May 25, 2013

Iftitah

Bismillah...
Moga anak-anak Nil, terus baru ruhnya, menyebarkan dakwah Nabi Muhammad s.a.w, ke seluruh pelusuk dunia.

Permulaan yang bukan baru, meneruskan jejak anak-anak Nil yang lama, yang tergendala kerana masalah teknikal.

Moga semua tulisan antunna, memberi pencerahan seterang matahari di waktu siang, menjadi penyuluh jalan seperti bulan di waktu malam, dan menunjuk arah bak bintang.

InsyaAllah buat permulaan, kami akan kongsikan, terjemahan bahan-bahan tarbiyah yang kami peroleh dalam bahasa Arab di sini. Terutamanya buku "Muqaddimah dalam Tarbiyah Imaniyah dan Dakwiyah untuk Wanita Muslimah" yang ditulis oleh Sheikh Jum'ah Amin Abdul Aziz.





Moga ada sahamnya dalam memberatkan mizan amal soleh kita dan memudahkan para duat seluruh dunia merujuk kepada bahan tarbiyah ikhwan dalam bahasa Melayu.

Wallahua'lam..

Mar 30, 2012

Ciri-Ciri IBADURRAHMAN (1-2)


Assalamualaikum, salam ukhuwwah buat semua.

Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad SAW, keluarga dan sahabatnya.

Alhamdulillah, teringin nak share ayat-ayat tadabur Al-Quran yang kami dapat semasa picnic di Hadiqah Atfal, Ta'min baru-baru ini.

Di akhir-akhir surat Al-Furqan menerangkan tentang ciri-ciri ibadurrahman.

Ibadurrahman yang dimaksudkan adalah hamba Allah yang Maha Pengasih. Seorang hamba yang mana dikasihi Allah dan sentiasa berada di bawah naungan rahmat-Nya. Beruntung bukan? Akulah manusia yang paling bahagia itu.

Mari pakat-pakat jadi ibadurrahman!
Artikel ini diadaptasi dari rumaysho.com. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Ciri pertama : Memiliki sifat tawadhu


Allah Taala berfirman,

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
"Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik." (Al-Furqon:63)


Yang dimaksud "يمشون على الأرض هوناً " adalah mereka berjalan di muka bumi dalam keadaan tenang dan penuh kewibawaan. Yang dimaksudkan juga dengan rendah hati adalah menundukkan pandangan atau menjaga mata.


Lalu maksud firman Allah "وإذا خاطبهم الجاهلون ", yaitu ketika mereka diajak berbicara orang yang jahil yaitu dengan perkataan yang tidak menyenangkan. Hamba Allah yang beriman membalasnya dengan "سلاماً ", yaitu perkataan yang selamat dari dosa.


Kata Ibnu Katsir rahimahullah,

فأما هؤلاء فإنهم يمشون من غير استكبار ولا مرح، ولا أشر ولا بطر،

"Adapun mereka berjalan tidak dengan sifat angkuh dan sombong." (Tafsir Al-Quran Al-Azhim, 10/319)


Mari muhasabah diri.


Ciri kedua : Bersikap lemah lembut walaupun diperlakukan kasar

Ketika orang yang jahil berkata kasar pada mereka - ibadurrahman, mereka membalasnya dengan perkataan yang sadaad (baik).


Al Hasan Al Bashri rahimahullah berkata,

لا يجهلون على أحد ، وإِن جهل عليهم حَلُموا
"Mereka ibadurrahman tidak menjahili (berbuat nakal pada orang lain). Jika dijahili, mereka malah membalasnya dengan sikap lemah lembut."

Maqotil bin Hayyan berkata, "Mereka membalasnya dengan perkataan yang tidak mengandung dosa." (Zaadul Masiir, 6/101)


Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan, "Jika orang jahil mengajak bicara mereka yaitu dengan keburukan, mereka tidak membalasnya dengan semisalnya. Bahkan mereka memberi maaf dan tidak membalas kecuali dengan kebaikan."

 

Sebagaimana sikap Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, semakin orang yang jahil bertindak kasar pada beliau, semakin beliau berlaku lemah lembut pada mereka. Hal ini sebagaimana diisyaratkan pula pada firman Allah Taala,
وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ لا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil." (Al-Qashash:55) (Tafsir Al-Quran Al-Azhim, 10/320)


Dalam ayat lain, Allah Taala berfirman,

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (34) وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (35

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.” (QS. Fushilat: 34-35)





Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, "Namun yang mampu melakukan seperti ini adalah orang yang memiliki kesabaran. Karena membalas orang yg menyakiti kita dengan kebaikan adalah suatu yang berat bagi setiap jiwa." (Lihat Tafsir Al-Qur’an Al -‘Azhim, 12/243)


Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sadi rahimahullah berkata, "Inilah pujian bagi mereka -ibadurrahman- karena sifat lemah lembut yang mereka miliki, keburukan yang mereka balas dengan kebaikan, dan mereka pun membalas orang-orang yang jahil (nakal atau jahat)." (Tafsir Al-Karimir Rahman, 586)

 

Mari muhasabah lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PS: Sejuk hati bila tgk orang-orang macam ni. Ayuh sama-samalah kita kearah menjadi hamba-Nya yg terbaik. \(^O^)/ hoyeeahh!!

Ciri-ciri ibadurrahman yang lainnya, insya-Allah akan diceritakan lain waktu. Sekian untuk kali ni. Wallahu A'lam

Semoga dapat mengambil iktibar.



Mar 29, 2012

SAMPAI BILA???


Cuba tanya diri kita sendiri. Adakah setelah kita mendengar azan, kita akan terus bangun untuk mengambil wuduk ataupun kita masih lagi berbual-bual panjang dengan kawan, menghadap Facebook, atau berlengah-lengah lagi sedangkan time tu kita tak de la busy mana pun. Nampak remeh je kan solat awal waktu nie. Sebabnya, kita rasa solat itu satu rutin harian yang kita akan solat samaada awal ataupun lewat. Sama saja. Tiada beda. 


"Tak pe jee. Waktu solatkan panjang lagi." 

"Kami solat jemaah taw walaupun lewat."

"Aku tengah wat assignment  nie. Ko solat la dulu, nanti dah abeh , aku solat la.” 

  
Sampai bila kita nak bermain-main dengan kata-kata seperti ni? Kita yang dalam tarbiah pon masih lagi macam ni ke?

Sabda Rasulullah :  "Jangan melambatkan-lambatkan tiga perkara. Pertama, solat, apabila telah masuk waktunya. Kedua, pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga, mengahwinkan seorang wanita apabila jodoh yang sesuai sudah didapati."



Orang yang betul-betul  faham tarbiah, pasti akan rasa bersalah jugak even sikit kalau dia solat lewat. Dah rasa azab ALLAH tu nak sampai dan takut ajal sampai dulu sebelum solat. Bila dah dengar azan tu cuba-cubalah ringankan badan walaupun berat untuk ambil wuduk. Tak perlulah nak bermanja diri. Pakat–pakat la berlumba dengan housemate untuk masuk toilet paling awal. Kan bagus macam tu.

Selalunya orang yang solat akhir waktu jarang solat sunat rawatib. So, dengan solat awal waktu nie la kita melatih diri untuk solat sunat sementara menunggu jemaah lain. Nak baca quran pun mesti sempat lagi. Haa..kan dah dapat banyak pahala kat situ. Subhanallah. Kalaulah  seluruh umat Islam baik macam nie, memang dunia ni aman makmur. Bukan senang nak dapatkan cinta ALLAH.

Hadhrat Abu Zar berkata, "Suatu ketika, Rasulullah keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok, maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda, "Wahai Abu Zar." Saya menyahut, "Saya, Ya Rasulullah." Kemudian Baginda bersabda, "Apabila seorang Islam menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun dari  pokok."
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Hebat sangat Rasulullah mentarbiah umatnya yang terdahulu. Sehinggakan risalahnya sampai kepada kita sekarang. Sekarang tugas kita as Khalifah bumi ini untuk menyambung dakwah Baginda untuk membina manusia dari bawah, iaitu individu muslim.

Ada kita ambil tahu berapa ramai pelajar IPT di Malaysia yang pernah tinggal solat? Ada pernah kita tegur jiran-jiran kita yang tak menutup aurat dengan sempurna? Nikmatnya kita di zon yang sangat selesa yang dikelilingi orang-orang baik. Sehinggakan kurang ambil tahu dan tak nak ambil tahu pun hal-hal reality umat islam sekarang. Akan tetapi itulah medan dakwah kita yang sebenar yakni tanah tempat lahirnya kita.

‘’Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah dibumi.” Mereka berkata, ‘’Apakah  Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman, ”Sungguh, aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’’

(Al-Baqarah : 30)

Allah dah mengangkat darjat kita yang dianggap perosak oleh malaikat. Sepatutnya kita merasa bangga dan bersyukur kerana diberi peluang tok mentadbir bumi.  Oleh itu, jangan sesekali lepaskan peluang untuk  mengajak orang jadi baik dan kenal ALLAH. Tak guna berbangga dengan ilmu yang penuh  didada, tetapi tak kenal siapa Pencipta Bumi.

Solusinya, JOM solat jemaah diawal waktu kerana itulah yang terbaik  jika seseorang itu  mengaku dirinya Dai’e. Tak cukup dengan solat fardhu, perlu diiringi dengan amalan-amalan sunat untuk menampung solat kita. Setiap amalan  yang kita buat adalah untuk mendapat redhaNYA. Sia-sialah amalan kita jika apa yang kita buat adalah untuk balasan duniawi semata-mata.

Mungkin dikalangan kita ada yang membawa  bulatan gembira. Perlu diingatkan bahawa kita membawa bulatan gembira bukan untuk suka-suka. Tetapi ada hadaf yang lebih besar. Seorang murabbi  berperanan untuk membina mutarabbi sehingga mutarabbi itu boleh membina mutarabbi lain.

Moga coretan yang serba kekurangan ini dapat menggerakkan hati-hati kita untuk mengislah diri dan orang disekeliling kita supaya menjadi seorang hamba dan khalifah yang sentiasa dalam keredhaan ALLAH. Maaf atas segala coretan dari hamba yang hina ini. Terima kasih.








Mar 21, 2012

Akhlak Kita


           Usai program hari itu, aku dan dua orang lagi akhawatku segera berkemas dan meninggalkan tempat program. Destinasi kami, Bandar Bintang. Siang sudah hampir ke penghujungnya dan malam mula melabuhkan tirai. Beberapa minit kami cuba menahan teksi, akhirnya sebuah teksi bersetuju membawa kami ke destinasi. Semua menarik nafas lega.

          Bukan apa, lantaran isu keselematan yang kurang stabil, 'mummy' kami meletakkan tempoh hanya sehingga jam 8 malam sahaja kami boleh berada di luar rumah. Jadi, kami agak mengejar masa. Bermulanya meter teksi tersebut, masing-masing mengeluarkan plastik berisi roti bekalan selepas program tadi. Semua kelaparan gamaknya. Habis sahaja membaca doa makan, terlintas di ingatan Ustaz menceritakan rungutan seorang pemandu teksi Arab padanya. 

 ketika itu bulan Ramadan di salah satu bandar di negara ini. Pemandu itu dan beberapa penumpang Melayu perempuan sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika azan menandakan waktu berbuka berkumandang. Penumpang-penumpang Melayu tadi segera menjamah makanan masing-masing setelah berpuasa seharian. Tetapi yang dikesalkan adalah kerana mereka tidak langsung mempelawa pemandu itu sedangkan dia juga kelaparan dan yang pasti dia juga seorang Muslim dan berpuasa. 

         Lalu, aku terus mempelawa pemandu teksi kami. Jika Ustaz tidak bercerita tentang hal itu, sudah menjadi adab bila kita makan di hadapan orang, kita mempelawanya. Itu adab, itu akhlak. Lebih-lebih lagi kita Muslim dan Melayu (yang popular dengan adab ketimurannya)
       
          Bercakap pasal akhlak, banyak yang perlu dimuhasabahkan. Logiknya, lagi lama bersama tarbiyah, lagi mantap akhlaknya. Tapi di mana level kemantapan kita? Agak-agak, kalau ada seorang hamba Allah sedang mencari nilai tambah untuknya menganuti Islam, adakah dengan memandang kita, tercerminnya segalanya tentang Islam itu? Adakah kita mampu menarik hatinya dengan keelokan akhlak kita? T_T

          Aku bukan orang selayaknya berbicara tentang ini. Aku juga masih mencuba. Sentiasa mencuba. Akhlak yang baik tak dapat dibentuk dalam masa sehari. Ianya berterusan. Terima kasih Allah kenalkan aku dengan tarbiyah, dengan ukhuwah fillah di jalan ini, yang menjadi 'support system' untuk aku terus memperbaiki diri. Berakhlaklah seperti akhlak Nabi. Dan akhlak Nabi itu seperti akhlak al-Quran al-Karim.

*maaf andai ada yang terguris, sama ada secara langsung atau tidak

Jan 25, 2012

Kembalikan pada Allah


Mari kita cuba merubah kehidupan agar menjadi lebih bermakna.
Lepas ni nak selalu cuba kembalikan semua perkara kembali pada Allah.
Contoh :

Kita lapar, maka kita makan. Then kita kenyang. Macam mana aktiviti makan dan kenyang ni nak kembalikan kita pada Allah?

Kita nak exam, maka kita study. Bila dah study, berjaya insyaAllah. Jadi bagaimana dengan usaha dan kejayaan ni, nak dikembalikan pada Allah.

Kita mengantuk, maka kita tidur. Macam mana nak jadikan tidur kita tu, tidur untuk mendapatkan redha Allah.

Setiap hari kita mandi, macam mana mandi kita, gosok gigi kita, cuci muka kita, sapu losyen kita, pakai bedak kita, gosok baju kita, pakai baju warna sekian-sekian, pakai kasut sekian-sekian, boleh mengembalikan kita pada Allah?

Tak kisahlah apa sahaja, dari sekecik-kecik perkara, sampailah kepada sebesar-besar perkara, mari usahakan semuanya kerana Allah, demi untuk lebih dekat dengan Allah, dekat dengan syurga Allah.

Juga nak mengingatkan, segala keadaan, ketetapan yang berlaku pada kita, sebenarnya adalah keadaan yang terbaik bagi kita untuk lebih mendekatkan diri pada Allah. Di bumi mana kita dilahirkan, di bumi mana kita belajar mahupun bekerja, kerjaya yang kita berada di dalamnya, sakit dan sihat kita, lebih dan kurangnya diri kita, kawan-kawan dan orang sekeliling kita, dan apa sahaja, semuanya Allah dah susun demi kebaikan kita, demi memudahkan kita untuk lebih dekat dengannya. Allah dah meletakkan facilities yang terbaik untuk setiap manusia, sekarang semuanya bergantung pada kita bagaimana nak menggunakan segalanya.

Anak-anak Nil Kembali

Salam alayk.

InsyaAllah, doakan blog team Anak-anak Nil kembali aktif menulis,
sama-sama membasahkan dan menyegarkan jiwa kita semua.
Ameen.

Akan diupadate dalam masa terdekat, insyaAllah.
:)

Jul 12, 2011

bukankah itu yang kita minta?

Kita selalu berdoa
Doa itu lah sumber kekuatan, doa itu pengaduan, doa itu curahan hati, doa itu perbualan dengan Rab, bercerita, teresak di sisi Nya

Doa itu, tempat mencurah isi hati. Tempat memberitahu apa-apa yang kita tidak mahu manusia lain tahu. Tempat mengadu segala cerita yang mungkin manusia takkan faham.

Kita minta menjadi seorang yang kuat
Lalu Allah uji dengan bencana
Kita menangis
Kita rasa Allah tak sayang kita
Aduhai sayang
Bukankah kekuatan itu yang kamu minta?
Maka Allah kabulkan permintaanmu

Kita minta menjadi sabar
Lalu Allah uji kita
Kita lembik dan putus asa
Kita terasa itu ujian itu di luar kemampuan kita
Alahai sayang
Bukankah itu jawapan doamu?
Bukankah kesabaran itu yang kamu minta?

Kita memohon menjadi orang yang berlapang dada
Lalu Allah datangkan seseorang yang sangat suka berbuat masalah
Kita rasa kita tak suka
Kita benci perangai dia
Wahai sayangku
Itu kan peluang pahala berlapang dadamu?
Bukankah berlapang dada itu yang kamu minta?

Kita memohon menjadi orang yang ikhlas
Lalu didatangkan ujian dengan ahli rumah yang suka buat sepah
Kita pun tak puas hati
Kenapa asyik kita je yang kena kemas?
Hai sayang
Bukankah keikhlasan itu yang kamu minta?

Kita berdoa untuk menjadi orang yang bersyukur
Lalu Allah hadirkan pada kita kelemahan
Kita merasa sedih
Kenapa orang lain lebih?
Aduhai sayang
Bukankah rasa syukur itu yang kamu minta?

Kita minta untuk jadi orang yang bertawakal
Lalu Allah uji dengan soalan peperiksaan yang susah
Kita balik menangis-nangis telefon mak
Kita rasa tak yakin
Alahai sayang
Bukankah tawakal itu yang kamu minta?

Sayangku
Semua yang berlaku pada kita
Telah tertulis, telah kering penanya
Apa yang hadir pada kita
Tidaklah sia-sia
Kerana bukan standard Allah
Untuk buat sesuatu yang tak berguna

Ujian dan dugaan itu adalah latihan
Dan jawapan yang kepada doa
Sama ada kita muhasabah
Atau tidak

Jun 22, 2011

Minta nyawa, minta nafas....



Assalamualaikum dan salam mujahadah....
Fatrah imtihan sudah hampir separuh, masih berbaki separuh sahaja lagi, ada juga yang sudah berjaya menghadapi waktu-waktu sukar imtihan, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, jangan lupa mendoakan mereka-mereka yang masih berjuang dan mujahadah....

Satu fatrah musibah, musibah dari Allah S.W.T, bukan apa, cuma untuk menyaring,

BAGAIMANA YA IMAN ORANG A INI KALAU BILA DIBERI UJIAN INI?
ORANG B PULA IMANNYA BAGAIMANA KALAU BAGI CAMNI PULA?

" Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan kami uji perihal kamu"
(31:47)



UJIAN ITU KAN BAIK?

Untuk mengajar diri kita, untuk menjadi yang terbaik, terbilang di kalangan terbaik, tiada iman yang biasa-biasa, tapi imannnya itu bersemangat dan berjiwa membara, tidak mahu kasta
-kasta biasa, tetapi mahukan yang tertinggi di sisi Allah S.W.T

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun"
(67:2)

NAK JADI HAMBA ALLAH YANG TERBAIK, PERLU DIUJI IMANNYA, BETUL KE DIA NI
BERIMAN PADA ALLAH?

Risau, bimbang, ragu, bungkam,
imtihan...imtihan...

TERKADANG KERAGUAN SINGGAH DI HATI, APAKAH MAMPU MELAKUKAN YANG TERBAIK?
BOLEH TAK DAPAT MUMTAZ NI?
BOLEH TAK LULUS NI?

Seorang kawan berpesan selepas selesai imtihan, "kerja membaca buku sudah selesai, sekarang ini, tinggal doa dan pengharapan yang hanya logik dilakukan"

"Dan Tuhanmu berfirman,'Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu....'
(40:60)

Jelasnya, Allah sungguh Maha Pemurah dan Maha Penyayang, selalu bagi peluang dan ruang kepada hambaNya....

RISAU LAGI...DAN LAGI...
RESULT KAN DAH ADA? ALLAH DAH TETAPKAN SEGALANYA...
"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya, tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)"
(6:59)

Allah dah tetapkan keputusan imtihan ini, malah sebelum kita wujud lagi Allah dah tetapkan segalanya. Ada pula yang berfikir:

LAH, KALAU CAMTU APA FUNCTION DOA TU? KALAU DAH DITETAPKAN SEMUANYA, KENAPA NAK DOA JUGA? BOLEH UBAH KE KEPUTUSAN TU?

Maka, tanya diri kita, kita tahu ke, keputusan yang sebenar-benarnya yang Allah dah tetapkan untuk kita? Dan kemudian tahu pula keputusan tu dah diubah atau belum?
Kerana, bila kita berdoa, ada pahalanya di situ.
Kerana kalau kita solat malam, ada pahalanya di situ.
Kita manusia, tidak berpengetahuan, melainkan Allah yang mengajarkan kita sesuatu, baru kita tahu,

"Yang mengajar manusia dengan pena"
(96:4)

Walaupun kita tidak tahu, apa yang akan berlaku, tetaplah berdoa padaNya, minta yang terbaik dariNya, minta ditenangkan hati terhadap apa yang digusari, sangka baiklah dengan Allah, harap dan khauf dan kembali kepadaNya, kerana ada usaha kita disitu yang Allah kira.

Hadis Qudsi-"Aku adalah bergantung kepada sangkaan hambaku terhadapKu. Jika ia bersangka baik kepadaKu, kebaikanlah yang akan Aku berikan untuknya. Namun jika ia bersangka jahat kepadaKu, kejahatanlah yang akan Aku berikan untuknya"
(Riwayat Imam Ahmad)

Selagi masih ada masa sebelum tahu keputusannya maka tawakkallah sebetul-betulnya,

"Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(8 : 61)

Ya Allah berilah kami ketetapan hati, kekuatan diri, kekebalan iman, untuk hadapi semua ini, kami tahu, kami tidak mampu, tetapi kami adukan padaMu, kerana Kau mampu mendokong kami menempuhinya, amiin..

Wallahua'lam






May 15, 2011

Exam is around the corner....so...lets tawakkal....

Assalamualaikum.......

Peperiksaan akhir tahun semakin hampir bagi kami di sini. Banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji. Semakin banyak tawakkal yang perlu disandarkan pada Allah. Sebagaimana Allah berfirman dalam kitabNya-

"Dialah Allah Yang Maha Penyayang, kami beriman kepadaNya dan kepadaNyalah kami bertawakkal" (67:29)

'Ooooo, kalau camtu, kita tawakkal jelah exam ni, tak yah usaha, tawakkal je'

Tak boleh macam tu, usaha perlu juga, mari kita belajar tawakkal daripada 'orang lama'.

Tatkala Maryam sudah melahirkan Nabi Isa a.s, dia sangat lemah sekali, apa yang Allah perintahkan pada Maryam

" Dan goyanglah pangkal pohon kuma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu" (19:25)

Walaupun Maryam sangat-sangat penat melahirkan anak, tetapi Allah minta Maryam supaya usaha sikit, 'at least' usaha, untuk dapatkan sesuatu benda. Kejayaan bukan datang dan bergolek ke arah kita, dengan hanya tawakkal semata-mata.

Kita lihat bagaimana Bapa Dakwah yang pertama kita iaitu Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s sangat sedikit pengikut baginda, tetapi baginda berdakwah tidak kenal penat dan lelah.

Dia Nuh berkata, "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam", "tetapi seruanku itu tidak menambah iman mereka justeru mereka lari dari kebenaran", "dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka untuk beriman agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkan bajunya ke wajahnya dan mereka tetap mengingkari dan sangat menyombongkan diri" (71:5-7)

Walaupun Nabi Nuh sudah berusaha, tetapi bilangan pengikutnya tidak seperti yang diharapkan, tetapi Nabi Nuh tetap bertawakkal dan mengharap pada Allah, di samping berusaha dan berusaha.

Tahukah kita bahawa Allah hanya melihat usaha kita, Allah tidak melihat natijah kita, setiap usaha kita, sama ada membaca buku, membuat latihan-latihan, qiamullail, solat hajat, hatta doa pun Allah akan kira, setiap itu ada pahala, setiap itu adalah qurbah (mendekatkan diri kepada Allah).

Janganlah risau jika kita seperti Nabi Nuh a.s, sudah berhempas pulas, tetapi tidak keputusan seperti yang tidak diharapkan, teruskanlah usaha dan tawakkal, moga Allah meredhai apa yang kita buat,

Selamat berimtihan, bittaufiq wannajah, insyaAllah =)






Apr 12, 2011

You Are Never Alone


Sometimes, When The World's Not On Your Side
you Don't Know Where To Run To
you Don't Know Where To Hide.

you Gaze, At The Stars In The Sky
at The Mountains So High
through The Tears In Your Eyes.

looking For A Reason,
to Replace What Is Gone.
just Remember, Remember
that You Are Never Alone.

you Are Never Alone (You Are Never Alone)
just Reach Into Your Heart
and Allah Is Always There.
you Are Never Alone (You Are Never Alone)
through Sorrow And Through Grief
through Happiness And Peace
you Are Never Alone.

so Now As You Long For Your Past
prepare For Your Future
but Knowing Nothings Going To Last
you See This Life Is But A Road
a Straight And Narrow Path
to Our Final Abode

so Travel Well O Muslim
and Paradise Will Be Your Home
and Always Remember
that You Are Never Alone.

you Are Never Alone (You Are Never Alone)
just Reach Into Your Heart
and Allah Is Always There.
you Are Never Alone (Allah Is There)
through Sorrow And Through Grief
through Happiness And Peace
you Are Never Alone.

you Are Never Alone (You Are Never Never Alone)
just Reach Into Your Heart
and Allah Is Always There.
you Are Never Alone (You Are Never Alone)
through Sorrow And Through Grief
through Happiness And Peace
you Are Never Alone.









Feb 20, 2011

Mukhlis-orang yang ikhlas-


Nabi Muhammad S.A.W

Setiap malam Rasulullah selalu bangun,lalu mendirikan solat yang di mulai dgn berdoa.Doa yang melukiskan keikhlasan,

"Ya Allah,milikMu segala puji,Engkaulah pemilik langit,bumi,dan segala isinya.Dan milikMu segala puji,Engkaulah cahaya di langit,di bumi dan di antara keduanya.Dan milikMu segala puji,Engkau adalah benar,janjiMu benar,pertemuan denganMu benar,syurga itu benar,neraka itu benar,para nabi itu benar,Muhammad itu benar,dan kiamat itu benar.

Ya Allah,kepadaMu aku berserah diri,denganMu aku bergantung,kepadaMu aku beriman,keranaMu aku berdebat,denganMu aku berhukum,ampunilah dosaku yang lalu dan yang akan dtg,yang nampak atau yang rahsia,Engkaulah yg awal dan yang akhir,tiada Tuhan selain Engkau.."

Allahuakbar....penyerahan diri secara mutlak kepada Allah.

KHALID BIN WALID

Seorang komandan perang,yang dengan bantuan Allah,tidak pernah kalah di medan peperangan.
Tetapi,akhirnya,ia dipecat dan digantikan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah ketika perang melawan bangsa romawi hampir berakhir.Dia hanya menjadi askar biasa.Siapa yang mampu melakukan perkara sebegini? Dia tetap berperang,bahkan lebih gigih dari saat menjadi komandan.
Tatkala ditanya,
"Mengapa anda melakukan semua ini?"
Dia menjawab,
"sungguh,aku ingin menakluk kota Syam kerana Allah,bukan kerana Umar."

Seorang sahabat

ketika di perang Khaibar.Dia diberi bahagian harta rampasan,tetapi,dia menolak sambil berkata
" apa ini?"
dijawab.."bahagianmu dari harta ghanimah"

lalu dia mengambil harta dan menghadap Rasulullah lalu berkata, Ya Rasul,aku mengikutimu bukan untuk ini,tetapi aku mengikuti mu agar dipanah di sini."
dia menunjuk kepada lehernya.
Maka Rasul bersabda,"Jika engkau benar kepada Allah,maka Allah akan membenarkanmu."

Perang selesai.Para sahabat mendapati,ditubuhnya terdapat anak panah menancap di tempat yang ditunjuk sebelum ini.
Rasulullah bertanya" Apakah itu dia?"
dijawab,"benar ya Rasulullah."
"Dia telah benar kepada Allah,Allah pun benar padaNya."
Nabi berdiri dan berdoa
"Ya Allah,dia adalah hambaMu yang keluar berhijrah dijalanMu,dan dia mati dalam keadaan syahid,dan aku pun bersaksi atasnya,maka ampunilah Dia."


merekalah antara contoh orang-orang yang ikhlas.
mari kita mencuba untuk menjadi seperti mereka.keikhlasan yang suci.
segalanya adalah untukNya.Just for Him.

bagaimana nak mulakan? dengan NIAT !

Antara tips menjadi mukhlis:

1)selalu koreksi niat
2)selalu berdoa dengan ikhlas
3)selalu berzikir pagi dan petang dengan doa,"Ya Allah,aku berlindung padaMu dari menyekutukanMu dengan sesuatu dan aku menyedari itu,dan aku memohon ampunan daripada apa yang tidak aku ketahui"
4)Milikilah ketaatan yang tersembunyi-kebaikan yang tersembunyi-yang tidak diketahui oleh seorang pun,kecuali oleh Allah.
5)Jadilah orang yang selalu memberi teladan,dan jangan menyembunyikan ketaatan yang boleh memberi petunjuk kepada manusia..

p/s: jom sama-sama amalkan..saling mendoakan ya!

Jan 15, 2011

A Muslim is a brother to a Muslim




A Muslim is a brother to a Muslim,
He does not wrong him nor does he forsake him when he in need.
Whosoever is fulfilling the needs of his brother,
Allah will fulfill his needs

-Prophet Muhammad S.A.W-



Pada suatu hari, aku berhajatkan untuk pergi membeli barang di suatu tempat yang aku agak tidak biasa dengannya. Aku meluahkan kepada dia. Hanya meluahkan, tidak pernah terfikir pun untuk meminta dia menemani aku.

Subhanallah wal hamdulillah, dia dengan senyumnya, menyatakan bahawa dia akan mengikut aku.

'Tapi kenapa?'

' Sebab saya saudara awak. Satu aqidah. dan saya nak mudahkan urusan saudara saya '

Allahuakbar. saya benar-benar ketandusan perkataan untuk menceritakan perasaan saya pada waktu itu.


Allahumma, golongkanlah dalam golongan yang dicemburui oleh para malaikat, para anbiya, para solehin dan mujahidin . Kerana kami berkasih sayang, kami bersaudara, keranaMu ya Allah.

Kerana cintanya kami, hanya kepadaMu, ya Allah.


Nov 19, 2010

Berlarilah!


Jalan ini takkan pernah menunggu kita
Sama ada kita memilih untuk
berlari, berjalan, merangkak
ia akan terus bergerak, hingga sampai ke destinasi

Jika kita memilih untuk berlari
moga-moga kita dapat berada seiring
dalam kafilah dakwah ini

Jika kita memilih untuk berjalan
kemudian dalam perjalanan itu,
kita memilih pula untuk berehat sebentar
mungkin untuk mengurangkan lelah
besar kemungkinan, kita telahpun ditinggalkan
jauh dari perjalanan ini

Jika kita memilih untuk merangkak
cepat-cepatlah tersedar
yang kita telah sangat jauh ditinggalkan
kerana diri kita
yang masih mahu malas-malas

Oct 15, 2010

ikhwahkah aku?akhawatkah aku?

















"Saya ikut halaqah"
"Aku join usrah"
"Aku mendapat belaian tarbiah"
"Aku adalah ikhwah"

Mengapa bangga menyebut dirimu sebagai seorang ikhwah?
Padahal kelakuanmu tak ubah seperti sampah..
Malas solat tahajud
Solat wajib pun kau malas kerjakan
Apatah lagi solat jemaah?
Ah, cuma mimpi

Apatah lagi membaca surat cintaNya
Novel, cerpen atau komik lebih mengujakan
Asyik dan menghiburkan
Daripada membekalkan diri dengan buku-buku islami

Benarkah kau sudah ditarbiah?
Kalau dengan lawan jenis, tidak terjaga muamalatnya
Matamu meliar, hatimu, ah, entah di mana..??

Tika ada tangan lembut seorang wanita yang dihulur padamu
Engkaupun lantas menyambutnya dengan mesra tanpa dalih,
agar ke'ikhwah'an-mu tidak turun pangkatnya

Dalam berdakwah, engkau memilih
Menumpu pada yang lebih membawa kenikmatan
Padahal dakwahlah yang harus digerakkan

Dalam berdakwah, engkau memilih
Lebih nikmat bertaushiyah dengan lawan jenis
Lagi-lagi dengan dalih dakwah
Padahal ramai rakan sejenismu
Lebih perlukan pada bimbinganmu

Bukanlah seorang ikhwah, orang yang tidak menjaga lisannya
Bukan juga yang tidak menjaga pandangan dan hatinya
Dari yang diharamkan Allah..
Bukan juga orang yang begitu mudah mengeluh
Padahal ia mempunyai Allah sebagai Pembelanya

Apakah, engkau mengaku layak digelar seorang IKHWAH?
Sedang akhlaqmu tak secocok seperti dalam firman-firmanNya?

Benarkah engkau seorang ikhwah
Tapi engkau sungguh malas ber'dating' denganNya di malam hari?

Sekali lagi, kutanya kepadamu, IKHWAH kah dirimu?
Padahal amalanmu begitu ternoda dengan tujuan duniawi
Engkau beramal untuk mengharapkan pujian dan balasan manusia
Tidakkah malu berbuat begitu, wahai yang mengaku dirinya IKHWAH?

Apa yang kau lakukan saat ini?
Tika orang lain penuh keringat kerana berdakwah
Dan lainnya letih mencegah mungkar

Apa yang kau sudah buat?
Menjadi pengulas dakwah..
Atau turut laju menderu bersama aliran dakwah?

Lalu, wahai orang yang mengaku dirinya sebagai ikhwah…

Di mana telah engkau buangkan hatimu untukNya?
Hei, bangkitlah! Bangunlah!
Sebelum ajal menjemputmu buat selamanya...



dicopy paste dari blog: http://zubayrafiq.blogspot.com/2010/06/ikhwah-kah-kita.html#comment-form

Aug 15, 2010

khutbah Rasulullah menjelang Ramadhan

Wahai manusia!

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.
.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dikabulkan. Berdoalah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya.
.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu.
.
Ketahuilah!
Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul-alamin.
.
Wahai manusia!
Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”
Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”
.
Wahai manusia!
Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.
Siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa menyambungkan silaturahim di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa memutuskan silaturrahim di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
Siapa melakukan solat fardhu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.
Siapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.
Siapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.
.
Wahai manusia!
Sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”
.
“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.”
.
“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul muwasah ) dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.”
.
“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”
.
“Oleh karena itu banyakkanlah yang 4 perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. 2 perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya. 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.”
.
“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga.”
.
(Hadith Riwayat Ibnu Huzaimah).
.

Jul 29, 2010

sujud pembebasan


sujud itu menundukkan dahi,tetapi
memuliakan dan meninggikan muslim yang bertasbih padaNya
si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi,sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu itu
padanya,semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud
seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggota melekat di bumi
tetapi ia menggoncangkan gunung-gunung
meruntuhkan syirik dan was-was dalam diri
tetapi,ia juga membangunkan generasi-generasi
dalam diam,kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
sujudnya hanya kepada Allah
ia mengesakanNya,lalu mantap dan kuat
menghapuskan setiap penzalim yang sombong
barangsiapa yang menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi,
dengan keagungannya,rahmat dan keindahannya.

-abdul wahab azam-


Jul 27, 2010

alam




Alhamdulillah, diberi kesempatan dari Allah untuk duduk bersama kenalan-kenalan baru berbumbungkan langit, berlantaikan pepasir pantai ,berhadapan lautan yang berombak tenang. Duduk sama-sama sambil menghayati keindahan alam, mentadabbur alam, cuba mendidik diri melihat alam dengan mata hati.

Sungguh Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Begitu juga alam. Alam dicipta khusus untuk kita bagi memenuhi tujuan penciptaan kita. Seakan office yang telah dilengkapi dengan kemudahan yang terbaik untuk membantu kita melaksanakan kerja kita. Kerja kita sebagai hamba dan khalifah di bumiNya.

Alam adalah karya Allah. Hasil ciptaan Allah. Pencipta Terbaik. Karya yang mana, mempunyai makna-makna yang tersirat di sebalik penciptaannya. Bukan sahaja sebagai ladang akhirat, alam juga sebenarnya mentarbiyah kita. Mendidik jiwa-jiwa yang melihat dengan alam dengan pandangan mata hati.

Alam adalah petanda bahawa adanya pencipta. Alam ini adalah salah satu symbol kepada kewujudan Allah. Sebagaimana kita mengenal jenis-jenis kereta berdasarkan lambang atau symbol yang terdapat pada badan kereta tersebut,begitu juga alam. Kita melihat alam sebagai satu sign pembuktian kewujudan Allah. insyaAllah, ini akan meneguhkan lagi keimanan kita.

Alam ini adalah ciptaan Allah,yang sentiasa berinteraksi, sentiasa berbicara dengan manusia tentang kehebatan dan keagungan Penciptanya. Tidak lepas dari sentiasa bertasbih. Sangat patuh pada Dia. Melaksanakan tugasannya tanpa membantah. Memenuhi ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan Allah. Bagaimana dengan diri kita?

Langit dan awan tetap teguh berdiri tanpa pasak. Pabila diperintah Allah menurunkan hujan , diturunkan hujan pada kadar yang ditetapkan. Diturunkan hujan pada tempat yang ditetapkan sehingga waktu yang ditetapkan,hujan berhenti menurut suruhan Allah. Betapa patuhnya alam pada sang Pencipta.

Betapa sebenarnya, kita boleh belajar banyak dari alam. Ketika kita memuji kecantikan dan keindahan alam,kita tidak harus lupa kepada Pencipta nya. Pencipta yang Maha Besar,sangat halus dan sangat teliti pada setiap penciptaan makhlukNya. Tidak dijadikan ciptaannya itu cincai-cincai.Tidak dijadikan langit itu kosong. Di hiasi langit dengan gumpalan awan. Tidak cukup dengan awan, dihiasi langit pada malam hari dengan kerdipan bintang-bintang dan sinaran rembulan. Maha Suci Allah. Dia Pencipta terbaik.

Oleh itu,jika alam patuh pada penciptanya,bagaimana dengan kita?


*melihat Dia di sebalik setiap ciptaanNya*

Jul 19, 2010

cahaya dari Dia

Cukup sayu mendengar lagu ini.
Membayangkan diri yang telah diberi berbagai nikmat,tetapi masih tidak segan silu melakukan perkara yang sudah terang lagi bersuluh tidak bermanfaat buat diri dan ummah.
Mari sama-sama merenung diri,
bermuhasabah atas segala yang telah Allah berikan.
Buka mata dan buka hati.
Sama-sama kita baiki diri.




Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali



-masih belum terlambat...sementara hidayahNya telah datang menjenguk,bukakan pintu,berikan ruang seluas-luasnya,agar hidayah itu bisa merubah paradigm diri
-Ya Allah,tetapkanlah kami pada jalanMu

Jul 16, 2010

Let Us BeE Muslims!

dibawa khas untuk musafir ilmu di Bumi Anbiya' yang tidak pulang ke tanah air pada cuti musim panas kali ini.
penuhi masa lapang dan masa muda kita dengan perkara bermanfaat, kerana keduanya adalah antara amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak.
jumpa di sana ;)

Jun 21, 2010

hujan


aku mengharapkan hujan
turun dari awan
membasahkan bumi kering ini
dari ketandusan dan kekeringan
kering hati
kering iman
kering jasad
kering ilmu
kering kasih sayang

aku mengharapkan sekawan hujan
rajin rajin menziarahi bumi ini
aku tahu tanah ini iklimnya begitu
cuma aku masih mahu berharap
kepada hujan yang ringan tapi kerap
agar hawa ini tidak terlalu kering
agar tumpuan ini lebih tenang
agar hati ini lebih sejuk dan redha


raining.jpg raining image by shyninggstar


ah,
bagaimana Musa a.s dan Harun a.s tegar berada di sini dahulu?
bagaimana Ibrahim a.s dan Sarah tertakdir ke sini dahulu?
bagaimana Syuib a.s mampu bertahan di Madyan sana?
ya salaam,
hebatnya keteguhan kamu semua,
hebatnya kesabaran kamu semua,
hebatnya tawakkal kamu semua dengan takdir Ilahi,
hebatnya, hebatnya.
hebatnya kamu sebagai seorang manusia hakiki.

ujiannya hebat, tawakkalnya juga hebat.

aku,
diuji sedikit sudah tak keruan,
ditarik nikmat ingatan, sudah mula bermenung panjangan,
dicucuk fifa, sudah mula lupakan pesanan,
terkadang yakin mampu lakukan, tapi lupa ku sertakan dengan kuasa izin dari Tuhan,
terkadang pasrah menyerah, tapi lupa Allah itu bersama dan senantiasa ada untuk mendengar rayu kita.
senyum itu bila gembira sahaja,
duka itu bila kecewa sahaja,
sedangkan,
Dia mahu kita senyum ketika duka,
dan tak lupa berduka dalam gembira.

aduhai.

panas itu ubatnya air.
kering itu ubatnya basahkan.
kecewa itu ubatnya redha.
tawakkal itu wajib dimaknakan.

aduhai.

aku mahu pulang segera, ke tanah air tercinta.
tapi,
mampukah hawa malaysia menyejukkan bahang ini?