Alhamdulillah selesai menjawab exam parasit..selesai bergelumang dengan cacing2.hehe.
Tawakkal dan berserah sepenuhnya pada Dia.semoga dengan tawakal yang setinggi angkasa itu mendatangkan kedamaian dan ketenangan dalam jiwa.insyaAllah.
exam merupakan salah satu lubuk untuk kita mengumpul pahala.kenapa ya?Hurm...cuba kita lihat,untuk menghadapi exam,kita mesti akan berusaha bersungguh2 kan?
Sebelum apa2,hubungan dengan pemilik ilmu mesti kena jaga kan? Maka di fatrah exam ni,dikuatkan diri bangun di tengah-tengah malam.berdoa menghadap Dia untuk mndapat ketenangan dan dipermudahkan segalanya.sujud terakhir pun lama.berdoa sepenuh hati supaya dapat lah jwb exam nanti.
Sanggup bersengkang mata,tidur merata2..ade kat meja study,ada kat celah meja,ade kat lantai,kat sofa.macam2 ragam lah.tengah bc buku tu,kalau ngantuk pun nk try jgk bc..
Tidur plak,mesti nak kjap je.kunci jam loceng,jam handset,mintak kawan kejut.mcm2 usaha supaya tak terlebih tido.wpun kdg2 mungkin ade yg terlajak cam sy.hii~
Kdg2 buat nota tym baca buku,tak mau rase ngantuk menguasai.kadang2,baca kuat2,tak pun dengar mp3.tak kurang ada juga yang ambil wudhu’.banyaknya usaha tak nak kasi ngantuk.
hurm..apa lagi ya?
Baca buku teks.abis buku teks,bc buku tambahan yang blh membantu untuk memahamkan dan menguatkan ingatan.lagi? ha..download nota2.beli nota2..hafal plak jadual.buat kaedah neumonik,macam2 kaedah la untuk kasi ingat.buat latihan.dah habis sume..ulang balik..aiseh,sampai rasa cam nak muntah..sampai rasa beratnya kepala.sampai termimpi2..cacing kluar kat telinga,kat kaki,kat badan la,mcm2..hee~
Kadang2 tgh bc buku,rasa dh tak leh masuk dh.tapi rasa cam msa dh tak sempat.banyak lagi tak baca..rasa tension,rasa tertekan,rasa nk nangis.mcm2 rase la.mujur ada sahabat2 yang sangat prihatin.yang sanggup meluangkan masa mendengar.wpun sebenarnya sahabat tu juga merasakan benda yang sama.tapi,digagahkan diri,memberi kata2 semangat,berkongsi ayat2 kalam cinta dari Pencipta demi menenangkan hati.terima kasih sahabat!
Bila tiba hari exam,sebelum melangkahkan kaki ke dewan,baca lagi buku.dah kat dalam dwn exam,bincang lagi.nk kuatkan lagi hafalan yang dihafal.sampai penjaga dewan suruh duduk kat tempat masing baru la berhenti bincang.dah dapat kertas soalan,usaha lagi.jawab exam betul2.tunduk menulis..harap2semoga apa yang dibaca sebelum ni Allah kembalikan.di perah otak bersungguh2,membayangkan mukasurat di dalam buku teks.kalau yg tak tau jwpn usaha jugak jwab.at least ada tulis jgk.tak nak tinggal kosong.mana tau dapat markah kan?
Dah selesai jwab periksa,berserah kat Dia.berusaha dengan berdoa sepenuh hati.doa moga2 dapat yang terbaik.Allah yang pegang hati pemeriksa2.biarlah Dia yang menentukan.kerana Dia tahu yang terbaik untuk hambanya kan?
Bila tengok2 balik kat atas ni(mgkin ada lagi yg tak tertulis)..banyak jugak usaha kita.dari segi hubungan dengan pencipta,bgn tgh2 mlm,dari segi mujahadah nk menghafal ilmu2 Dia yang sgt luas,mujahadah ketika di dwn exam.dan lain2 lagi..banyak kan?
Sangat rugilah kiranya kita buat semua tu tanpa niat kan?tanpa niat maka,rugi lah..dapat penat,dapat lelah.tu je..alamak..sedihnya! sia2 kah? Jadi sama2 betulkan niat ye.
Banyak pahala boleh kita dapat dari fatrah exam ni.kalau kita niat betul2..kalau kita ikhlas.semua usaha kita tu,insyaAllah,Allah kira.pahala bangun malam2,wpun sgt la kena usaha nak tinggalkan saratoga (selimut tebal) tu.pahala bersengkang mata.pahala usaha tak nak bagi ngntuk,pahala sabar.baanyak sangat nk baca ni.banyak sangat nk hafal ni..sabar lagi..usaha lagi hafal.pahala bagi semangat kat kwn2.pahala tawakal.pahala lawan rasa malas,rasa ptus asa.pahala pergantungan kat Dia.pahala perah otak dan baaaaaanyaaak lagi..
Dan semua usaha2 itu,sebenarnya datang dari mana ya? Atas kudrat kita kah?
“Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allah,....
(16:53)
Jelas..dalam manual kita(quran) dah disebut. Allah yang bagi semua nikmat tu kat kita.Allah yang bagi kekuatan tu kat kita.Allah bagi kekuatan lawan rasa malas nak bangun qiam,malas nak baca buku.Allah timbulkan rasa pentingnya kena stdy.Allah yang pegang hati kita.Allah lah yang gerakkan hati kita untuk baca muka surat tu di malam exam,dan tgk2 esok kluar sebijik apa yang kita bca.Allah la yang gerakkan hati kawan kita bincang ngan kita pasal tajuk tu tym sebelum exam,dan tup2,kluar soalan.Allah lah mengembalikan balik apa yang kita baca tym kita jwb exam.semuanya dari Allah.Allahukbar!
exam ni memang salah satu medan Allah cipta untuk hamba dia kumpul pahala.Baikkan Allah?bagi peluang untuk kita tambah pahala.exam ni jugak medan kita untuk tarbiyyah diri kita.mungkin sebelum ni qiam(bangun malam) tym exam je.lps ni blh teruskan..bukan berhenti setakat tym exam je.exam menjadi titik tolak untuk kita.menjadi hamba yang dekat dgn Dia.jika dikala exam kita sgt menjaga hubungan dgn dia,mengapa tidak dalam kehidupan seharian kita juga ye?
0 comments:
Post a Comment