Aug 13, 2009

Rahsia Mata



aku menatap wajahku di cermin.

sepasang mata kuperhatikan. jika kamu di tempatku, apa agaknya yang bermain di benakmu?

"cantik gak mata aku ni kan? Alhamdulillah"

"ish, sembap dah bawah mata. ni mesti tak cukup tido."

"rasa macam nk letak timunla kat mata"

"bestnya kalau mata aku kaler hazel, mesti cun gile"



pernah tak kita terfikir, apa rahsia yang mata kita sedang simpan?

adakah sepasang mata itu sedang terawang-awangan, menanti masa untuk dikembalikan kpd PENCIPTA nya untuk berkata,

"YA ALLAH, tuanku ini, menggunakan aku untuk mencari keagungan-MU disebaik ciptaan KAU, YA ALLAH. Tuanku ini suka melihat alam sekelilingnya. tiap-tiap kali dia memerhatikan ciptaan-MU, aku dapat rasakan hatinya sedang memuji-muji kebesaran-MU."


"YA RAHMAN, Dia menggunakan aku untuk mengkagumi kalam-kalamMU. kadang-kadang, air keluar dariku tatkala dia merasa takut dengan azab-MU yg pedih.
kadang-kadang pula, air keluar dariku ketika mana dia melihat saudara-saudaranya dijadikan alas untuk dipijak musuh-musuh-MU ya ALLAH."


ataukah sepasang mata itu sedang berkecil hati, terasa hati, "makan dalam" dengan perbuatan kita, si peminjam dari pencipta sebenar?


"YA ALLAH, hamba-MU ini menzalimi aku. Dia menggunakan aku untuk melihat maksiat. Dia menggunakan aku untuk melihat gambar-gambar bukan mahramnya yang menimbulkan perasaan aneh dlm dirinya. dia menggunakan aku untuk melihat aurat-aurat wanita dan lelaki yang tidak punya malu itu. aku malu..aku malu..aku malu pada-MU YA ALLAH"

"YA ALLAH, hamba-MU ini tidak menggunakanku sebaiknya. Dia lebih gemar membaca majalah dan tulisan yang sia-sia daripada membaca qalam-MU YA ALLAH. aku malu pada-MU, YA ALLAH"


dialog ini hanya rekaanku. bukannya petikan hadith atau ayat al-quran.

kita semua tahu, cuma kadang-kadang terlupa, bahawa di akhirat kelak, mulut kita akan dikunci. anggota badan kita yang lain yang akan menghantar laporan pada ALLAH , TUHAN YANG ESA.

di mana kita hendak bersembunyi bila tangan bersuara, melaporkan tindakan-tindakannya, gerak-gerinya, perilakunya sepanjang hayat kita?

sahabat kecintaanku, telitilah anggota badan kita, dari sehelai rambut ke hujung kuku yang terakhir, apa agaknya laporan mereka?

"mampukah kita menanggungnya, apabila mata sudah berbicara?"

0 comments: