Salam w.b.t Secara jujurnya,aku tak suka minum kopi. Melainkan jika keadaan tubuh badanku mahu bekerja lebih keras dengan study lewat mala...
About
الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو
حكومة وأمة وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة وهو ثقافة وقانون أو
علم وقضاء وهو مادة وثروة أو آسب وغنى وهو جهاد ودعوة أو
جيش وفكرة آما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan.
Ia
adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat.
Ia adalah akhlak dan kekuatan
ataupun rahmat dan keadilan.
Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan
dan kehakiman.
Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan.
Ia adalah
jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah.
Sebagaimana juga ia adalah akidah yang
benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.
Posted on Sunday, May 30, 2010 by uttoh
| No comments
" Barangkali, sebab utama problem tidak merasa berdosa ialah keakraban dengan kemungkaran, sebab ia terlalu sering dikerjakan. Hal ini persis, dengan keakraban kita dengan makhluk-makhluk Allah yang besar, seperti langit, apa sahaja yang ada di dalamnya, bumi beserta apa sahaja yang ada di atasnya, sebab kita sering melihatnya. Kita merasa hairan dengan penemuan-penemuan terbaru. Tapi, kita lupa pada suatu yang lebih hebat dari penemuan-penemuan baru tersebut,sebab kita terbiasa melihat makhluk-makhluk Allah itu.
Dosa juga seperti itu jika terlalu sering dilakukan. Hati akan menjadi akrab dengannya dan tidak akan memungkirinya.
Inilah yang paling ditakutkan oleh Abu Al-Hasan Az-Zayyat rahimahullah. Ia berkata,
" Demi Allah aku tidak peduli dengan banyaknya kemungkaran dan dosa.
Yang paling aku takutkan ialah keakraban hati dengan kemungkaran dan dosa.
Posted on Sunday, May 23, 2010 by uttoh
| 1 comment
" secara fitrahnya, manusia bencikan kehinaan dan tidak sukakan kezaliman. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku,tanpa disedari mereka tunduk secara beransur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan lalu menjadi seperti singa yang telah dijinakkan. Namun begitu,unsur kemuliaan sebenarnya masih berbaki di jiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.
Apabila ada sahaja da'i yang menyeru kepada kemuliaan dan kebebasan,membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka kemuliaan di dalam jiwanya itu mula berdenyut. Bara di dalam sekam mula menyala. Sifat kemanusiaan di dalam dirinya mula bangkit, tidak mahu dihina dan bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jihad itu lebih ringan daripada diperhambakan,malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.
Kehinaan yang menimpa manusia yang di sebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, ianya akan cepat sembuh dan mudah dihilangkan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati,itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.
Kerana itulah pihak taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orang ramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa susila. Mereka besarkan para belia atas didikan ini dengan pelbagai sarana. Semuanya bertujuan untuk mematikan himmah(concern) dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan terus menerus berada di tangan mereka."
-petikan dari buku muntalaq(titik tolak)-
*anak singa diubah menjadi kijang yang pengecut*
menjadi singa atau tetap jadi kijang? pilihan di tangan kita.
engkau berteduh di bawah pohon kelalaian.keluarlah dari naungan pohon itu,kerana engkau telah melihat sinar mentari dan tahu jalan yang benar.
Posted on Tuesday, May 18, 2010 by uttoh
| 1 comment
sunyi di kala teman-teman disisi?
resah di kala tiada masalah?
sendirian di kala dalam keramaian?
“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.
Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.
Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.
Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.
Bahkan jika hati ini DIBERI DUNIA SELURUHNYA BESERTA SEGALA ISINYA, keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi tidak mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..”
Penggunaan kata ‘ahad’ lebih halus dri guna perkataan ‘wahid’. jika perkataan 'wahid' diguna ,macam boleh bilang-bilang..wahid,ithnin,thalatha...etc.
tapi,perkataan ‘ahad’,menunjukkan keEsaan Allah.penggunaan perkataan ‘ahad’ merangkumi maksud perkataan ‘wahid’ yang membawa maksud tiada sesuatu yang lain selain Allah dan tiada sesuatu setanding Allah.
itulah hakikat keesaan kewujudan Allah.tiada hakikat melainkan hakikat Allah.tiada kewujudan haqiqi melainkan kewujudan Allah.segala maujud yang lain,adalah mengambil kewujudan mereka dari kewujudan Allah yang haqiqi.
apabila pentafsiran ini mantap di dalam hati dan kefahaman ini jelas dan terang,maka bersihlah hati dari segala pergantungan dengan yang lain selain dari Allah.
bersihlah hati dari segala pergantungan selain dari Allah.
Posted on Monday, May 03, 2010 by Leb@H_m@nJ@
| No comments
Satu puisi ringkas, dari Ar-Rumi. Puisi boleh melembutkan hati (muntalaq)
Aku tidak memiliki apa-apa selain yang KAU beri,Apabila KAU sembunyi, aku selalu menjadi fakir,Apabila KAU mewujud, aku sangat senang dan setia,Hanya KAU yang ku pilih, diantara segala isi dunia,KAU jualah penyebab gembira atau sedih di hati,Dalam diri ini ada duri dan ada mawar,Kucium bau mawar lalu kucabut semua duri.