Salam w.b.t Secara jujurnya,aku tak suka minum kopi. Melainkan jika keadaan tubuh badanku mahu bekerja lebih keras dengan study lewat mala...
About
الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو
حكومة وأمة وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة وهو ثقافة وقانون أو
علم وقضاء وهو مادة وثروة أو آسب وغنى وهو جهاد ودعوة أو
جيش وفكرة آما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan.
Ia
adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat.
Ia adalah akhlak dan kekuatan
ataupun rahmat dan keadilan.
Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan
dan kehakiman.
Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan.
Ia adalah
jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah.
Sebagaimana juga ia adalah akidah yang
benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.
Posted on Wednesday, July 15, 2009 by uttoh
| 1 comment
Assalamualaikum sume..
Hurm, semalam sy basuh beg galas yang biasa sy bawa ke universiti.
Sebab ape sy basuh beg sy ? mesti sebab kotor kan?
Ye! Tepat sekali..
Haa..sy pon sediakan lah brg2 yg diperlukan untuk bersihkan beg sy ni.
Saya amik sabun,amik berus,baldi n air.saya jiruskan air kat beg.saya letak sabun.setelah itu,saya berus beg tu dgn sungguh2.saya sental lagi.lagi dan lagi.ish,susah sungguh nk hilangkan kotoran degil ni!!saya tambahkan lagi sabun.saya sental lagi.letih tangan kanan,saya sental lagi ngan tgn kiri..bersungguhkan saya?!
Hehe...akhirnya...lihat..bercahaya gitu..
sekadar gambar hiasan.ini bkn beg sy.beg sy sdg dijemur : )
sebab ape sy basuh beg saya ni?
Sbb sy nk beg saya bersih.
Nk beg saya nmpak cantik.sedaaaap mata memandang.
Tibe2...saya terfikir..ya Allah..!!!
Betapa bersungguhnya saya nk bersihkan beg tu!
Bersungguh nk hilangkan kotoran degil yg melekat kat beg tu.
Macam mana dgn kotoran degil yg ade kat hati ni?
Adakah saya bersungguh mcm tu? Ya Allah..terima kasih krn menegur sy dgn teguran ini.!
Sudah pasti kotoran degil pada hati x mudah nk dihilangkan bukan?
Sudah pasti sekali sental tak mungkin dapat menghilangkan kotoran tu kn.
Kotoran yang melekat pada beg pon memerlukan sentalan yg berkali2,inikn pula kotoran pada hati.kotoran pada beg kita nmpak. kotoran pada hati?
X nampakkan? kotoran yg kita nmpak blhla kita sental smpai bersih dan stop lh bila dh bersih.tp,kotoran kat hati,yg kita x nmpak.dah bersih ke blom hati ni? cam mane?
Hurm...kita kena bersihkan secara berterusan la kan..kene betul2 mujahadah ni !!!
Bhn2 untuk hilangkan kotoran pada hati juga x se simple brg2 yg kita gune untuk hilangkan kotoran pada beg kan?kalau brg2 nk bersihkan kotoran kita gune sabun,berus,dan air, cam mane plak ngan hati ?
Adakah dgn menjirus air,letak sikit sabun,dapat hilangkan kotoran pada hati?
Owh..tidak sama sekali!!!anda mempunyai pandangan yang sama dgn saya bkn?
Bagus..
so,mcm mana kita nk bersihkan,nk hilangkan kotoran yg ade pada hati ya?
Hurm..ia bukan mudah..tp x mustahil kan..
sblm kita nk hilangkan kotoran tu..kita kena kenal pasti dulu dri mane dtgnya kotoran yg melekat dkt hati kita.kotoran tu biasanya terhasil apabila kita tunduk pada hawa nafsu kita.lalai dgn hiburan.senang ckp, melakukan apa yg Allah larang n tinggalkan ape yg Allah suruh..
rasulullah bersabda:
" fitnah ( cubaan) akan dibentangkan kpd manusia spt tikar.satu demi satu.mana2 hati yang dipengaruhinya tercatitlah di hati itu satu titik hitam. mana2 hati yang mengingkarinya tercatitlah pada hati itu satu titik putih,hinggalah hati itu menjadi salah satu dari 2 jenis hati.sama ada putih spt batu putih yang tidak dicacatkan oleh sebarang fitnah atau menjadi hati yang hitam pekat, tidak mengenal maaruf dan mengingkari sbrg kemungkaran. "
(hadith riwayat Muslim drpd Hudhaifah Ibn Yaman)
kita kena tinggalkan ape yg Allah larang,buat ape yang Allah suruh.jgn tunduk pada syaitan yang sentiasa mengintai kita dlm urat2 diri kita.Tingkatkan amal padaNya.
ckp senang,bila nk buat susah skit kan?
X pe..kita usaha..Allah sentiasa bersama dgn org2 yang berusaha memperbaiki amalannya.
Firman Allah :
”sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
(an-Nahl: 128)
Selain tu,ade lagi x care nk bersihkan hati?nk sucikan hati?
Saya nk kongsi satu nasyid.tajuknya tombo hati..by opick.
Tombo hati = ubat hati..
Liriknya:
Ubat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya Yang kedua sholat malam dirikanlah Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh Yang keempatperbanyaklah berpuasa Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Silalah tgk, dgr serta hayati liriknya ya.mula2 tu bhs jawa kot kalau sy x silap.pastu ade dia nyanyi dlm bhs melayu
~selamat menyucikan hati n selamat bermujahadah semua!!!~
p/s : Semoga yang menulis ini juga turut terus mujahadah. doakan : )
Posted on Sunday, July 12, 2009 by uttoh
| No comments
bismillahirrahmanirrahim...
soifi ( summer) adalah satu fatrah yang di nanti-nantikan oleh kami ( pelajar2 mesir ) khususnya. Ini kerana,pada waktu ini bermulalah cuti summer kami selama lebih kurang 3 bulan. sudah pasti ramai di klgn kami x melepaskan peluang untuk pulang ke Malaysia setelah lbh kurang setahun berpisah dengan keluarga tercinta...namun,ada juga di klgn kami yg memilih untuk tinggal di mesir spjg musim soifi ini untuk mengutip permata2 berharga yang ade di bumi anbiya' ini.
keberadaan saya di malaysia pada cuti kali ini sekali lagi memberikan saya kesempatan untuk melihat realiti keadaan remaja2 di malaysia.remaja2 yang pada suatu masa nnti akn mnjadi pemimpin umat.sedih.begitu banyak berita2 yang tidak enak dipaparkan di media massa.di media elektronik pula khususnya,begitu banyak hiburan dihidangkan kepada masyarakat.
sungguh,saya merasakan bhw tempoh yg bakal sy hadapi di bumi Malaysia ini merupakan satu tempoh yang penuh dengan mehnah ( ujian). saya terkedu..mampukah saya bertahan dgn perkara2 jahiliyyah yg begitu banyak di sekeliling?
masakan tidak, jika kita lihat di stesen2 tv, begitu banyak hiburan yang melalaikan ditayangkan.masing2 berusaha untuk menyajikan rancangan2 yang menarik untuk memenuhi selera penonton..berbagai-bagai rancangan baru di tayangkan baik dari segi drama mahupun rancangan2 yg berbentuk realiti bagi mencungkil bakat2 baru untuk memeriahkan lagi bidang seni.rancangan2 realiti ini bukan shj berusaha mencari bakat2 baru dri klgn remaja ttpi juga dri klgn kanak2. apa sudah jadi?
rasulullah bersabda:
" fitnah ( cubaan) akan dibentangkan kpd manusia spt tikar.satu demi satu.mana2 hati yang dipengaruhinya tercatitlah di hati itu satu titik hitam. mana2 hati yang mengingkarinya tercatitlah pada hati itu satu titik putih,hinggalah hati itu menjadi salah satu dari 2 jenis hati.sama ada putih spt batu putih yang tidak dicacatkan oleh sebarang fitnah atau menjadi hati yang hitam pekat, tidak mengenal maaruf dan mengingkari sbrg kemungkaran. "
(hadith riwayat Muslim drpd Hudhaifah Ibn Yaman)
drpd hadith, rasulullah telah memberi isyarat kepada kita bhwa fitnah iaitu cubaan akn dihadapi oleh manusia setiap masa dan ketika.cubaan dan dugaan yang dpt kita tafsirkan pada masakini ialah keadaan di sekeliling kita yang penuh dgn pelbagai hiburan.hiburan yang mana sesetengah dari kita beranggapan, dapat memberi kegembiraan, kepuasan hati, menenangkan jiwa dan memberi keseronokan pd diri.alangkah ruginya kita sekiranya kita masih lagi mempunyai anggapan begitu..
saya menyeru kpd diri saya sendiri dan juga pembaca2 semua... sedarlah! hiburan itu sebenarnya adalah satu bentuk cubaan,satu ujian untuk kita.satu ujian untuk menguji kita sama ada masih tetapkah lagi arah tuju pelayaran kita,atau adakah kita telah hanyut di bwa arus ? sekiranya kompas penunjuk arah kita masih lagi al-Quran,kalam Allah,insyaAllah,kita akan selamat dlm pelayaran kita.
dalam mengharungi ujian di dunia ciptaan yang Maha Kuasa ini,manusia terbahagi kpd 3 golongan:
golongan yang dpt ditewaskan oleh hawa nafsu mereka.golongan ini tunduk pada perkara2 duniawi,dan terus kekal dlm hal-hal keduniaan.inilah golongan org2 kafir,dan org2 yang menuruti cara mereka,iaitu org2 yg melupakan Allah,lantas Allah melupakan mereka.
allah menyifatkan golongan ini di dalam kitabNya:
" maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutup atas penglihatannya.Maka siapakah yang akan memberi petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat.Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran."
(al-jaatsiyah:23)
2. golongan yang berjihad melawan dirinya,bertarung memerangi hawa nafsu.Kadangkala mereka kalah.Apabila mereka tersalah,mereka bertaubat,apabila melakukan dosa,mereka memohon keampunan drpd Allah.
firman Allah:
"dan ( juga ) orang- orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka akan ingat Allah,lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dr allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka tidak mengetahui"
(Ali-imran: 135)
3.golongan ma'sum spt para Rasul dan para Nabi
mana satu pilihan anda? golongan pertama atau kedua? anda menentukannya.. tepuk dada tanya iman!
Posted on Friday, July 10, 2009 by Anonymous
| 1 comment
lumrah manusia, sentiasa sibuk. jika tidak disibukkan dengan benda2 yang besar, dia akan tidak senang duduk,sentiasa cuba menyibukkan dirinya, walaupun dengan benda2 yang kecil.
Dia mengajar aku supaya mengejar benda yang besar, agar aku tidak terlalu sibuk dengan benda remeh-temeh.
dia mengajar aku supaya terbang tinggi, supaya aku tidak terbiasa terbang rendah.
terlalu fokus pada benda remeh?kita akan kabur dengan benda yg lebih besar.
fokus pada sesuatu yang lebih besar? sila kaburkan perkara yang remeh-temeh.
apa yang lebih besar dari tanggungjawab hamba dan khalifah? menundukkan diri hanya pada Allah... menundukkan dunia di bawah arahan dan perintah Allah...
*ADAKAH KAU LUPA? KITA PERNAH BERJAYA MENAKLUK 2/3 DUNIA* tidak mahukah engkau, kita bersama naikkan kembali kegemilangan itu?