Salam Alaikum.
Hamdallah.
Akhirnya, buat pertama kali, Minal Mathbah(MM)diberi kesempatan dan ruang untuk menulis untuk MJB. Maaf buat teman-teman MJB, sahabah-sahabah pembaca, penyinggah dan semuanya.
Pertama sekali, ingin sekali MM memperkenalkan diri. Kata orang, tak kenal, maka tak cinta. Idak gitu iye?
MM seperti anda juga, manusia biasa, yang ingin menjadi luar biasa. =)
MM berasal dari dapur sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah bandar yang sibuk dan padat dengan pelbagai jenis ragam manusia. MM mungkin tidak sehebat rakan sepasukan MJB yang lain, al-maklumlah, dari dapur kita ini datang, masakan mampu menandingi Uttoh, Gawwafah, Miss Koshari, Leb@h M@nj@, dan lain-lain(sekadar menyebut beberapa nama).
Namun, dapur itu bukan calang-calang tempat kerana dari situlah MM bermula, bangun berdiri sehingga berjalan. Dakwah dan tarbiyah itu universal kerana Islam itu sendiri bersifat Syumul, tidak salah kalau bermula dari dapur? Idak gitu iye?
Bersempena dengan bulan baru dan tahun baru, MM ingin berkongsi beberapa perkara dengan pembaca sekalian
Semasa MM sedang leka berperang di dapur lantaran memenuhi hak MM kepada ahlul beit , tiba-tiba MM tersentak dan terkedu.(Maaflah, MM ini mungkin skema orangnya. Suka sahaja menggunakan perkataan yang sudah tidak digunakan muda-mudi zaman kini.Namun, tersusun dan kemas itu menjadi pilihan MM Allah menyukainya bukan?)
Hemm, berbalik kepada perbincangan asal(Maaflah, MM selalu saja berada di dapur, apabila diberi peluang untuk menulis, mulalah melencong ke sana ke mari. Asifah).
Eh, mengapa MM tersentak dan terkedu? Adakah kerana masakan tidak menjadi? Terlebih garam ataupun gula? Hangit?
Bukan.
MM tiba-tiba menjadi sayu, sepanjang MM berada di dapur, terlalu banyak pembaziran yang berlaku di hadapan MM. Tidak kiralah di dapur MM ataupun di dapur sesiapa saja, jikalau tidak banyak, mesti ada sedikit pembaziran yang berlaku. Ada saja lebihan makanan yang dibuang, penggunaan bahan-bahan secara berlebihan dan tidak perlu, makanan yang bermewah-mewah dan bermacam-macam lagi hal-hal yang tidak enak dilihat, didengar dan dipandang.
Adakah kita tergolong dalam golongan mereka yang kufur nikmat sehinggakan Allah menurunkan sifat membazir dalam diri kita?Nau’zubillah.
Moga Allah jauhkan MM dari sifat mazmumah yang tidak disukai oleh Allah ini.MM merasakan dapur adalah medanterbaik MM. Tarbiyah dapur bukan calang-calang tarbiyyah. Dapur mengajar MM untuk menjadi seorang berhati-hati dalam melakukan kerja yang diamanahkan. Dapur mengasak MM untuk menaikkan level ihsan dalam diri MM.
Memasak juga satu amanah. Haknya mesti dipenuhi.
MM teringat akan hadis kedua daripada hadis 40 yang MM belajar dari seorang sahabiah tidak lama dahulu yang berbicara tentang ihsan dan apa yang MM dapat simpulkan daripada perbincangan sifat ihsan adalah, kita mesti melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati sepertimana Allah s.w.t sedang melihat kita.
SUBHANALLAH.
MM ingin bertanya kepada anda semua, adakah anda semua sudah memenuhi tuntutan sifat ihsan tika di dapur?Adakah anda semua memasak dengan ala kadar, sehingga makanan yang dimasak tidaklah terlalu tidak sedap tetapi boleh ditelan dan dihadam-sekadar untuk mengalas perut dari lapar.
ATAU
Anda memasak dengan begitu berhati-hati, bersungguh-sungguh(dengan sifat ihsan)dengan niat apabila saudaraku kenyang dan tidak lapar, dia akan menjadi lebih bertenaga, tubuh badannya menjadi lebih sihat, senang hati-bebas dari masalah-masalah hati dan lain- lain yang akhirnya akan membawa kepada kelancaran jalan dakwah.
Tidaklah sahabat kita itu nanti, tidak cukup zat, hatinya tidak tenang-diserang penyakit hati, dan akhirnya jalan dakwah itu terbantut.
Pernahkan kita terfikir semua ini tatkala kita didapur?Tepuklah dada, tanyalah hati, INSYAALLAH iman anda akan menjawab.MM mengharap iman anda semua akan memberikan jawapan yang positif.
Jadi, sempena tahun baru 1431H, MM ingin mengajak anda semua untuk meningkatkan sifat ihsan kita di dapur. Bukankah Allah menilai sesuatu perkara dari sekecil-kecil debu ataupun bakteria mahupun parasit sehinggala sebesar gajah, ataupun bukit mahupun gunung.
Maafkan MM jika MM tersalah dan tersilap. MM berasal dari dapur, ilmunya belum cukup tinggi. Masih ditarbiyyah. Mudah-mudahan anda semua mengambil yang baik-baik sahaja dan yang buruk-buruk itu jadikan sempadan.
InsyaAllah, jika Allah menghadiahkan MM kesempatan di masa yang lain, MM akan berkongsi lagi dengan anda semua.
UHIBBUKUNNA FILLAH.
Sehingga ketemu lagi!
Daa.
Antara dua pilihan
3 years ago
8 comments:
masya allah.gerau diraja istana dah keluar. mak saya selalu pesan, kalau masak y=tu kene ihsan dan itqan. jaga kebersihan, selawat byk2 sambil msk untuk jaga keberkatan sbb kita nk bg org makan. sumber mesti halal, handling mesti mantap blabla.
saya sendiri perasan, kalau jiwa kacau, then memasak, sure tak jd. so mmg kene byk2 kawal emosi kalau nk masak. act kalau nk buat apa sebenanrnya.
nice entri. tekun dan ihsanlah dlm membuat stiap pekerjaan.
wah, waris Dato' Musa Kadzim ngn Tun Lepat dh bersuara~~huahuahua~!
hamba juga pernah merasa tarbiyah dapur, tapi masa itu masih kanak2, bila membaca post MM, terasa aduhai..apa berkat aku masak satu masa dahulu utk mereka? aduhai2..terima kasih MM, kalau hamba dpt tarbiyah dapur lepas ini akn hamba buat sehabis baik!!
salam MM :)
nice writing..tulis la byk2 lg ye...:)
tarbiyah dapur..nampak kecik tp selalu terlepas pandang..tarbiyah ni xde dalam buku2 usrah ataupun silibus SC..juz ikhlaskan hati..niat masak sbg ibadah..masak dgn ihsan..sungguh2..bukan sbb harini tugas die, so msk je la ape2...
betul tu yu, masakan kite menggambarkan mood kite..kalau mood baik cokodok tu iA jd comei je..:)so jom sama2 ikhlaskan hati di dapur!!
huhu~
ketua iron chef dah kuar..
teringt peristiwa memotong bawang di dapur..
setiap kali potong bwg, mesti ada "drama" sedih berlaku..
x cukup tarbiyah dapur lgi nie..hurm..
mekacih chef!! >.<
me teringin sgt nk dpt tarbiyah dapur!!!
miss minal mathbah, tq for this reminder
bagi ana, memasak itu satu terapi yang membahagiakan.
dengan syarat, mmg kene masak dengan hati yg ikhlas, dan gembira.
bila try buat dengan keadaan terpaksa,mesti rasa dia pun sekadar tahap boleh makan laaa..
kan2?
ana ada azam besar dengan dapur.
doakan tercapai ye akhawat. =)
btol2...kdg2 kte masak juz nak hilang kan lapar je...
tp bile kte murnikan niat kite,makanan tu akan jd lebih berkat dan memberkati~
terima kasih kpd MM atas perkongsian.
=)
Salam..
Btul2..stuju2..
Mgkin kita nampak sesuatu tu kecik BUT pada Allah stp satu tu dikira..n besar maknanya bila dlakukan seikhlas hati untuk redhaNya n agamaNya..itula, laen bila manusia yang memandang, yang hebat2 je dikira amal...dikata kerja...dibilang amanah...walhal setiap satunya punya ssaham tersendiri di akhirat nanti..
Yang penting pandangn Dia Pemilik sgala Cinta..peduli pada pandangan manusia..
Hanya yang buka hati merasa tarbiyah dapur itu~
Post a Comment