Aug 27, 2009

Metafora kuih..



Ketika membelek2 majalah Solusi edisi ke-9 pada suatu petang sambil menghirup udara segar di luar rumah, mata ini tertarik pada tajuk majalah tersebut.."Celik mata hati"..
Metafora yang diberikan dalam majalah ini begitu menarik hati untuk dikongsi buat tatapan bersama..

Metafora kuih..


Kita boleh melihat kuih dgn empat pandangan. Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita tahu nama kuih, warna dan bentuknya. Itu pandangan mata biasa.

Jika kuih ini dipandang dgn pandangan akal..ini merupakan pandangan pakar-pakar pembuat kuih(chef atau pakar masak) .Mereka memandang dgn penuh penelitian..seperti apakah kuih itu seimbang gizinya, kemahiran mengadunnya, mengulinya dan membakarnya. Pakar masak ini ,mempunyai ilmu yg cukup untuk mengkaji apakah kesilapan dan ketepatan pembuatan kuih itu..Inilah kelebihan pndgn akal berbanding pandangan mata biasa..

Lain pula jika org memandang kuih dgn pandangan nafsu..Mereka tidak kisah langsung apakah nama, bentuk atau cara pembuatan kuih itu..Apa yg penting, makan dulu..hingga kadang2 terlupa bertanya siapakah empunya kuih itu..Inilah buruknya pandangan nafsu..

Soalnya, bagaimana melihat kuih dgn pandangan mata hati? Melihat dgn pandangan mata hati seolah2 kita dpt melihat pembuat kuih tersebut!! Misalnya, ketika kita berada di luar negara. Apabila tiba musim hari raya, kita mendapat kiriman bungkusan dari kampung. Apabila bungkusan dibuka, kita melihat kuih di dalamnya..dgn tidak semena2 air mata kita mengalir..Kenapa? Ya, kerana kita melihat wajah ibu(pembuat kuih) di sebalik kuih itu. Kita terkenang kasih-sayang, keprihatinan, kelembutan dan macam2 lg..Pandangan itu menjangkau sesuatu yg lebih bererti..lebik maknawi iaitu budi, kasih dan sayang seorang ibu.

Tanyalah hati kita, manakah pandangan yg lebih tepat, hakiki dan murni? Pastinya hati akan menjawab itulah pandangan MATA HATI..

0 comments: