Aug 27, 2009

Rasa kosong?- Part 1


Islam adalah cara hidup. Islam is the way of life.

Ungkapan yang rasanya sudah lali di telinga,
tahu,
tahu,
hafal,
dengar semenjak kecil,
bosan,
faham ke tak entah,
akhir sekali...biarlah!
hidup hanya sekali, so kita enjoy!

Berapa ramai orang islam yang tahu islam itu adalah cara hidup, maksudnya setiap tindakan, pemikiran, matlamat, ibadat, cita-cita, cara bergaul, atau secara mudahnya, segala apa yang kita lakukan dari bangun pagi hingga tidur semula, setiap hari, adalah mengikut cara islam.

Itu teorinya. secara amalinya, kita lihat lebih ramai umat islam yang mengamalkan islam yang terbatas, hanya dari sudut solat, puasa, zakat dan haji, dan bahagian hidup yang lain, diserahkan pada sistem bukan islam, hiburan bukan islam, pendidikan bukan islam, cita-cita bukan islam, falsafah bukan islam, pakaian bukan islam, dan banyak lagi. Islam ada kah semua ini? Bukan mahkamah syariah cuma menguruskan hal nikah cerai dah harta pusaka?

Seorang kanak-kanak muslim berumur 7tahun, di sekolah agama dia diajar tentang cara-cara menunaikan solat. kerana dia seorang islam. Ustazahnya beritahu orang islam wajib solat, kalau tidak akan masuk neraka dan diseksa. Jadi kanak-kanak itu pun belajar sembahyang bersama kawan-kawannya, tertonggeng-tonggeng mengikut arahan ustazah, dan belajar membaca surah fatihah, terkumat-kamit mulutnya mengikut seperti yang disebutkan ustazah, sebab mengaji iqra' pun belum habis.

Dia kemudian pulang ke rumah. Menukar pakaian kepada yang lebih selesa, dan ternampak buku-buku cerita kanak-kanak "cerita hantu". Habis membaca, nasihat yang ditulis di mukasurat belakang sekali buku tersebut ialah "Adik-adik, jangan berjalan seorang diri ketika hampir waktu malam." Setiap hari dia mengulang membaca buku yang sama, ada 2-3 cerita; hantu pocong, hantu raya, .... Seram selepas setiap kali habis membaca menyebabkan dia memang tidak berani langsung untuk berjalan seorang diri, takut hantu katanya. Tak pernah pula mendengar dia kata takut pada Allah sebab tak solat atau rasa nak marah pada mak sebab tak belikan keropok.

Kebanyakan kita terdidik dengan cara begini, kalau lebih baik alhamdulillah. Minat masyarakat adalah minat kita juga. Gaya hidup dan percakapan masyarakat adalah gaya kita juga. Sampai satu masa, apabila usia kita telah matang, apa yang dibangga-banggakan masyarakat, itulah matlamat hidup dia, walaupun dia sendiri tak jelas apakah pengakhiran kepada satu matlamat yang tidak kekal.

Ditanya apakah cita-cita kita, jawab kita-doktor, jurutera, arkitek, CEO. Impian kita pula ingin memiliki sebuah banglo besar, kereta mewah, dan duit yang banyak supaya hidup kita dan kedua ibu bapa tidak melarat. Jika kita selidiki impian dan cita-cita kita yang hebat ini, selepas menjadi doktor yang hebat, selepas mendapat rumah yang besar, selepas itu? Tambahkan lagi harta (walaupun yang ada sudah cukup)? Besarkan lagi rumah, atau kalau boleh bina beberapa resort supaya senang kalau ingin berlibur? Selepas itu apa pula?

Tak pernah kita tanya diri kita soalan-soalan itu, kerana kita telahpun disibukkan dengan urusan-urusan untuk mencapai cita-cita tersebut. Belajar dengan hati, rasa mengantuk dibuang jauh-jauh demi meraih segulung ijazah, rasa letih dan peluh mengalir kita biarkan demi menjayakan projek yang menguntungkan. Dan akhirnya manusia lupa hakikat sebenar penciptaan manusia, untuk apa kita dihidupkan, ke mana arah tuju kita, apa matlamat kita di dunia?

51:56, 2:30 - Hamba Allah dan KhalifahNya di muka bumi.

0 comments: