Jul 9, 2009

he is not deserve for the second place u know???

bismillahirrahmanirrahim


1- Dia(Muhammad) berwajah masam dan berpaling
2- Kerana seorang buta telah datang kepadanya(Abdullah bin Ummi Makhtum)
3- dan tahukah engkau(Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya
4- atau dia ingin mendapatkan pengajaran,yang memberi manfaat kepada dirinya?



5- adapun orang yang merasa dirinya serba cukup(pembesar-pembesar Quraisy)
6- maka engkau(Muhammad) memberi perhatian kepadanya
7- padahal tidak ada cela atasmu kalau dia tidak menyucikan dirinya(beriman)


8- Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera(untuk mendapatkan pengajaran)
9- sedang dia takut (kepada Allah)
10- engkau (Muhammad) malah mengabaikannya
11- Sekali-kali jangan begitu!sungguh ajaran-ajaran Allah itu suatu peringatan
12- maka barangsiapa menghendaki,tentulah dia akan memerhatikannya
13- di dalam kitab-kitab yang dimuliakan Allah
14- yang ditinggikan dan disucikan
15- di tangan para utusan malaikat
16- yang mulia lagi berbakti


-surah 'abasa ayat 1-16-



Pada hari yang telah dipilih oleh Allah SWT,baginda SAW sedang asyik menunaikan tanggungjawab yang tergalas di bahu,dakwah.Dakwah baginda pada hari itu bukan untuk calang-calang orang.Tahu siapa?kepada pembesar-pembesar Quraisy.Ulang,pembesar-pembesar Quraisy.


Yang mana kalau mereka ini berjaya diislamkan,maka insyaAllah,semua penduduk Mekah ketika itu akan memeluk islam memandangkan mereka sangat berpengaruh.Baginda SAW bersungguh-sungguh mengajar dan mengajak mereka menyembah Allah.

namun tiba-tiba, ada suara menjengah :,

"ya Rasulullah,apa lagi ayat-ayat yang Allah berikan padamu,ceritalah padaku..ceritalah padaku..ceritalah padaku..." ujarnya bersungguh-sungguh.

Syarah Rasulullah yang sedang rancak terhenti seketika,berpaling dan melihat seorang buta sedang menunggu.Baginda segera berpaling dan wajah baginda kelihatan sedikit masam.

bismillahirrahmanirrahim
surah abasa

************************************************************************************

tadabbur surah
satu

kenapa Rasulullah?kenapa Allah pilih Rasulullah untuk ditegur dalam surah ni?Rasulullah kan manusia paling sempurna,kenapa Allah pilih baginda untuk ditegur.Allah nak malukan baginda ke?Maha Suci Allah dari segala sifat yang tercela dan Maha Pengasih.


Ok kita buat analogi. Seorang pelakon filem tu,dia nak pastikan filem dia nanti,mesti meletup!mesti box office lah.apa faktor-faktor yang dia kena amik kira?salah satu faktor mestilah pelakonnya.amik erra fazira ke..fasha sandha ke..jehan miskin ke...macam tu juga kesnya di sini,Allah nak semua manusia tengok betul-betul 'part' ni,kesah ni.jadi Allah amik pelakon paaaaling popular iaitu Rasulullah SAW.Manusia yang dikenali semua orang.Sebab cerita yang nak disampaikan ni cerita penting,mesti 'meletup' supaya semua manusia akan ambil perhatian yang serius.Bukan cerita remeh-temeh.


dua

Kita tidak boleh menilai manusia dengan neraca bumi.apa ya neraca bumi?

kekayaan? yes..


pangkat....lagi2?


harta..ok2..dah2..dll















tapi kita kene ukur dengan neraca ilahi.Memanglah pembesar-pembesar Quraisy tu penting,tapi Allah suruh utamakan Abdullah binUmmi Makhtum yang buta dan miskin dulu.kenapa?

sebab dia lagi nakkan islam berbanding pembesar-pembesar Quraisy tu.Mereka tu belum tentu lagi nak ke tak nak sebenarnya.Sedangkan Abdullah bin Ummi Makhtum ni,susah payah datang cari Nabi sebab nakkan islam tu.Betul-betul nak.so he is not deserve for the second place.


tiga


Cuba kita tengok peribadi Rasulullah SAW.masyaAllah3.Semua orang tahu wahyu ni diturunkan oleh Allah kepada rasulullah untuk disampaikan.kalau Rasulullah simpan sorang-sorang,maka wahyu-wahyu ni,tak akan orang tahu pun.


Surah ni menceritakan pasal teguran Allah kepada rasulullah.Secara general,bila kena tegur ni,mestilah malu kan...boleh je kalau Rasulullah taknak bagitahu surah Abasa ni pada semua orang kan sebab nak tutup malu.Tapi,Rasulullah tak ego,Rasulullah bagitahu juga,sampaikan juga sebab ia adalah perintah Allah dan membawa kebaikan pada umat manusia.Sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk kepentingan umat.Sungguh,pada Rasulullah itu terdapat akhlak yang sangat cantik.


empat

Cara teguran Allah pada Rasulullah pun sangat lembut.Allah kata..

"Dia berwajah masam dan berpaling"

Allah macam mencirikan dulu sikap tu.Bukan sound straight forward sampai orang yang ditegur terasa marah dengan teguran tu.contohnya macam mak kita kan,mak tegur..
"ada orang tu.....dia makan nasik....tapi tak basuh pinggan.............."

berbanding dengan

"heh!ko ni makan,tak reti basuh pinggan?"









memang berbeza la kan dua cara teguran tu.Allah nak ajar kita,tegur dengan cara lemah lembut.Apatah lagi dalam dakwah ni,dakwah kena ada skillnya.

dalam surah Abasa ni banyak pengajaran,banyak fiqh dakwahnya.How to do da'wa.Lebih-lebih lagi kita orang islam yang secara automaticnya daie.Tanggungjawab tu tetap tergalas di bahu kita,sama ada kita buat atau tak,ia tetap tergalas di situ dan tetap akan dipersoalkan kelak.Moga Allah tunjukkan pada kita jalan yang terbaik untuk bekerja di jalanNya.

Selamat bekerja semua orang!Moga kita sama-sama dihimpunkan sebagai orang-orang yang beramal kelak insyaAllah.





_renung2kan!dan selamat beramal!_

0 comments: