Salam w.b.t Secara jujurnya,aku tak suka minum kopi. Melainkan jika keadaan tubuh badanku mahu bekerja lebih keras dengan study lewat mala...
About
الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو
حكومة وأمة وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة وهو ثقافة وقانون أو
علم وقضاء وهو مادة وثروة أو آسب وغنى وهو جهاد ودعوة أو
جيش وفكرة آما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan.
Ia
adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat.
Ia adalah akhlak dan kekuatan
ataupun rahmat dan keadilan.
Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan
dan kehakiman.
Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan.
Ia adalah
jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah.
Sebagaimana juga ia adalah akidah yang
benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.
Posted on Tuesday, January 26, 2010 by Leb@H_m@nJ@
| 1 comment
Rasulullah saw bersabda “Saya akan beritahukan kepada kalian suatu kaum dari kalangan umatku. Mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung. Namun Allah menjadikan kebaikan tersebut seperti debu yang berterbangan.”
Tsauban berkata, Ya Rasulullah! Terangkan sifat-sifat mereka pada kami, sehingga kami tidak termasuk dari golongan mereka, sedangkan kami tidak menyadarinya.
Rasulullah saw bersabda “Mereka adalah saudara kalian, dari kalangan kalian pula. Mereka mengisi waktu malam dengan beribadah, seperti yang kalian biasa lakukakan. Namun mereka jika sedang bersendirian dan mempunyai kesempatan melakukakan perbuatan haram, maka mereka melakukannya”
(HR Ibnu Majah)
Enough said.Malulah pada malaikat kiri kanan yang tidak pernah tertidur atau curi tulang dalam menjalankan tugas.Sentiasalah merasakan pengawasan Allah kepada kita tatkala kita bersendirian. Allah itu Maha Mengetahui
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).
Posted on Tuesday, January 26, 2010 by uttoh
| No comments
Alhamdulillah selesai menjawab exam parasit..selesai bergelumang dengan cacing2.hehe.
Tawakkal dan berserah sepenuhnya pada Dia.semoga dengan tawakal yang setinggi angkasa itu mendatangkan kedamaian dan ketenangan dalam jiwa.insyaAllah.
exam merupakan salah satu lubuk untuk kita mengumpul pahala.kenapa ya?
Hurm...cuba kita lihat,untuk menghadapi exam,kita mesti akan berusaha bersungguh2 kan?
Sebelum apa2,hubungan dengan pemilik ilmu mesti kena jaga kan? Maka di fatrah exam ni,dikuatkan diri bangun di tengah-tengah malam.berdoa menghadap Dia untuk mndapat ketenangan dan dipermudahkan segalanya.sujud terakhir pun lama.berdoa sepenuh hati supaya dapat lah jwb exam nanti.
Sanggup bersengkang mata,tidur merata2..ade kat meja study,ada kat celah meja,ade kat lantai,kat sofa.macam2 ragam lah.tengah bc buku tu,kalau ngantuk pun nk try jgk bc..
Tidur plak,mesti nak kjap je.kunci jam loceng,jam handset,mintak kawan kejut.mcm2 usaha supaya tak terlebih tido.wpun kdg2 mungkin ade yg terlajak cam sy.hii~
Kdg2 buat nota tym baca buku,tak mau rase ngantuk menguasai.kadang2,baca kuat2,tak pun dengar mp3.tak kurang ada juga yang ambil wudhu’.banyaknya usaha tak nak kasi ngantuk.
hurm..apa lagi ya?
Baca buku teks.abis buku teks,bc buku tambahan yang blh membantu untuk memahamkan dan menguatkan ingatan.lagi? ha..download nota2.beli nota2..hafal plak jadual.buat kaedah neumonik,macam2 kaedah la untuk kasi ingat.buat latihan.dah habis sume..ulang balik..aiseh,sampai rasa cam nak muntah..sampai rasa beratnya kepala.sampai termimpi2..cacing kluar kat telinga,kat kaki,kat badan la,mcm2..hee~
Kadang2 tgh bc buku,rasa dh tak leh masuk dh.tapi rasa cam msa dh tak sempat.banyak lagi tak baca..rasa tension,rasa tertekan,rasa nk nangis.mcm2 rase la.mujur ada sahabat2 yang sangat prihatin.yang sanggup meluangkan masa mendengar.wpun sebenarnya sahabat tu juga merasakan benda yang sama.tapi,digagahkan diri,memberi kata2 semangat,berkongsi ayat2 kalam cinta dari Pencipta demi menenangkan hati.terima kasih sahabat!
Bila tiba hari exam,sebelum melangkahkan kaki ke dewan,baca lagi buku.dah kat dalam dwn exam,bincang lagi.nk kuatkan lagi hafalan yang dihafal.sampai penjaga dewan suruh duduk kat tempat masing baru la berhenti bincang.dah dapat kertas soalan,usaha lagi.jawab exam betul2.tunduk menulis..harap2semoga apa yang dibaca sebelum ni Allah kembalikan.di perah otak bersungguh2,membayangkan mukasurat di dalam buku teks.kalau yg tak tau jwpn usaha jugak jwab.at least ada tulis jgk.tak nak tinggal kosong.mana tau dapat markah kan?
Dah selesai jwab periksa,berserah kat Dia.berusaha dengan berdoa sepenuh hati.doa moga2 dapat yang terbaik.Allah yang pegang hati pemeriksa2.biarlah Dia yang menentukan.kerana Dia tahu yang terbaik untuk hambanya kan?
Bila tengok2 balik kat atas ni(mgkin ada lagi yg tak tertulis)..banyak jugak usaha kita.dari segi hubungan dengan pencipta,bgn tgh2 mlm,dari segi mujahadah nk menghafal ilmu2 Dia yang sgt luas,mujahadah ketika di dwn exam.dan lain2 lagi..banyak kan?
Sangat rugilah kiranya kita buat semua tu tanpa niat kan?tanpa niat maka,rugi lah..dapat penat,dapat lelah.tu je..alamak..sedihnya! sia2 kah? Jadi sama2 betulkan niat ye.
Banyak pahala boleh kita dapat dari fatrah exam ni.kalau kita niat betul2..kalau kita ikhlas.semua usaha kita tu,insyaAllah,Allah kira.pahala bangun malam2,wpun sgt la kena usaha nak tinggalkan saratoga (selimut tebal) tu.pahala bersengkang mata.pahala usaha tak nak bagi ngntuk,pahala sabar.baanyak sangat nk baca ni.banyak sangat nk hafal ni..sabar lagi..usaha lagi hafal.pahala bagi semangat kat kwn2.pahala tawakal.pahala lawan rasa malas,rasa ptus asa.pahala pergantungan kat Dia.pahala perah otak dan baaaaaanyaaak lagi..
Dan semua usaha2 itu,sebenarnya datang dari mana ya? Atas kudrat kita kah?
“Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allah,....
(16:53)
Jelas..dalam manual kita(quran) dah disebut. Allah yang bagi semua nikmat tu kat kita.Allah yang bagi kekuatan tu kat kita.Allah bagi kekuatan lawan rasa malas nak bangun qiam,malas nak baca buku.Allah timbulkan rasa pentingnya kena stdy.Allah yang pegang hati kita.Allah lah yang gerakkan hati kita untuk baca muka surat tu di malam exam,dan tgk2 esok kluar sebijik apa yang kita bca.Allah la yang gerakkan hati kawan kita bincang ngan kita pasal tajuk tu tym sebelum exam,dan tup2,kluar soalan.Allah lah mengembalikan balik apa yang kita baca tym kita jwb exam.semuanya dari Allah.Allahukbar!
exam ni memang salah satu medan Allah cipta untuk hamba dia kumpul pahala.Baikkan Allah?bagi peluang untuk kita tambah pahala.exam ni jugak medan kita untuk tarbiyyah diri kita.mungkin sebelum ni qiam(bangun malam) tym exam je.lps ni blh teruskan..bukan berhenti setakat tym exam je.exam menjadi titik tolak untuk kita.menjadi hamba yang dekat dgn Dia.jika dikala exam kita sgt menjaga hubungan dgn dia,mengapa tidak dalam kehidupan seharian kita juga ye?
Posted on Sunday, January 24, 2010 by ambubah
| 1 comment
Salam alayk kepada semua pembaca.
Hanya 3 minit diperlukan untuk membaca entry ini. Habiskan ya! Khususnya anak-anak di perlembahan nil dan anak-anak diserata dunia yang sedang bergelut dengan peperiksaan. Oh ya, sebelum itu, sila lah loading dulu youtube dibawah sekiranya internet anda kurang cemerlang, demi mencapai target 3 minit disini =)
Ok, sudah diloading?
Kita kalau telefon bimbit berdering, bergegas-gegas bahkan kadang-kadang berlari-lari capai, excited sungguh untuk mengangkat telefon. Kalau ada orang buzz YM, perkara serupa juga berlaku. Tapi kalau azan?? Hmm, Ok, perkataan azan macam tak terasa sangat. Kita kita tukar dengan seruan tuhan. Ataupun announcement dari boss besar, dari ketua segala ketua. Bayangkan kalau Perdana Menteri, atau Agung atau ketua polis yang panggil kita menghadap, for sure kita terus siap-siap, pakai cantik-cantik, dengan perasaan yang pelbagai. Gembira mungkin, atau dengan perasaan takut . Takut kerana kebesaran pangkatnya. Gembira kerana bahagia diberi kesempatan menghadap,bersemuka, dan berbual dengan mereka. Juga perasaan rendah diri. Siapalah kita berbanding mereka yang berpangkat besar mentadbir negara, kan?
Kesimpulan terus. Kalau dengan manusia kita boleh ada perasaan begitu, kenapa tidak dengan tuhan? Tepuk dada, tanya iman. Muhasabah balik, adalah kita benar-benar takut dengan tuhan? Adakah ihsan dan ketakwaan dalam diri?
"Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka."(8:2)
Ok, boleh tengok video sekarang.
Antara takut dan harap kepada tuhan. salam imtihan ya semua! binnajah, insyaAllah.
Posted on Monday, January 18, 2010 by uttoh
| 1 comment
assalamualaikum semua!
semoga sihat jasmani dan rohani hendaknya.. erm, bak kata ambubah,blog ni statik je kn..hehe.. team anak-anak nil menyepi sebentar kerana akan menempuh peperiksaan pada 23jan-2feb 2010.. doakan kami ya =)
video ni saya tujukan kepada semua yang sedang menempuh fatrah imtihan di perlembahan nil ni =)
usaha sungguh2 ye.jangan lupa tajdid (perbaharui niat) dan pelbagaikan niat ya! jangan biar usaha kita tu sia2..jangan last2 dapat penat je..nauzubillah. macam mana nak pelbagai kan niat tu bergantung kpd diri kita sendiri kan. antara niat2 yang bleh kita niat kan ialah:
1-belajar keranaNya 2-untuk menghilangkan kejahilan dalam diri 3-ilmu yg dipelajari mmberi manfaat pada diri dan org lain 4-melaksanakan tanggungjawab,amanah Allah,ibu ayah dan penaja 5-manifestasi tanda syukur kita atas segala nikmat 6-menggembirakan ibu ayah 7-memanfaatkan masa dan lain2..blh la di tambah sendiri..hehe..tu hanya cadangan.klau blh,banyakkan lagi niat. semoga dengan memperbanyakkan niat,Allah kira semua tu wpun kita hanya buat satu benda. kan best..buat satu benda dapat baaaanyak pahala.tapi,yang penting kena ikhlas kan? insyaAllah,kita sama2 cuba untuk ikhlaskan niat..mmg cakap senang,tp nk buat susah,tapi ia x mustahil kan?
”sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (an-Nahl: 128)
jom sama2 usaha! semoga usaha kita yang kecil ini Allah kira sebagai pemberat mizan kita di sana
all the best buat sume~doakan kejayaan bersama...
p/s: terjumpa iklan pasal no cheating in exam..hehe..chumil gk iklan ni.nk tgk? kliksini
Posted on Friday, January 08, 2010 by ItMeansHappiness
| No comments
Ukhti Datanglah ke sini Duduklah di samping ana Mengadap laut yang luas itu Yang sudah tidak lagi biru Membias warna keemasan langit senja
Ukhti Tengok itu! Tengok yang disana tu Lihat saja mentari yang gah itu Mentari yang kita rasa begitu gagah memercikkan peluh manusia Yang kita tahu Kita bisa hangus andai mendekatinya Tapi lihatlah ia Segah mana ia berdiri,bertapak di atas galaksi bima sakti Namun akhirnya mengundur diri Kerana suruhan Tuhannya memberitahu Malam telah menjelma untuk manusia Maka pulanglah kamu Maka ia tahu Dan ia taat,ukhti! Merendah maruah pada sang bulan yang meminjam cahayanya Hanya kerana satu kata Kata dari pencipta
Ukhti Tengok di penjuru itu Yang di sebelah kanan itu Ukhti nampak apa? Cantik bukan? Susunan warna-warna pelangi Mempamerkan warna-warna Tuhan Bangga menjadi tatapan manusia Tapi ia mengeluh Kerana manusia tidak mahu berfikir Tentang siapa yang menjadikannya Hanya kagum dengan mengatakan ”wah cantiknya!” Maka bisik sang pelangi itu ”tidakkah kamu terikir akan kehebatan penciptanya?”
Ukhti Enti pandang ke utara sana Pandangan luar biasa Yang biasa kita tonton dalam episod-episod cerita Cahaya merah di kaki langit Yang bisa memercik seribu rasa Mendamaikan siapa yang kusut Menyedarkan hati-hati yang taat Menambah iman jiwa-jiwa yang rindu Menjadi kekalutan bagi nafas yang sedang ketakutan Lihat ukhti Itu adalah bancuhan segala warna-warna Tuhan Yang disekalikan Diadun dengan begitu indah Ukhti Maka kenapa kita tidak berfikir?
Ukhti Melihat betapa taatnya mentari Ana menjadi malu Melihat betapa muhasabahnya sang pelangi Ana menjadi malu Melihat senja itu Ana menjadi malu Senja itu mempamerkan segala kepatuhan makhluk kepadaNya,ukhtiku! Maka adakah aku termasuk dalam golongan mereka yang benar-benar taat...............?
” Maka aku bersumpah demi cahaya merah pada waktu senja!” ” Demi malam dan apa yang diselubunginya” ” Demi bulan apabila ia menjadi purnama” ”sungguh,kamu akan jalani tingkat demi tingkat dalam kehidupan” ”maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
Posted on Tuesday, January 05, 2010 by ainal yaqin
| No comments
1) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah) 2) Ibadah yang Sahih (Sahihul Ibadah) 3) Aklak yang Mantap (Matinul Khuluk) 4) Kuat tubuh badan (Qawiyul Jismi) 5)Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqal Fikri) 6)Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi) 7)Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi) 8)Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu'unihi) 9)Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi) 10)Berguna untuk orang lain (Nafi'un li ghairi)
Posted on Sunday, January 03, 2010 by Leb@H_m@nJ@
| 2 comments
Meniti fatrah imtihan di bumi anbiya'.....Satu peringatan tentang konsep tawakal =)
Mewujudkan Tawakkal bukan bererti menidakkan usaha. Allah memerintahkan hamba-hambaNya untuk berusaha sekaligus bertawakkal. Berusaha dengan seluruh anggota badan dan bertawakkal dengan hati merupakan perwujudan iman kepada Allah Ta’ala.
Sebahagian orang mungkin ada yang berkata, “Jika orang yang bertawakkal kepada Allah itu akan diberi rezeki, maka kenapa kita harus lelah, berusaha dan mencari penghidupan. Bukankah kita cukup duduk-duduk dan bermalas-malasan, lalu rezeki kita datang dari langit?”
Perkataan itu sungguh menunjukkan kebodohan orang itu tentang hakikat Tawakkal. Nabi kita yang mulia telah menyerupakan orang yang bertawakkal dan diberi rezeki itu dengan burung yang pergi di pagi hari untuk mencari rezeki dan pulang pada petang hari, padahal burung itu tidak memiliki sandaran apapun, baik perdagangan, pertanian, atau pekerjaan tertentu. Ia keluar berbekal tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa sebagai tempat bergantung.
Imam Ahmad pernah ditanya tentang seorang laki-laki yang hanya duduk di rumah atau di masjid seraya berkata, “Aku tidak mau bekerja sedikitpun, sampai rezekiku datang sendiri”.
Maka beliau berkomentar, “Ia adalah laki-laki yang tidak mengenal ilmu. Sungguh Nabi ShollAllahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, ‘Sesungguhnya Allah telah menjadikan rizkiku dalam bayang-bayang tombak perangku (baca: ghonimah)’.Dan beliau juga bersabda, ‘Sekiranya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya Allah memberimu rizki sebagaimana yang diberikanNya kepada burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.’(Hasan Shohih. HR.Tirmidzi).
Selanjutnya Imam Ahmad berkata, “Para sahabat juga berdagang dan bekerja dengan mengelola pohon kurmanya. Dan mereka itulah teladan kita.”(Fathul Bari, 11/305-306)
Tawakkal tidaklah bererti meninggalkan usaha. Hendaknya setiap muslim bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan penghidupan. Hanya saja ia tidak boleh menyandarkan diri pada kelelahan, kerja keras dan usahanya, tetapi ia harus meyakini bahawa segala urusan adalah milik Allah, dan bahwa rezeki itu hanyalah dari Dia semata..