Feb 26, 2010

kekasih Allah


ni adalah khutbah terakhir Rasulullah.jom kita sama2 bce pesanan kekasih Allah buat kita.

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia, yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.



semoga segala usaha penat lelah Baginda dalam menegakkan kalimah Allah,dalam menyebarkan islam kpd umat2nya tidak kita sia2kan.wahai diri dan shbt2,betapa besarnya pengorbanan Baginda.betapa Baginda berusaha menyampaikan risalah suci dgn penuh bertanggungjawab.dengan bersungguh-sungguh.dengan sepenuh jiwa dan raga.tiada kata dapat diungkapkan bagi menunjukkan kesungguhan Baginda dlam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjwabkan.tanpa usaha sekeras dan segigih itu,adakah islam akan sampai kat kita semua?entah bagaimana keadaan kita skrg agknya,sekiranya baginda tidak berusaha segigih tu.
bersyukurlah kita kerana Allah memberi kita peluang mengecapi nikmat terbesar,iman dan islam dalam hidup kita.rasulullah telah melaksanakan amanahnya.

kita pula bagaimana?
mahu jadi rantai penyambung membawa risalah suci?
atau sekadar
mahu jadi penonton?

Feb 17, 2010

kadang taat kadang derhaka


"halusnya butiran pasir," aku takjub.
ketenangan sembunyi-sembunyi menyusup ke sudut hati detik melihat lukisan sang angin atas pasir halus itu.
"pandai sungguh angin ini melukis," bisik hati kecilku.
masakan mungkin lukisan-lukisan menakjubkan atas padang pasir yang terbentang luas ini terjadi secara sendiri.
mustahil !

angin juga punya pencipta.
jika lukisan angin aku kagumi,
masakan mungkin aku melupakan sang angin .
apatah lagi pencipta sang angin.
karutlah aku jika mencintai angin tetapi melupakan Tuhannya.


daku menoleh ke kiri dan ke kanan,
sekali lagi aku takjub,
melihat bukit batu di sekelilingku.
hasil ukiran penuh seni sang angin, matahari dan hujan,
bekerjasama mencipta "karya agung" buat tatapan mata yang sering durhaka.

ah, aku tertunduk malu.
manusia, angkuh, bongkak, sombong!
permainan warna di atas kanvas putih sudah berbangga.
bangunan setinggi anak-anak bukit sudah mendabik dada.
tertinggi, tercantik, terhebat dan segala macam permainan anak kecil dijadikan paksi hidup!


tidak malukah engkau pada sang angin, sang matahari, sang air dan sang tanah yang tunduk patuh titah tuhannya?
lupakah engkau, sekali digoncang tanah, berderai semua?
sekali dilepaskan tali pacuan angin, musnah segalanya?
sekali dikacau air yang lembut, tenggelam semua?
jika matahari malas memancar cahaya, masihkah boleh berbangga?

tidak malukah engkau, wahai manusia si pendabik dada?
malu, cukup malu,
maafkan aku,
hamba yang kadang taat kadang derhaka..


Feb 14, 2010

Muhasabah: Ampunkan kami Ya Allah =(



Ya Allah ya tuhan kami, ampunkanlah dosa kami, dosa-dosa terdahulu yang belum sempat kami bertaubat, dosa-dosa yang kami lakukan secara terang-terangan atau ketika bersendirian. Dosa yang kami lakukan dalam keadaan sedar dan jaga atau dosa-dosa yang tidak kami sengajakan.

Ya Allah, ampunkan dosa kami, kami tidak khusyuk dalam solat, di kala waktu solat kami sering fikir perkara dunia. Kami tidak merasakan seolah-olah Engkau sedang memerhatikan kami ketika kami solat. Kami solat sambil lewa tanpa menghadirkan hati kami. Kami sering melewatkan waktu solat, kami sentiasa disibukkan dengan dunia, kami dilalaikan dengan permainan-permainan dunia seperti internet, telefon, laptop,pelajaran dan lain-lain ya Allah

Ya Allah, ampunkan dosa kami. Kami malas untuk bangun qiam. Kami sayangkan katil kami, selimut kami, bantal peluk kami daripadakan merindukan syurgaMu ya Allah. Kami tidak seperti para perindu jannah yang lain, yang di kala malam merenggangkan rusuk mereka dari tempat pembaringan. Ya Allah, di kala dua pertiga malam, Kau turun ke langit dunia untuk mendengar keluhan dan rintihan hamba-hambaMu, Kau perkenankan doa-doa orang yang meminta dengan penuh harapan daripada Mu di kala dinihari tapi Kau hanya boleh dengar dengkuran kami, kerana kami tidak bangun qiam ya Allah.

Ya Allah, ampunkan dosa kami. Kami sentiasa menjadikan dunia matlamat kami. kami meletakkan dunia di hati kami, kami sayang dunia,. Ya Allah, kami tidak bersedia untuk mati. Kami takutkan mati, kami cintakan dunia, kami menderita penyakit wahan kami menangis kerana dunia ya Allah, kami menangis kerana manusia, kami menangis kerana duit dan harta Tapi kami tidak menangis kerana takutkan nerakaMu. Kami tidak menangis kerana takutkan azabMu. Air mata kami mahal, hati kami keras kerana tidak mahu menangis mengenangkan dosa kami sedangkan hati-hati orang beriman sepatutnya bergetar apabila menyebut namaMu kerana takutkan Mu. Tapi kami masih tertawa tatkala menyebut namaMu, malah kami mempermainkan namaMu. Kami bersumpah dan berjanji menggunakan namaMu tetapi kami tidak kotakan.

Ya Allah, ampunkan dosa kami ya Allah. Kami kata kami daie, mengajak orang kepada Allah tetapi kami lupa kepada diri kami sendiri. Kami tidak melakukan perkara-perkara yang kami katakan. Ilmu-ilmu agama kami yang banyak tidak dapat membentuk diri kami. Ya Allah, jauhkan lah kami daripada riya’ dalam mengerjakan dakwah, peliharalah diri kami daripada penyakit-penyakit hati seperti ujub, takbur, dengki, hasad, bersangka buruk, dan lain-lain.

Ya Allah ampunkan dosa kami. Kami banyak bergurau senda,kami banyak cakap-cakap kosong yang tidak akan membantu kami untuk ke syurga, kami banyak tertawa padahal kami tahu ketawa banyak itu mematikan hati. Kami berbohong ketika bergurau, kami menyakitkan hati kawan-kawan kami dengan kata-kata kami, dengan jenaka kami. Kami kurang ingat mati. Kami tidak ingat pada api nerakaMu. Kami lupa yang api di dunia ini hanya sekecil biji sawi berbanding api nerakaMu dan pastinya berganda-ganda lagi panasnya.

Ya Allah, kami tidak menggunakan masa kami sebaiknya, kami banyak menggunakan masa kami untuk membuat perkara yang tidak berfaedah, perkara yang tidak menambah iman kami. Kami banyak membuang masa padahal nabi telah bersabda bahawa di hari akhirat kelak akan dipersoalkan apakah yang telah kami buat ketika hidup terutamanya pada waktu muda.
Kami tidak belajar bersungguh-sungguh sepanjang tahun sedangkan kami tahu menuntut ilmu itu wajib. Tatkala peperiksaan hampir dekat barulah kami bekerja keras di saat-saat akhir. Kami tidak merasakan studi itu adalah ibadah, kami mengecilkan skop ibadah hanya kepada solat, puasa, zakat,haji dan usrah sahaja. Kami tidak bersungguh-sungguh di dalam kerja kami padahal umat islam perlu cemerlang dalam segala bidang.

Ya Allah, ampunkan kami kerana tidak menunaikan amanah ibu bapa kami, kami dihantar ke sini untuk belajar tapi kami bermain-main. Kami ponteng kelas ya Allah, kami tidak serius menuntut ilmu, kami mengumpat pensyarah, kami maki hamun orang arab dan mcm2 lagi ya Allah.

Ya Allah, ampunkan dosa kami. Ambillah nyawa kami ketika iman kami yang terbaik, amal kami yang terbaik, infaq kami yang terbaik. Anugerahkanlah kami mati syahid. Jadikan kami dari kalangan hambaMu yang bersyukur.


Feb 6, 2010

terima kasih Tuhanku








Sesak

Nafas tersekat-sekat

Tercungap-cungap merebut udara yang takkan pernah habis

hangat

Menitis lagi mutiara di pipi

Turun perlahan

Seperti membelai,memujuk hati yang sebak

Di mana penguat ketika ini selain Tuhan?

Di mana penolong ketika ini selain Tuhan?

Di mana tempat mengadu ketika ini selain Tuhan?











Tuhan

Hambamu ini datang lagi

Seperti biasa..busuk,kotor,hitam,berlumpur,hanyir!

Merangkak dan bersimpuh di bawah kebesaranMu

Minta ‘dibersihkan’

Kemudian kembali

Kembali ke lembah hina itu lagi

Mengotorkan diri semula

Alangkah malangnya aku!

Tuhan

Aku hamba yang sentiasa datang dalam keadaan berbau itu

Aku perempuan,makhluk berakal satu itu











Tuhan

Aku terasa lemah

Longlai seperti hendak jatuh mencium bumi

Maka di mana lagi yang punya kekuatan selain Allah?











Tuhan

Aku ini lemah,bukan?

Berbanding Khadijah yang kental jiwanya

Yang memiliki seribu jiwa

Meniupkan semangat suami tercinta

Tuhan

Aku mengaku yang lemah itu aku

Tatkala melihat rumaisa’ yang tabah menahan sebak bercerita

Bercerita kepada si dia

“anak kita sudah tiada”

Tuhan

Yang lemah itu aku,kan?

Andai dibandingkan dengan gadis bernama Iqlima itu

Direbut Habil dan Qabil

Sudahlah solehah,cantik pula










Tuhan

Yang sentiasa tersungkur kerana lemah itu aku,bukan?

Lihat sahaja Zainab yang terpenjara antara 2 cinta

Meninggalkan suami,memilih agama

Sehingga keguguran di panas sahara

Andai aku di situ

Laratkah aku wahai Tuhanku?

Tuhan

Aku tidak setabah itu

Aku tahu Tuhanku

Aku tidak sekuat mereka

Namun Tuhanku

Terima kasih

Menghadirkan mereka

Untuk menyuntik semangatku

Saat aku merasa lemah tidak berdaya










Meski kami hidup dalam abad yang berbeza

Namun Tuhanku

Darah jihad mereka yang ikhlas

Bisa menegakkan tulang-tulangku yang hampir lumpuh

Bisa menguatkan jemariku yang hampir tergelincir

Terima kasih Tuhanku

Menghadirkan mereka dalam hidupku

Terima kasih Tuhanku

Menhadirkan dia dalam hidupku

Feb 4, 2010

Open Your Eyes & Heart 2010




mari kita bersama memeriahkan taman-taman syurga ini pada:~

tarikh : 6 Febuari 2010

tempat : Wisma Nusantara, Raba3ah, Madinat Nasr

masa : 8am - 3pm

brg2 yg perlu dibawa : Al- Quran tafsir
: buku nota
: niat yg sentiasa ditajdid c:

Feb 3, 2010

cuti =)

salam alayk smua :)

alhamdulillah..fatrah imtihan untuk mid year telah berakhir
segala puji hanya pada Dia yang memberi kekuatan dalam menghadapi fatrah imtihan yang saya kira agak mencabar.apapun,usaha masih belum lagi berakhir.masih ada lagi usaha yang blh dibuat iaitu? berdoa dan tawakal.. doakan kejayaan bersama ya!

dah lps fatrah imtihan..tiba lah waktu cuti. :)
cuti? wow! bestnye cuti..
macam mana plan cuti kali ni ye?

(klik untuk paparan lebih jelas)

haa...apa yang kita buat ye untuk isi masa cuti kita?

masa adalah makhluk Allah yang saaangat taat pada Dia.saangat patuh.

masa yang mana tidak akan bertolak ansur walau sedikit pun dgn manusia.mintalah supaya masa berhenti sekejap,untuk bg peluang kat kita untuk buat something pun,for sure takkan boleh.taatnya makhluk Allah yang satu ni.

masa akan terus beredar,meninggalkan insan2 yang tidak mahu mengejarnya.berlari dan terus berlari,tanpa menoleh ke belakang sedikit pun untuk menunggu kita.tetap setia pada perintah tuhannya.

jadi,jom sama2 guna nikmat masa sebaik-baiknya.jangan kita sia-siakan masa lapang.isi dengan perkara yang bermanfaat.rugilah kalau di isi dengan perkara2 yang menambahkan noda-noda hitam pada hati kan?nauzubillah..

jom check planner kita,smoga perancangan cuti ni,mendekatkan kita pada khaliq(pencipta) kita.

p/s: selamat bermusafir kepada yang akan bermusafir.semoga permusafiran itu mendapat naungan rahmat dan redhaNya.

kepada yang masih setia di lembah nil,jom sama2 berjuang! isi masa dengan sebaiknya.jangan bermalas-malasan. :)