengelola pohon kurmanya. Dan mereka itulah teladan kita.” (Fathul Bari, 11/305-306)



Tawakkal tidaklah bererti meninggalkan usaha. Hendaknya setiap muslim bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan penghidupan. Hanya saja ia tidak boleh menyandarkan diri pada kelelahan, kerja keras dan usahanya, tetapi ia harus meyakini bahawa segala urusan adalah milik Allah, dan bahwa rezeki itu hanyalah dari Dia semata..