Mar 5, 2010

Persoalan

Bagaimana kita boleh jatuh ke lubang yang sama berkali-kali?
Sedangkan kita dah kata kita nak berubah.
Kita menangis dalam sujud dinihari.
Kita dirikan solat sunat taubat.
Kita menyesal dan janji tak mahu buat lagi.
Kita mahu cari keberkatan hidup.
Kita damba redha Ilahi.

kenapa?
kerana kita tahu Allah itu Maha baik dan Maha Pengampun
maka kita tak kisah buat salah lagi?

Mana pergi semangat meluap-luap itu?
Kecerunan graf pengislahan diri semakin mendatar.
Kita tidak se excited dahulu untuk ditarbiyah.
Tidak ternanti-nanti pengisian rohani.

Padahal kita dah janji nak jadi baik.
Bukan kita tak tahu hakikat gelegak neraka.
Malah ilmu agama membusung di dada.
Petah bicara,jemari lincah memberi peringatan.

Tapi kenapa seakan kita di takuk lama?
Tak segan silu megulang dosa sama.
Macamlah tak tahu Allah itu siapa.

kenapa?

kerana kita neurotransmitter yang menyampaikan maklumat
Kita seperti burung kakak tua
atau pita rakaman yang mengulang taujih tarbawi
tanpa menyalurkan kefahaman dengan anggota.
Tidak langsung membekas dalam jiwa yang mampu dizahirkan
Ilmu tidak berkadar langsung dengan amal.

Allah, tolong kami. Kuatkan kami. Jadikan kami saling menguatkan.

Entri berkaitan

p/s: nak publish post ni pun sangat takut rasanya.huuuuuuuu.semoga allah beri keampunan kepada kita semua.

2 comments:

Anonymous said...

erk memang lumrah bagi sesetengah manusia mengulangi dosa yang sama kerana manusia itu sendri lemah..bukan lah nak bagi lesen mengulangi dosa yang sma tapi kan allah dah kate yng pintu taubat dan rahmat allah tu terbuka setiap masa selagi nyawa masih di jasad kita.....manusia jer yang jemu bertaubat tetapi Allah tak pernah jemu terima taubat kan?!! so bertaubatlah sentiase dan raserlah bersalah yang amat bila buat dosa sama tu....janganlah plak buat dosa sama tapi still raser 'takper lah Allah maha pengampun'....tu yang pasal buat lagi dosa kot..semoga allah ampunkan kita sumer ;)

Anonymous said...

huuuu tertampar2. jzkk for the post.