Jun 21, 2010

hujan


aku mengharapkan hujan
turun dari awan
membasahkan bumi kering ini
dari ketandusan dan kekeringan
kering hati
kering iman
kering jasad
kering ilmu
kering kasih sayang

aku mengharapkan sekawan hujan
rajin rajin menziarahi bumi ini
aku tahu tanah ini iklimnya begitu
cuma aku masih mahu berharap
kepada hujan yang ringan tapi kerap
agar hawa ini tidak terlalu kering
agar tumpuan ini lebih tenang
agar hati ini lebih sejuk dan redha


raining.jpg raining image by shyninggstar


ah,
bagaimana Musa a.s dan Harun a.s tegar berada di sini dahulu?
bagaimana Ibrahim a.s dan Sarah tertakdir ke sini dahulu?
bagaimana Syuib a.s mampu bertahan di Madyan sana?
ya salaam,
hebatnya keteguhan kamu semua,
hebatnya kesabaran kamu semua,
hebatnya tawakkal kamu semua dengan takdir Ilahi,
hebatnya, hebatnya.
hebatnya kamu sebagai seorang manusia hakiki.

ujiannya hebat, tawakkalnya juga hebat.

aku,
diuji sedikit sudah tak keruan,
ditarik nikmat ingatan, sudah mula bermenung panjangan,
dicucuk fifa, sudah mula lupakan pesanan,
terkadang yakin mampu lakukan, tapi lupa ku sertakan dengan kuasa izin dari Tuhan,
terkadang pasrah menyerah, tapi lupa Allah itu bersama dan senantiasa ada untuk mendengar rayu kita.
senyum itu bila gembira sahaja,
duka itu bila kecewa sahaja,
sedangkan,
Dia mahu kita senyum ketika duka,
dan tak lupa berduka dalam gembira.

aduhai.

panas itu ubatnya air.
kering itu ubatnya basahkan.
kecewa itu ubatnya redha.
tawakkal itu wajib dimaknakan.

aduhai.

aku mahu pulang segera, ke tanah air tercinta.
tapi,
mampukah hawa malaysia menyejukkan bahang ini?

Categories:

0 comments: