Fatrah imtihan sudah hampir separuh, masih berbaki separuh sahaja lagi, ada juga yang sudah berjaya menghadapi waktu-waktu sukar imtihan, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, jangan lupa mendoakan mereka-mereka yang masih berjuang dan mujahadah....
Satu fatrah musibah, musibah dari Allah S.W.T, bukan apa, cuma untuk menyaring,
BAGAIMANA YA IMAN ORANG A INI KALAU BILA DIBERI UJIAN INI?
ORANG B PULA IMANNYA BAGAIMANA KALAU BAGI CAMNI PULA?
" Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan kami uji perihal kamu"
(31:47)
UJIAN ITU KAN BAIK?
Untuk mengajar diri kita, untuk menjadi yang terbaik, terbilang di kalangan terbaik, tiada iman yang biasa-biasa, tapi imannnya itu bersemangat dan berjiwa membara, tidak mahu kasta
-kasta biasa, tetapi mahukan yang tertinggi di sisi Allah S.W.T
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun"
(67:2)
NAK JADI HAMBA ALLAH YANG TERBAIK, PERLU DIUJI IMANNYA, BETUL KE DIA NI
BERIMAN PADA ALLAH?
Risau, bimbang, ragu, bungkam,
imtihan...imtihan...
TERKADANG KERAGUAN SINGGAH DI HATI, APAKAH MAMPU MELAKUKAN YANG TERBAIK?
BOLEH TAK DAPAT MUMTAZ NI?
BOLEH TAK LULUS NI?
Seorang kawan berpesan selepas selesai imtihan, "kerja membaca buku sudah selesai, sekarang ini, tinggal doa dan pengharapan yang hanya logik dilakukan"
"Dan Tuhanmu berfirman,'Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu....'
(40:60)
Jelasnya, Allah sungguh Maha Pemurah dan Maha Penyayang, selalu bagi peluang dan ruang kepada hambaNya....
RISAU LAGI...DAN LAGI...
RESULT KAN DAH ADA? ALLAH DAH TETAPKAN SEGALANYA...
"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya, tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)"
(6:59)
Allah dah tetapkan keputusan imtihan ini, malah sebelum kita wujud lagi Allah dah tetapkan segalanya. Ada pula yang berfikir:
LAH, KALAU CAMTU APA FUNCTION DOA TU? KALAU DAH DITETAPKAN SEMUANYA, KENAPA NAK DOA JUGA? BOLEH UBAH KE KEPUTUSAN TU?
Maka, tanya diri kita, kita tahu ke, keputusan yang sebenar-benarnya yang Allah dah tetapkan untuk kita? Dan kemudian tahu pula keputusan tu dah diubah atau belum?
Kerana, bila kita berdoa, ada pahalanya di situ.
Kerana kalau kita solat malam, ada pahalanya di situ.
Kita manusia, tidak berpengetahuan, melainkan Allah yang mengajarkan kita sesuatu, baru kita tahu,
"Yang mengajar manusia dengan pena"
(96:4)
Walaupun kita tidak tahu, apa yang akan berlaku, tetaplah berdoa padaNya, minta yang terbaik dariNya, minta ditenangkan hati terhadap apa yang digusari, sangka baiklah dengan Allah, harap dan khauf dan kembali kepadaNya, kerana ada usaha kita disitu yang Allah kira.
Hadis Qudsi-"Aku adalah bergantung kepada sangkaan hambaku terhadapKu. Jika ia bersangka baik kepadaKu, kebaikanlah yang akan Aku berikan untuknya. Namun jika ia bersangka jahat kepadaKu, kejahatanlah yang akan Aku berikan untuknya"
(Riwayat Imam Ahmad)
Selagi masih ada masa sebelum tahu keputusannya maka tawakkallah sebetul-betulnya,
"Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(8 : 61)
Ya Allah berilah kami ketetapan hati, kekuatan diri, kekebalan iman, untuk hadapi semua ini, kami tahu, kami tidak mampu, tetapi kami adukan padaMu, kerana Kau mampu mendokong kami menempuhinya, amiin..
Wallahua'lam