Jan 8, 2010

sendu senja








Ukhti
Datanglah ke sini
Duduklah di samping ana
Mengadap laut yang luas itu
Yang sudah tidak lagi biru
Membias warna keemasan langit senja









Ukhti
Tengok itu!
Tengok yang disana tu
Lihat saja mentari yang gah itu
Mentari yang kita rasa begitu gagah memercikkan peluh manusia
Yang kita tahu
Kita bisa hangus andai mendekatinya
Tapi lihatlah ia
Segah mana ia berdiri,bertapak di atas galaksi bima sakti
Namun akhirnya mengundur diri
Kerana suruhan Tuhannya memberitahu
Malam telah menjelma untuk manusia
Maka pulanglah kamu
Maka ia tahu
Dan ia taat,ukhti!
Merendah maruah pada sang bulan yang meminjam cahayanya
Hanya kerana satu kata
Kata dari pencipta

Ukhti
Tengok di penjuru itu
Yang di sebelah kanan itu
Ukhti nampak apa?
Cantik bukan?
Susunan warna-warna pelangi
Mempamerkan warna-warna Tuhan
Bangga menjadi tatapan manusia
Tapi ia mengeluh
Kerana manusia tidak mahu berfikir
Tentang siapa yang menjadikannya
Hanya kagum dengan mengatakan
”wah cantiknya!”
Maka bisik sang pelangi itu
”tidakkah kamu terikir akan kehebatan penciptanya?”










Ukhti
Enti pandang ke utara sana
Pandangan luar biasa
Yang biasa kita tonton dalam episod-episod cerita
Cahaya merah di kaki langit
Yang bisa memercik seribu rasa
Mendamaikan siapa yang kusut
Menyedarkan hati-hati yang taat
Menambah iman jiwa-jiwa yang rindu
Menjadi kekalutan bagi nafas yang sedang ketakutan
Lihat ukhti
Itu adalah bancuhan segala warna-warna Tuhan
Yang disekalikan
Diadun dengan begitu indah
Ukhti
Maka kenapa kita tidak berfikir?

Ukhti
Melihat betapa taatnya mentari
Ana menjadi malu
Melihat betapa muhasabahnya sang pelangi
Ana menjadi malu
Melihat senja itu
Ana menjadi malu
Senja itu mempamerkan segala kepatuhan makhluk kepadaNya,ukhtiku!
Maka adakah aku termasuk dalam golongan mereka yang benar-benar taat...............?

” Maka aku bersumpah demi cahaya merah pada waktu senja!”
” Demi malam dan apa yang diselubunginya”
” Demi bulan apabila ia menjadi purnama”
”sungguh,kamu akan jalani tingkat demi tingkat dalam kehidupan”
”maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”

(al-insyiqaaq:16-20)




0 comments: