Mar 29, 2012

SAMPAI BILA???


Cuba tanya diri kita sendiri. Adakah setelah kita mendengar azan, kita akan terus bangun untuk mengambil wuduk ataupun kita masih lagi berbual-bual panjang dengan kawan, menghadap Facebook, atau berlengah-lengah lagi sedangkan time tu kita tak de la busy mana pun. Nampak remeh je kan solat awal waktu nie. Sebabnya, kita rasa solat itu satu rutin harian yang kita akan solat samaada awal ataupun lewat. Sama saja. Tiada beda. 


"Tak pe jee. Waktu solatkan panjang lagi." 

"Kami solat jemaah taw walaupun lewat."

"Aku tengah wat assignment  nie. Ko solat la dulu, nanti dah abeh , aku solat la.” 

  
Sampai bila kita nak bermain-main dengan kata-kata seperti ni? Kita yang dalam tarbiah pon masih lagi macam ni ke?

Sabda Rasulullah :  "Jangan melambatkan-lambatkan tiga perkara. Pertama, solat, apabila telah masuk waktunya. Kedua, pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga, mengahwinkan seorang wanita apabila jodoh yang sesuai sudah didapati."



Orang yang betul-betul  faham tarbiah, pasti akan rasa bersalah jugak even sikit kalau dia solat lewat. Dah rasa azab ALLAH tu nak sampai dan takut ajal sampai dulu sebelum solat. Bila dah dengar azan tu cuba-cubalah ringankan badan walaupun berat untuk ambil wuduk. Tak perlulah nak bermanja diri. Pakat–pakat la berlumba dengan housemate untuk masuk toilet paling awal. Kan bagus macam tu.

Selalunya orang yang solat akhir waktu jarang solat sunat rawatib. So, dengan solat awal waktu nie la kita melatih diri untuk solat sunat sementara menunggu jemaah lain. Nak baca quran pun mesti sempat lagi. Haa..kan dah dapat banyak pahala kat situ. Subhanallah. Kalaulah  seluruh umat Islam baik macam nie, memang dunia ni aman makmur. Bukan senang nak dapatkan cinta ALLAH.

Hadhrat Abu Zar berkata, "Suatu ketika, Rasulullah keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok, maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda, "Wahai Abu Zar." Saya menyahut, "Saya, Ya Rasulullah." Kemudian Baginda bersabda, "Apabila seorang Islam menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun dari  pokok."
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Hebat sangat Rasulullah mentarbiah umatnya yang terdahulu. Sehinggakan risalahnya sampai kepada kita sekarang. Sekarang tugas kita as Khalifah bumi ini untuk menyambung dakwah Baginda untuk membina manusia dari bawah, iaitu individu muslim.

Ada kita ambil tahu berapa ramai pelajar IPT di Malaysia yang pernah tinggal solat? Ada pernah kita tegur jiran-jiran kita yang tak menutup aurat dengan sempurna? Nikmatnya kita di zon yang sangat selesa yang dikelilingi orang-orang baik. Sehinggakan kurang ambil tahu dan tak nak ambil tahu pun hal-hal reality umat islam sekarang. Akan tetapi itulah medan dakwah kita yang sebenar yakni tanah tempat lahirnya kita.

‘’Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah dibumi.” Mereka berkata, ‘’Apakah  Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman, ”Sungguh, aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’’

(Al-Baqarah : 30)

Allah dah mengangkat darjat kita yang dianggap perosak oleh malaikat. Sepatutnya kita merasa bangga dan bersyukur kerana diberi peluang tok mentadbir bumi.  Oleh itu, jangan sesekali lepaskan peluang untuk  mengajak orang jadi baik dan kenal ALLAH. Tak guna berbangga dengan ilmu yang penuh  didada, tetapi tak kenal siapa Pencipta Bumi.

Solusinya, JOM solat jemaah diawal waktu kerana itulah yang terbaik  jika seseorang itu  mengaku dirinya Dai’e. Tak cukup dengan solat fardhu, perlu diiringi dengan amalan-amalan sunat untuk menampung solat kita. Setiap amalan  yang kita buat adalah untuk mendapat redhaNYA. Sia-sialah amalan kita jika apa yang kita buat adalah untuk balasan duniawi semata-mata.

Mungkin dikalangan kita ada yang membawa  bulatan gembira. Perlu diingatkan bahawa kita membawa bulatan gembira bukan untuk suka-suka. Tetapi ada hadaf yang lebih besar. Seorang murabbi  berperanan untuk membina mutarabbi sehingga mutarabbi itu boleh membina mutarabbi lain.

Moga coretan yang serba kekurangan ini dapat menggerakkan hati-hati kita untuk mengislah diri dan orang disekeliling kita supaya menjadi seorang hamba dan khalifah yang sentiasa dalam keredhaan ALLAH. Maaf atas segala coretan dari hamba yang hina ini. Terima kasih.








0 comments: