May 25, 2013

Iftitah

Bismillah...
Moga anak-anak Nil, terus baru ruhnya, menyebarkan dakwah Nabi Muhammad s.a.w, ke seluruh pelusuk dunia.

Permulaan yang bukan baru, meneruskan jejak anak-anak Nil yang lama, yang tergendala kerana masalah teknikal.

Moga semua tulisan antunna, memberi pencerahan seterang matahari di waktu siang, menjadi penyuluh jalan seperti bulan di waktu malam, dan menunjuk arah bak bintang.

InsyaAllah buat permulaan, kami akan kongsikan, terjemahan bahan-bahan tarbiyah yang kami peroleh dalam bahasa Arab di sini. Terutamanya buku "Muqaddimah dalam Tarbiyah Imaniyah dan Dakwiyah untuk Wanita Muslimah" yang ditulis oleh Sheikh Jum'ah Amin Abdul Aziz.





Moga ada sahamnya dalam memberatkan mizan amal soleh kita dan memudahkan para duat seluruh dunia merujuk kepada bahan tarbiyah ikhwan dalam bahasa Melayu.

Wallahua'lam..

Mar 30, 2012

Ciri-Ciri IBADURRAHMAN (1-2)


Assalamualaikum, salam ukhuwwah buat semua.

Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad SAW, keluarga dan sahabatnya.

Alhamdulillah, teringin nak share ayat-ayat tadabur Al-Quran yang kami dapat semasa picnic di Hadiqah Atfal, Ta'min baru-baru ini.

Di akhir-akhir surat Al-Furqan menerangkan tentang ciri-ciri ibadurrahman.

Ibadurrahman yang dimaksudkan adalah hamba Allah yang Maha Pengasih. Seorang hamba yang mana dikasihi Allah dan sentiasa berada di bawah naungan rahmat-Nya. Beruntung bukan? Akulah manusia yang paling bahagia itu.

Mari pakat-pakat jadi ibadurrahman!
Artikel ini diadaptasi dari rumaysho.com. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Ciri pertama : Memiliki sifat tawadhu


Allah Taala berfirman,

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik." (Al-Furqon:63)


Yang dimaksud "يمشون على الأرض هوناً " adalah mereka berjalan di muka bumi dalam keadaan tenang dan penuh kewibawaan. Yang dimaksudkan juga dengan rendah hati adalah menundukkan pandangan atau menjaga mata.


Lalu maksud firman Allah "وإذا خاطبهم الجاهلون ", yaitu ketika mereka diajak berbicara orang yang jahil yaitu dengan perkataan yang tidak menyenangkan. Hamba Allah yang beriman membalasnya dengan "سلاماً ", yaitu perkataan yang selamat dari dosa.


Kata Ibnu Katsir rahimahullah,

فأما هؤلاء فإنهم يمشون من غير استكبار ولا مرح، ولا أشر ولا بطر،

"Adapun mereka berjalan tidak dengan sifat angkuh dan sombong." (Tafsir Al-Quran Al-Azhim, 10/319)


Mari muhasabah diri.


Ciri kedua : Bersikap lemah lembut walaupun diperlakukan kasar

Ketika orang yang jahil berkata kasar pada mereka - ibadurrahman, mereka membalasnya dengan perkataan yang sadaad (baik).


Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata,

لا يجهلون على أحد ، وإِن جهل عليهم حَلُموا
"Mereka ibadurrahman tidak menjahili (berbuat nakal pada orang lain). Jika dijahili, mereka malah membalasnya dengan sikap lemah lembut."

Maqotil bin Hayyan berkata, "Mereka membalasnya dengan perkataan yang tidak mengandung dosa." (Zaadul Masiir, 6/101)


Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan, "Jika orang jahil mengajak bicara mereka yaitu dengan keburukan, mereka tidak membalasnya dengan semisalnya. Bahkan mereka memberi maaf dan tidak membalas kecuali dengan kebaikan."

 

Sebagaimana sikap Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, semakin orang yang jahil bertindak kasar pada beliau, semakin beliau berlaku lemah lembut pada mereka. Hal ini sebagaimana diisyaratkan pula pada firman Allah Taala,
وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ لا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil." (Al-Qashash:55) (Tafsir Al-Quran Al-Azhim, 10/320)


Dalam ayat lain, Allah Taala berfirman,

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (34) وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (35

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.” (QS. Fushilat: 34-35)





Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, "Namun yang mampu melakukan seperti ini adalah orang yang memiliki kesabaran. Karena membalas orang yg menyakiti kita dengan kebaikan adalah suatu yang berat bagi setiap jiwa." (Lihat Tafsir Al-Qur’an Al -‘Azhim, 12/243)


Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sadi rahimahullah berkata, "Inilah pujian bagi mereka -ibadurrahman- karena sifat lemah lembut yang mereka miliki, keburukan yang mereka balas dengan kebaikan, dan mereka pun membalas orang-orang yang jahil (nakal atau jahat)." (Tafsir Al-Karimir Rahman, 586)

 

Mari muhasabah lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PS: Sejuk hati bila tgk orang-orang macam ni. Ayuh sama-samalah kita kearah menjadi hamba-Nya yg terbaik. \(^O^)/ hoyeeahh!!

Ciri-ciri ibadurrahman yang lainnya, insya-Allah akan diceritakan lain waktu. Sekian untuk kali ni. Wallahu A'lam

Semoga dapat mengambil iktibar.



Mar 29, 2012

SAMPAI BILA???


Cuba tanya diri kita sendiri. Adakah setelah kita mendengar azan, kita akan terus bangun untuk mengambil wuduk ataupun kita masih lagi berbual-bual panjang dengan kawan, menghadap Facebook, atau berlengah-lengah lagi sedangkan time tu kita tak de la busy mana pun. Nampak remeh je kan solat awal waktu nie. Sebabnya, kita rasa solat itu satu rutin harian yang kita akan solat samaada awal ataupun lewat. Sama saja. Tiada beda. 


"Tak pe jee. Waktu solatkan panjang lagi." 

"Kami solat jemaah taw walaupun lewat."

"Aku tengah wat assignment  nie. Ko solat la dulu, nanti dah abeh , aku solat la.” 

  
Sampai bila kita nak bermain-main dengan kata-kata seperti ni? Kita yang dalam tarbiah pon masih lagi macam ni ke?

Sabda Rasulullah :  "Jangan melambatkan-lambatkan tiga perkara. Pertama, solat, apabila telah masuk waktunya. Kedua, pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga, mengahwinkan seorang wanita apabila jodoh yang sesuai sudah didapati."



Orang yang betul-betul  faham tarbiah, pasti akan rasa bersalah jugak even sikit kalau dia solat lewat. Dah rasa azab ALLAH tu nak sampai dan takut ajal sampai dulu sebelum solat. Bila dah dengar azan tu cuba-cubalah ringankan badan walaupun berat untuk ambil wuduk. Tak perlulah nak bermanja diri. Pakat–pakat la berlumba dengan housemate untuk masuk toilet paling awal. Kan bagus macam tu.

Selalunya orang yang solat akhir waktu jarang solat sunat rawatib. So, dengan solat awal waktu nie la kita melatih diri untuk solat sunat sementara menunggu jemaah lain. Nak baca quran pun mesti sempat lagi. Haa..kan dah dapat banyak pahala kat situ. Subhanallah. Kalaulah  seluruh umat Islam baik macam nie, memang dunia ni aman makmur. Bukan senang nak dapatkan cinta ALLAH.

Hadhrat Abu Zar berkata, "Suatu ketika, Rasulullah keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok, maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda, "Wahai Abu Zar." Saya menyahut, "Saya, Ya Rasulullah." Kemudian Baginda bersabda, "Apabila seorang Islam menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun dari  pokok."
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Hebat sangat Rasulullah mentarbiah umatnya yang terdahulu. Sehinggakan risalahnya sampai kepada kita sekarang. Sekarang tugas kita as Khalifah bumi ini untuk menyambung dakwah Baginda untuk membina manusia dari bawah, iaitu individu muslim.

Ada kita ambil tahu berapa ramai pelajar IPT di Malaysia yang pernah tinggal solat? Ada pernah kita tegur jiran-jiran kita yang tak menutup aurat dengan sempurna? Nikmatnya kita di zon yang sangat selesa yang dikelilingi orang-orang baik. Sehinggakan kurang ambil tahu dan tak nak ambil tahu pun hal-hal reality umat islam sekarang. Akan tetapi itulah medan dakwah kita yang sebenar yakni tanah tempat lahirnya kita.

‘’Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah dibumi.” Mereka berkata, ‘’Apakah  Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman, ”Sungguh, aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’’

(Al-Baqarah : 30)

Allah dah mengangkat darjat kita yang dianggap perosak oleh malaikat. Sepatutnya kita merasa bangga dan bersyukur kerana diberi peluang tok mentadbir bumi.  Oleh itu, jangan sesekali lepaskan peluang untuk  mengajak orang jadi baik dan kenal ALLAH. Tak guna berbangga dengan ilmu yang penuh  didada, tetapi tak kenal siapa Pencipta Bumi.

Solusinya, JOM solat jemaah diawal waktu kerana itulah yang terbaik  jika seseorang itu  mengaku dirinya Dai’e. Tak cukup dengan solat fardhu, perlu diiringi dengan amalan-amalan sunat untuk menampung solat kita. Setiap amalan  yang kita buat adalah untuk mendapat redhaNYA. Sia-sialah amalan kita jika apa yang kita buat adalah untuk balasan duniawi semata-mata.

Mungkin dikalangan kita ada yang membawa  bulatan gembira. Perlu diingatkan bahawa kita membawa bulatan gembira bukan untuk suka-suka. Tetapi ada hadaf yang lebih besar. Seorang murabbi  berperanan untuk membina mutarabbi sehingga mutarabbi itu boleh membina mutarabbi lain.

Moga coretan yang serba kekurangan ini dapat menggerakkan hati-hati kita untuk mengislah diri dan orang disekeliling kita supaya menjadi seorang hamba dan khalifah yang sentiasa dalam keredhaan ALLAH. Maaf atas segala coretan dari hamba yang hina ini. Terima kasih.








Mar 21, 2012

Akhlak Kita


           Usai program hari itu, aku dan dua orang lagi akhawatku segera berkemas dan meninggalkan tempat program. Destinasi kami, Bandar Bintang. Siang sudah hampir ke penghujungnya dan malam mula melabuhkan tirai. Beberapa minit kami cuba menahan teksi, akhirnya sebuah teksi bersetuju membawa kami ke destinasi. Semua menarik nafas lega.

          Bukan apa, lantaran isu keselematan yang kurang stabil, 'mummy' kami meletakkan tempoh hanya sehingga jam 8 malam sahaja kami boleh berada di luar rumah. Jadi, kami agak mengejar masa. Bermulanya meter teksi tersebut, masing-masing mengeluarkan plastik berisi roti bekalan selepas program tadi. Semua kelaparan gamaknya. Habis sahaja membaca doa makan, terlintas di ingatan Ustaz menceritakan rungutan seorang pemandu teksi Arab padanya. 

 ketika itu bulan Ramadan di salah satu bandar di negara ini. Pemandu itu dan beberapa penumpang Melayu perempuan sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika azan menandakan waktu berbuka berkumandang. Penumpang-penumpang Melayu tadi segera menjamah makanan masing-masing setelah berpuasa seharian. Tetapi yang dikesalkan adalah kerana mereka tidak langsung mempelawa pemandu itu sedangkan dia juga kelaparan dan yang pasti dia juga seorang Muslim dan berpuasa. 

         Lalu, aku terus mempelawa pemandu teksi kami. Jika Ustaz tidak bercerita tentang hal itu, sudah menjadi adab bila kita makan di hadapan orang, kita mempelawanya. Itu adab, itu akhlak. Lebih-lebih lagi kita Muslim dan Melayu (yang popular dengan adab ketimurannya)
       
          Bercakap pasal akhlak, banyak yang perlu dimuhasabahkan. Logiknya, lagi lama bersama tarbiyah, lagi mantap akhlaknya. Tapi di mana level kemantapan kita? Agak-agak, kalau ada seorang hamba Allah sedang mencari nilai tambah untuknya menganuti Islam, adakah dengan memandang kita, tercerminnya segalanya tentang Islam itu? Adakah kita mampu menarik hatinya dengan keelokan akhlak kita? T_T

          Aku bukan orang selayaknya berbicara tentang ini. Aku juga masih mencuba. Sentiasa mencuba. Akhlak yang baik tak dapat dibentuk dalam masa sehari. Ianya berterusan. Terima kasih Allah kenalkan aku dengan tarbiyah, dengan ukhuwah fillah di jalan ini, yang menjadi 'support system' untuk aku terus memperbaiki diri. Berakhlaklah seperti akhlak Nabi. Dan akhlak Nabi itu seperti akhlak al-Quran al-Karim.

*maaf andai ada yang terguris, sama ada secara langsung atau tidak

Jan 25, 2012

Kembalikan pada Allah


Mari kita cuba merubah kehidupan agar menjadi lebih bermakna.
Lepas ni nak selalu cuba kembalikan semua perkara kembali pada Allah.
Contoh :

Kita lapar, maka kita makan. Then kita kenyang. Macam mana aktiviti makan dan kenyang ni nak kembalikan kita pada Allah?

Kita nak exam, maka kita study. Bila dah study, berjaya insyaAllah. Jadi bagaimana dengan usaha dan kejayaan ni, nak dikembalikan pada Allah.

Kita mengantuk, maka kita tidur. Macam mana nak jadikan tidur kita tu, tidur untuk mendapatkan redha Allah.

Setiap hari kita mandi, macam mana mandi kita, gosok gigi kita, cuci muka kita, sapu losyen kita, pakai bedak kita, gosok baju kita, pakai baju warna sekian-sekian, pakai kasut sekian-sekian, boleh mengembalikan kita pada Allah?

Tak kisahlah apa sahaja, dari sekecik-kecik perkara, sampailah kepada sebesar-besar perkara, mari usahakan semuanya kerana Allah, demi untuk lebih dekat dengan Allah, dekat dengan syurga Allah.

Juga nak mengingatkan, segala keadaan, ketetapan yang berlaku pada kita, sebenarnya adalah keadaan yang terbaik bagi kita untuk lebih mendekatkan diri pada Allah. Di bumi mana kita dilahirkan, di bumi mana kita belajar mahupun bekerja, kerjaya yang kita berada di dalamnya, sakit dan sihat kita, lebih dan kurangnya diri kita, kawan-kawan dan orang sekeliling kita, dan apa sahaja, semuanya Allah dah susun demi kebaikan kita, demi memudahkan kita untuk lebih dekat dengannya. Allah dah meletakkan facilities yang terbaik untuk setiap manusia, sekarang semuanya bergantung pada kita bagaimana nak menggunakan segalanya.