mase kecik2, time solat tu mmg lah byk helahnye.
amik wuduk, kemudian kunci pintu bilik.
tombol pintu yg sudah berlubang(skrg dh pintu lain) disumbat dgn kain tudung, ataupun ape2 kain yg ade, sejadah dibentang.
telekung tak dipakai, tp diletakkan di atas sejadah.
dan mata sering memerhati ke bawah pintu, kot2 ade yg mengintai kite solat.
bajet2 5-10 minit gitu, hanye mbayangkan tindak tanduk org sedang solat, kendian telekung dilipat semula. kdg2 sngje xdilipat dan dibiar atas sejadah, kunun2 bukti kite solat td.
kemudian bermain dgn riang semula.
waktu asar lebih2 lg disingkatkan wktunye, sbb tak sabar menunggu nak main di luar rumah kerana pagar tak lagi berkunci.
kenapa terjadi begitu?
walaupon di sekolah agme score habis, sampai naik pentas amik hadiah tiap2 tahun, namun apalah erti ilmu itu kalau hanya sekadar itu tujuannya.
ilmu itu kering dan x cukup membasahkan aku.
kita tak dididik utk memahami mengapa kena solat, apa bukti solat itu sgt penting sampaikan di akhirat kelak amalan pertama yg dihisab adalah solat.
tiada rasa izzah bila melakukan solat itu.
kita tahu solat mula diperintahkan ketika Rasulullah saw mikraj.
dan diringankan hingga kepada 5 waktu sahaja ats desakan Nabi Musa a.s kepada Rasulullah saw.
hinggalah sekarang, solatku masih tak mampu menegah ak dari pbuatan keji dan mungkar.
mungkin bukan dosa2 besar, tp maksiat2 kecil masih ada.
game, tv, dll.
"sembahyang yang tidak memberi kesan kepada hati, ia adalah hanya satu lakonan watak sembahyang." -petikan buku
ak menyelak2 buku Peristiwa Israk & Mikraj, karangan Ustaz Haji Hamidon Bahari.
terpampang tajuk minor di bawah sekali yg baru aku perasan tika ini.
'Mengapa kita diwajibkan solat?'
Solat itu tiang agama.
justeru kita maklum, yang solat itu satu ibadah yg agung, andai tidak mengerjakannya runtuhlah agama kita.
dan aku belek lagi muka sebelah.
"Keagungan itu kian terserlah apabila Allah s.w.t. sendiri yang telah menyampaikan perintah sembahyang kepada Nabi Muhammad s.a.w. di tempat yg tertinggi dan mulia di puncak alam semesta, iaitu 'Arasy. Nabi s.a.w. dipanggil khas ke 'Arasy utk menerima perintah tersebut. Malaikat Jibril a.s. yg biasanya menjadi pengantara penyampaian wahyu, hanya mengiringi Nabi s.a.w. ke setakat langit ketujuh.Hanya perintah sembahyang yg Rasulullah terima drpd Allah dgn bhadapan dgn Allah. Perintah2 ibadat lain Nabi menerimanya di bumi, melalui wahyu yg dibawa oleh Jibril a.s."Barangsiapa yg meninggalkan sembahyang dgn sengaja, maka kafirlah ia dgn nyata.""Perbezaan antara org mukmin dan kafir adalah meninggalkan sembahyang."-kedua2nya adlh hadis Rasulullah s.a.w.-
terasa izzahnye solat itu.
di petikan yg lain pula:
"Tidak sah sembahyang seseorang jika ia berpaling drpd mengadap Ka'abah. Ia adalah kiblat jasad, manakala kiblat kepada roh ialah Allah s.w.t.Apa pula hukumnya kalau seseorang yg sembahyang rohnya tidak berkiblat kepada Allah s.w.t.?Ulama' tasawuf berpendapat roh berkiblat (menumpukan hati) kepada Allah sebagai syarat sah sembahyang, manakal bagi ulama' fuqaha', sembahyang itu sah, tetapi ia disifatkan sebagai bangkai. Ertinya, seumpama orang memberi hadiah, balutnya sahaja cantik, tetapi isinya adalah bangkai.Seseorang yg alpa(tidak khusyuk atau lalai) drpd mengingati Allah dlm sembahyangnya, dikira sebagai tidak bersembahyang juga dan neraka balasannya."Neraka Wail bg org2 yg bsembahyang, tetapi mereka alpa akn sembahyang mereka,"Al-Maa'un:4-5
terasa seram dgn ancaman Allah.
di muka surat yg lain pula:
"Sembahyang berupa ibadah yg besar dan agung juga kerana beberapa amalan malaikat ada tercantum dalam sembahyang.Sewaktu Mikraj ke langit, Rasulullah s.a.w. melihat malaikat beribadat dgn cara masing2. Ada yg sentiasa bertasbih sahaja, ada yg sentiasa bertahmid sahaja, ada yg sentiasa berdiri sahaja, ada yg sentiasa ruku'. Ada juga yg sujud sepanjang masa, ada yg hanya duduk antara dua sujud dan seterusnya.segala cara ibadat itu ada terhimpun dalam sembahyang yg dianugerahkan kepada manusia.Oleh kerana amalan-amalan ibadah para malaikat ada dalam sembahyang, bagi manusia yg dapat menghayati sembahyang dgn sepenuh hati (khusyuk), maka dia mdapat lebih tinggi darjat dari malaikat. Sebaliknya sesiapa meninggalkan sembahyang, maka ia menjadi lebih hina dari binatang.
mulianya manusia, umat Muhammad s.a.w terutamanya.
helaian2 terakhir:
"Sebaliknya kpd org2 yg mjadikan sembahyang sebagai topeng keislaman atau lakonan lahir sahaja, sedangkan hatinya tiada kekhusyukan terhadap Allah s.w.t., mereka tidak mendapat pertolongan Allah, tidak digeruni oleh musuh2 Islam, sebaliknya mjadi mangsa keganasan org2 kafir.Sejajar dgn apa yg perrnah disabdakan Nabi s.a.w., bahawa umat di akhir zaman nanti akan ramai jumlah umat Islam, tetapi mereka hanya umpama buih di lautan dan menjadi hidangan(korban penyembelihan) kepada org2 kafir.
ini berlaku pd hari ini.
nah, xperlu dihuraikan.
ayatnya jelas terang.
harapku solatku jauh lebih bermakna dari sblm2 ini.
dan solat kalian juga.
=D
1 comments:
huhu~
mmg fesyen bdk2 solat cmtu ek?
ada ciri2 munafiq kat org2 yg pyh nk solat
1-subuh
2- isya'
3- asar
astaghfirullah..
jazakillah ukhti for peringatan..
Post a Comment