May 23, 2010

suntikan halus



" secara fitrahnya, manusia bencikan kehinaan dan tidak sukakan kezaliman. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku,tanpa disedari mereka tunduk secara beransur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan lalu menjadi seperti singa yang telah dijinakkan. Namun begitu,unsur kemuliaan sebenarnya masih berbaki di jiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.

Apabila ada sahaja da'i yang menyeru kepada kemuliaan dan kebebasan,membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka kemuliaan di dalam jiwanya itu mula berdenyut. Bara di dalam sekam mula menyala. Sifat kemanusiaan di dalam dirinya mula bangkit, tidak mahu dihina dan bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jihad itu lebih ringan daripada diperhambakan,malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.

Kehinaan yang menimpa manusia yang di sebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, ianya akan cepat sembuh dan mudah dihilangkan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati,itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.

Kerana itulah pihak taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orang ramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa susila. Mereka besarkan para belia atas didikan ini dengan pelbagai sarana. Semuanya bertujuan untuk mematikan himmah(concern) dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan terus menerus berada di tangan mereka."


-petikan dari buku muntalaq(titik tolak)-


*anak singa diubah menjadi kijang yang pengecut*

menjadi singa atau tetap jadi kijang?
pilihan di tangan kita.






engkau berteduh di bawah pohon kelalaian.keluarlah dari naungan pohon itu,kerana engkau telah melihat sinar mentari dan tahu jalan yang benar.
-taujih ruhiyah-
Categories:

1 comments:

Anonymous said...

"Titik Tolak" ni terjemahan BM terbaru Al-Muntalaq oleh Uttoh ke?

xsabar nk cari...=)