Nombor apakah ini? Bagi sesiapa yang telah mengikuti program ISK (Ini Sejarah Kita-tak kisah versi mana-mana pun) pasti amat familiar dengan nombor di atas.
Ya surah ke 51 yakni surah az-zariyat ayat ke 56 ada menjelaskan bahawa salah satu daripada peranan kita di dunia adalah sebagai hamba.
Hamba apa?
--skema jawapan popular: hamba Allah.
Cuba cerminkan diri kita, adakah kita benar-benar hamba Allah? Jika kita mengaku kita hambaNya, adakah kita telah membuktikan melalui pengakuan, lisan dan perbuatan? Adakah kita menjadikan Allah sebagai ghayah(matlamat) dan hadaf (tujuan) hidup kita?
Resmi manusia, fitrah hati kita ini adalah sememangnya seorang hamba. Jika kita tidak menjadi hamba Allah, maka kita akan menjadi hamba kepada Taghut, hamba dunia, hamba cinta, hamba pangkat dan lain-lain lagi. Persisnya hati manusia ini seperti gelas kosong, jika tidak diisi dengan air, maka ia akan diisi dengan pelbagai benda lain seperti udara, habuk, dan sebagainya.
Tetapi, persoalannya; adakah kita benar-benar layak dilabel sebagai hamba Allah yang layak dipagari dengan rahmat Allah di kiri, kanan, atas di bawah ?
Di dalam surah Al-Furqan ayat 63 sehingga akhir surah (ayat 77), Allah telah memberikan kita satu senarai checklist ciri-ciri ibadurrahman (hamba-hamba Ar-Rahman). Jika kita mahu menisbahkan diri kepada kepada golongan ini, seharusnya kita mengetahui, mengenali, menghayati dan menjiwai sifat-sifat yang Allah telah gariskan untuk mencapai martabat ini.
1- Berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati (Tawadhuk)
2- Apabila dihina, mereka berkata perkara yang baik kembali (Murah hati)
3- Menghabiskan waktu malam dengan beribadah (Tahajud)
4- Takutkan azab neraka
5- Infaq di jalan Allah, tidak boros dan tidak kedekut (Bersederhana)
6- Tidak mempersekutukan Allah
7- Menjauhi perbuatan berbunuhan dan menghormati kehidupan
8- Menjauhi zina
9- Taubat nasuha
10- Tidak memberikan kesaksian palsu dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat demi menjaga kehormatan. (tamayuz)
11- Berusaha memahami ayat-ayat Allah
12- Memohon kebaikan bagi isteri/suami dan keluarga
untuk huraian lanjut mengenai setiap point, antum boleh melawat link berikut
IBADURRAHMAN 1
IBADURRAHMAN 2
ATAU antum boleh membaca buku keluaran Blue T ini
[ayatnya mudah dan ringkas tapi menusuk hati]
IBADURRAHMAN 2
ATAU antum boleh membaca buku keluaran Blue T ini
[ayatnya mudah dan ringkas tapi menusuk hati]
ayuh ikhwah akhawat, mari kita usaha jadi ibadurrahman =)
0 comments:
Post a Comment