Oct 26, 2009
Muhasabah itu penting...
Aqidah Bola Besi
Salam alayk buat semua pembaca anak-anak nil. Nah, dulu ambubah ada janji nak cerita pasal analogi bola besi kan?. Bacalah ya (walaupun ambubah bukan pemulis asal) =D
~Bismillahirrahmanirrahim~
Pernahkah antum sume dengar tentang analogi bola besi?
If not, perkongsian yang ingin dbuat ni simple sahaja.Tapi insyaAllah akan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan seharian kita.
Terdapat 2 bola besi yang dimaksudkan di sini, yakni BOLA BESI MUSLIM dan BOLA BESI KAFIR. Bola besi ini terdiri daripada 3 lapisan, iaitu lapisan paling dalam yang mewakili AQIDAH. Lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan perasaan, manakala lapisan ketiga atau yang paling luar mewakili pemakaian, perilaku, tutur kata, hobi dan akhlak luaran seseorang.
Bukankah sifat bagi besi adalah senang melebur? Oleh itu, sekiranya lapisan paling dalam yakni Aqidah difahami oleh setiap individu dengan sebenar-benarnya, ia akan melebur dan menembusi lapisan kedua, yang mewakili hati dan perasaan manusia.Apabila lapisan kedua juga melebur dan ditembusi, maka secara automatiknya lapisan ketiga akan ditembusi dan mempengaruhi hobi, cita-cita, akhlak dan luaran setiap insan.
sifat besi yang melebur
Justeru, daripada teori bola besi ni, dapatlah kita conclude kat cni bahawa untuk melahirkan insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan seorang Muslim sejati,aqidah perlu diyakini, dihadam dan difahami dengan sebenar-benar kefahaman.Aqidah seorang muslim bukan sekadar dihafal dan diungkapkan di mulut semata-mata, tapi kita mahukan apa yang terbit dari jasad kita didasarkan daripada aqidah yang benar!
Setiap daripada kita mempunyai bola besi masing-masing, bahkan orang kafir juga mempunyai aqidah bola besi mereka sendiri. Dan entah mana silapnya, bola besi kafir walaupun takat leburnya sama saja dengan bola besi muslim, namun ia lebih mempengaruhi lapisan luarnya, jika dibandingkan dengan muslim. Sedangkan aqidah masyarakat muslim zaman ini tidak menembusi dan mempengaruhi lapisan kedua dan ketiga.
Sebagai contoh,aqidah orang kafir memang berbeza. Muslim percayakan kewujudan dan keesaan Allah, sedangkan orang kafir tidak.Namun jika dilihat sekarang, ramai Muslim terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir, sama ada sedar mahupun tidak, dari segi pemikiran mahupun gaya hidup.
Lihat saja muslim zaman ini, kalau disemak lapisan keduanya, perasaan dan emosi mereka sama saja seperti orang kafir. Jika hati si kafir hanya bersangkut-paut dengan cintan-cintun sbg pasangan kekasih, muslim pun sama saja. Malahan bagi remaja muslim zmn skrg, ber-couple adalah trend, dan sesiapa yang tidak ada pasangan, dianggap tidak laku, kolot, dan seumpamanya. Meskipun couple itu dilarang dalam Islam.Feeling n emotion muslim dan kafir juga tiada beza, hanya jiwang2, romantik, menangis tgk cerita hindustan n korea dll.Jika kafir tiada perasaan sensitiviti terhadap umat Islam Palestin cthnya, muslim pun sama saja.
Bahkan saya pernah ditanya oleh seorang remaja Muslim,
"Israel dgn Palestin siapa lagi baik?"
Geleng kepala dibuatnya.Betapa gejala aku-tidak-pedulisme sgtlah berjaya diterapkan dalam jiwa muslim di Malaysia terutamanya golongan muda.
Kita go through the 3rd layer of the bola besi, yang mewakili sikap luaran dan kesukaan manusia.Sama saja, akhlak kebanyakan muslim tidak melambangkan langsung bahawa dia beraqidah seorang muslim, bahkan kadangkala lebih teruk drpd si kafir. Hobi muslim dan kafir juga sama. Kalau org korea yang sembah nenek moyang tu pun gilakan cerita korea n jepun, muslim yang sembah Allah ni pun sama saja. Kalau anak muda mereka sangat obsess dengan dong hae, band2 DBSK, wondergirls, WGM tvshow, anak muda muslim pon takde bezanya.sampaikan ade yg dah dapat mandat supplier terulung crite2 korea n jepun dan yang sewaktu dgnnya.(merujuk kepada waqi' di Mesir jugak...huhu)
Kalau mamat2 skinhead or blackmetal terkinja2 sambil dgr lagu heavyrock n so on, mamat2 'islam' pun same saja. Kalau tak ke gig, mereka pergi konsert underground,tak pun konsert avril lavigne atau inul,kalau yang kunun baek sikit tu, tgk final AF or konsert sureheboh pun jadilah. Hedonism berleluasa.
Jadi, kenapa kita sama saja dgn mereka, sedangkan aqidah kita dgn mereka sama sekali tidak serupa?
Semuanya sepatutnya berlandaskan aqidah yang difahami dgn sebenar-benar kefahaman!
Orang kafir-normal
Muslim-abnormal
Kenapa saya ckp begitu? Sebabnya, normallah orang kafir berperasaan mcm tu, hobi n perilaku mcm tu, sbb ia adalah buah daripada aqidah mereka yang memang dah fasad. dah rosak.
Tapi kenapa org Islam yang aqidah mereka dah sah2 betul, tapi tidak mempengaruhi dan menembusi lapisan2 luar bola besi mereka. Abnormal lah kalau mcm tu.
apa yang dapat disimpulkan disini..
orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim.
..yang dikesali,
lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir.
..pointnya disini,
Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka….
Adakah saya berkata begini kerana aqidah bola besi saya sudah melebur dengan hebatnya? Tentu sekali tidak!
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (Ash-shaff: 2-3)
Saya juga sama seperti antum, masih memeriksa Bola Besi saya sendiri.Masih dalam proses untuk meleburkan lapisan aqidah terdalam supaya dapat menembusi lapisan kedua dan ketiga.and we shud remember dat this is a long n continuous process.Dan bukannya boleh dinikmati hasilnya dalam sebulan dua sahaja.Proses apa,tentulah proses TARBIYYAH.
Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya.tidak kira siapa pun kita..sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar.cuma, kita perlu berusaha ke arah itu,carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu.InshaAllah….
ps : entry ini adalah kopi pasta dari blog ini.
Oct 25, 2009
Hati ini sayu...
tak pernah dihiraukan tangisan jeritan itu..anak-anak kecil yang hanya mampu menggenggam erat seketul batu..menggenggam erat..melontar dgn penuh pengharapan!!
Keajaiban Iman terbukti di sana.. kerana mereka yakin..sangat yakin..janji Allah itu pasti.. tanah itu milik kita semua..milik umat Islam!!!
Untuk renungan bersama..
Gaza terkulai luka parah
menangis dan merintih dengan darah
malam dan siang berganti
dadamu disirami peluru-peluru syaitan
membunuh dan terus membunuh
melapah jasad manusia-manusia dengan lahap
jadi cebisan daging-daging hancur
Masih ingin lagikah
bercerita tentang kemanusiaan
bila anak-anak mongel
kini hanya jasad kaku
bergelimpangan di celah
kemusnahan jiwa manusia
dan dunia hanya
menjadi gunung-gunung bisu
konon ini untuk kesejahteraan
kaum terhina dalam sejarah dunia
darah di Gaza dibiar mengalir percuma
tanpa harga
Gaza pasti akan ulang bertanya
di mana saudara-saudara sebangsa seagama??
masih nyenyak lena pada tilam empuk
sambil memeluk kemewahan dunia yang melimpah
hingga maruah diri hilang
bersama debu-debu di gurun tandus
lalu bangsamu jadi bangsa yang dayus
tangan diikat, hidung dicucuk kekayaan
Gaza akan terus hidup
hanya tubuh kami mati hancur dan lerai
tapi jiwa kami masih terus subur
tersimpan pada dada-dada burung syurga...
SYAHID tujuan kami...
Oct 24, 2009
Jiwa tangga pertama
Assalamualaikum awak,
Saya menulis bukan untuk menyindir,bukan untuk membangkang,jauh sekali untuk berkata tidak setuju.Saya paham kerana saya juga merasakan perkara yang sama.Saya paham apabila awak kata hati berbunga-bunga , saya juga paham apabila awak kata hati awak pedih digigit luka.Saya paham bila awak kata awak confius,tidak tahu nak pilih yang mana.Bila awak kata awak tersepit antara dua perkara itu,ya!saya mengerti.Sungguh!saya paham dan tak pernah menafikan.
Awak,saya cuma nak suruh awak berhati-hati.Berhati-hati semasa mendaki.Kerana tangga itu sangat tinggi.Memang awak boleh panjat,tapi awak perlukan sesuatu sebagai alas.Awak perlu letakkan kerusi supaya senang mendaki.Tapi awak perlu ingat,jangan ambil kerusi yang patah, jgn lupa baiki kerusi yang bergoyang,kerana awak akan jatuh semasa memanjat.Awak akan terluka,tercedera mungkin juga pergi selama-lamanya.
Hati-hati awak,hati-hati semasa memanjat.Juga buatlah persediaan untuk memanjat dan persediaan untuk sampai ke puncak.Andai awak berjaya sampai sekalipun,teruskan berwaspada kerana di atas sana curam dan bahaya.Ramai yang telah tiba di puncak setelah penat dan gigih mendaki,tetapi tidak lama kemudian jatuh tergolek semula ke bawah.Ada yang cedera ringan,so guna first aid saja.Tapi ada yang cedera parah,cepat-cepat dibawa ke hospital.Namun ada yang jatuh dan kaku,pergi meninggalkan kita semua.Baru saya paham awak,rupa-rupanya tangga idaman kader-kader hebat itu juga merupakan satu penapisan.
Saya tau awak,semua orang nak naik tangga tu,saya pun nak naik,dia pun nak naik,meskipun kami masih melihat dari bawah.Apatah lagi orang yang sedang mendaki,tentunya perasaan mereka melonjak-lonjak lebih dari kita.Mereka sudah berusaha separuh jalan,cuma ada lagi setengah untuk tiba ke puncak.Tapi begitulah,bukannya senang,bukannya mudah.Kerana kita tidak mahu tergolek jatuh dari atas,apatah lagi mati setelah terjatuh.Kerana tangga di hadapan masih banyak yang perlu didaki,makin curam dan makin licin.Bukan sembarangan orang yang bisa tiba di sana,orang yang tak cukup bersedia akan jatuh saat mendaki,mungkin juga jatuh setelah
tiba,kerana akar masih tidak cukup kuat untuk mencengkam tanah.Ingatlah awak,setiap tangga yang kita pegang itu rupa-rupanya penapisan-penapisan yang makin hebat.Memilih kader-kader yang tsabat.
Lihat sajalah Khadijah dan Rasulullah.Bagaimana baginda dan isteri melalui bahtera tangga kedua.Ya benar!kita mungkin takkan selamanya mampu sehebat Khadijah,tetapi cita-cita untuk menjadi seperti beliau,adalah satu mindset yang semua akhawat perlu ada.Lihatlah Khadijah itu,bisa tabah saat dipulau oleh penduduk Mekah,disekat bekalan makanan dan keperluan.Bukan mudah awak,bukan mudah untuk menjadi penyuntik semangat suami, saat di depannya berdiri ribuan dan ratusan penentang,sedangkan kita berseorangan di belakang.Tatkala memandang ke depan,dia melihat barisan-barisan kukuh mahu menyerang,namun bila dipandang ke belakang,hanya berdiri sekujur tubuh kaki yang mempertahan.Mampu ke kita awak?Rasulullah melihat ribuan jiwa dalam satu jiwa Khadijah.Membuatkan baginda kuat dan terus maju menyebarkan risalah-risalah gemilang.Satu demi satu jiwa diislamkan,satu demi satu hati ditundukkan kepada Al-Kholiq.Bagaimana dengan kita awak?
Iya saya tidak membangkang,malah saya bersetuju.Batu-bata yang disusun akan mengukuhkan antara satu sama lain.Tepat sekali apa yang awak kata.Tapi jangan lupa tambah keluli,besi dan simen untuk mengukuhkan lagi susunan itu.Kerana batuan sahaja takkan mampu berta
han lama.Ia akan roboh dan berkecai.Dan awak,ingatlah bahawa bangunan tinggi memerlukan cerucuk dasar yang kukuh dan kuat untuk bertapak.Hukum fizik tetap hukum fizik.Hukum alam tetap hukum alam.Segah mana pun sesuatu binaan,gugur jua andai base nya tidak kuat.
Tahniah awak,tahniah kerana bercita-cita untuk memulakan pendakian menuju kegemilangan.Maha Suci Allah yang menganugerahkan rasa.Saya gembira melihat rakan-rakan seperjuangan dan awak sendiri mula mendaki tangga,mendahului saya yang masih di bawah.Saya lebih gembira andai akhirnya awak sampai ke puncak yang diimpikan semua,termasuk saya.Bukan saya menulis untuk merobek rasa mulia itu,cuma saya ingin tekankan tentang suatu pembinaan jiwa,iaitu jiwa tangga pertama itu sendiri.
sekian dari saya untuk awak,wahai jiwa yang sedang merasa..
Oct 19, 2009
bebelan
Apa khabar semua? Sihat? Mesti penat kan baru balik dari kuliah. Hari ni kan lectures dari pagi sampaaaaai petang. Banyak betul kita dah belajar kan? Naik tahun 3 perubatan ni memang sesak nafas. Sampai tak sempat nak revise segala macam subjek yang ada. Dengan Pathology yang dah nak masuk bab lima,padahal kelas baru 2minggu. Pharmacology pun boleh tahan banyaknya. Nasib baik Parasitology dan Microb baru je nak start. Huhh! Semput nak cover semua subjek! Kena baca cepat, jangan tangguh-tangguh. Exam 2 bulan lebih je lagi!
Hmmm... tapi kan...
Macam mana dengan tadarus dan tadabbur quran kita? Dah berapa banyak kita cover setiap hari?
Hari ni dah cukup baca 1 juz? atau hanya 1 maqra'? atau hanya 1 page? atau...
tak baca langsung...?
"Alah...quran mane masuk exam.macam la kita ada amik subjek quran kat unibesiti.rilek rilek la beb.baca setakat yang nak tasmik kat ustazah iffat cukup la"
note: ustazah iffat adalah guru mengaji bagi kebanyakan student melayu di sini
heh.mana boleh gitu kak. mati bila-bila.entah esok? entah lusa? entah-entah lepas saja saya habis buat post ni, nyawa saya dah diambil Tuhan.
exam kita kat akhirat nanti, laaaagi berganda-ganda dahsyat dari exam final year medical student.kalau exam atas dunia, siap boleh amik dur thani lagi. (note: dur thani adelah reseat exam). kalau tak lepas lagi pun, setakat carry subjek bawa ke tahun depan je. paling dahsyat pun ulang tahun.
ada masa nak baiki kesilapan yang lalu,kan?
tapi exam akhirat nanti?
there's no turning back!
nak lepas azab kubur satu hal. nak beratur kat padang mahsyar tunggu amalan dihisab apatah lagi.kalau baik amalan, inshaAllah selamat. kalau buruk? matahari sejengkal sahaja dari kepala. dan kita pun lemas di dalam peluh kita yang mengalir dek bahang yang amat. timbangan mizan pula? yaAllah, kalau ditakdir kan berat timbangan amalan kami, alhamdulillah.kalau tidak? na'uzubillah!
takut kan?
hmmm...agak-agaknya antara roqib dan 'atid, mana satu agaknya malaikat yang lagi banyak bekerja dan menulis tentang amalan kita,ya?
kalau lah dosa dan pahala tu bukan perkara yang ghaib, pasti kita dapat lihat dan rasakan, betapa beratnya dosa atau pahala kita. dah berapa banyak buku amalan kita diganti, penuh atau tidak. kita boleh detect, "si fulanah tu sikit je pahala dia, aku lagi banyak!" tak pun, "oh, minah tu banyak nye pahala dia! berganda-ganda dari aku!"
namun, itulah dia hikmah Allah menciptakan dosa dan pahala itu perkara yang ghaib. supaya manusia sentiasa berlumba-lumba mengejar kebaikan.fastabiqul khayraat! sebabnya kita tak tahu bagaimana nasib kita di mahkamah agung kelak. ke syurga kah kita, atau ke neraka kah kita.
jadi? tunggu apa lagi?
jom kejar pahala dan rahmat kasih sayang Allah. tadabbur ALQuran itu salah satu saja.banyak lagi yang kita kena tingkatkan.bagaimana solat sunat rawatib kita. solat tahajud kita. sedeqah kita. infaq kita. hubungan silaturrahim kita.
"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang
dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik
kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak
menyukai orang yang berbuat kerosakan."
AlQasas (28:77)
pernah dengar lagu tombo ati?
Ubat hati ada lima perkaranya
yang pertama, baca quran dan maknanya
yang kedua, solat malam dirikanlah
yang ketiga, berkumpullah dengan orang soleh
yang keempat, perbanyaklah berpuasa
yang kelima, zikir malam berpanjanglah
sama-sama ubati hati kita, ya!
Oct 18, 2009
Bagaimana Menyentuh Hati
Assalamualaikum w.b.t
Pertamanya,ingin aku menyatakan di sini bahawa aku bukan ingin mengulas buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As-sisi(lihat tajuk).
Aku hanya mahu berbicara tentang bagaimana menyentuh hati. Bagaimana aku boleh memikat hati-hati mereka agar bersatu dengan hatiku. Bagaimana caranya agar aku mampu menyelam hati mereka dengan harapan mereka jua dapat memahami segala rasa hatiku.
Bila aku bersama dengan mereka,aku hanya mahu memandang mereka dengan pandangan kasih dan sayang. Pabila mereka datang padaku,menceritakan segala perihal tentang mereka setelah lama tidak bersua,aku hanya mahu mendengar dengan bersungguh-sungguh,memberi respon serta memujuk hati mereka bila mereka sudah mula merasa lemah dalam menjalani hidup. Aku hanya mahu menggunakan segala nikmat pendengaran ini untuk mendengarkan segala luahan mereka.
Bila aku mula menitipkan kata-kata,aku hanya mahu yang datang dari lidah ini , kata-kata yang dapat dijadikan sebagai penghibur,penyejuk hati mereka di kala mereka sedang berduka. Kata-kata yang berupaya di jadikan mutiara sebagai pedoman dan panduan.
Dan bila aku mula menulis, menyatakan khabarku di sini atau ingin berkongsi segala apa yang aku rasa disini dengan mereka,aku jua mahu menulis dari hati. Biarlah setiap bait-bait tulisan di sini semuanya tulus dari hatiku. Aku mahu zahirkan segalanya dari hatiku agar mereka tahu betapa aku mahu mereka memahami bahawa hati ini dan hati mereka diciptakan bukan untuk perkara sia-sia saja.
Aku mahu mereka tahu bahawa kehadiranku di sini bukan semata-mata sebagai sahabat, teman, kakak, ibu atau sesiapa sahaja. Bahkan aku mahu mereka merasa kehadiranku sebagai salah seorang dari mereka, yang sentiasa bersama dengan mereka dalam menempuh liku-liku yang belum tentu indah,
Aku juga mahu menjadi seorang yang tidak akan putus-putus meniup semangat di kala mereka mula hilang punca, seorang yang mampu membimbing mereka walaupun sedikit di kala mereka mula keliru ke mana arah tuju mereka.
Aku juga mahu mereka merasa bagaimana perasaanku sekarang. Bagaimana rasanya punya alam yang tidak putus-putus mengingatkan aku tentang tanggungjawab aku yang sebenar-benarnya. Bagaimana rasanya punya Pencipta di sisiku,bagaimana nikmatnya mempunyai Dia sebagai teman aku di kala malam atau siang,
Biarlah segalanya yang datang dariku mampu memberi sebuah makna buat mereka yang lain. Biarlah segalanya datang dari hatiku yang ikhlas, dari hati yang mahu melihat umatnya terus teguh menegakkan agama Penciptanya .
Sudahkah aku menyentuh hati kalian? Adakah kalian turut rasa apa yang aku rasa?
Ya Allah,kurniakanlah hati-hati yang bersih kepada kami,hati-hati yang benar-benar tunduk dan patuh hanya kepadaMu. Satukanlah hati-hati kami ya Allah.
Oct 17, 2009
cita-cita
“Siti, nanti bila dah besar nanti awak nak jadi apa ek?”…“hmm…kita nak jadi cikgu. Macam yang kita selalu main tu. Awak?,”
“Kita pula nak jadi polis. Amir nak jadi tenterakan bila besar nanti?” soal Zaki pula.“Aah. Macam paksu.Nanti boleh naik jet, pegang senapang. Hebat…,” Amir menjawab.
Bunyi hon yang tiba-tiba itu melenyapkan lamunanku. Berkecai kenangan indah zaman itu. Zaman kanak-kanak yang semuanya ingin gembira dan mudah sentiasa. Di mana hanya ada aku. Tiada hati dan perasaan yang perlu kujaga. Tiada ujian dan tiada beban jua tanggungjawab.
* * *
Saya yakin setiap dari kita punya cita-cita, impian mahupun harapan. Soalan evergreen yang pasti akan ditanya dari kecil hingga dewasa. Yang berbeza cuma kematangan ketika menjawabnya. Masih samakah jawapan kita pabila ditanya soalan yang sama tika belasan tahun?. Mungkin jawapannya masih lagi sama cuma tujuan sahaja yang berbeza. Mungkin juga sudah tidak sama. Iyalah zamankan sudah berubah. Kita dah maju. Jika dulu mahu jadi doktor sebab nampak hebat, bergaya tapi bila dah lepas spm ni nak jadi doktor sebab bidang ini jadi tumpuan dan rebutan. Nampak hebat, gaji pun mantap. Siap ada title dr lagi, pasti orang hormat. Tidak kurang juga ada yang masih terkapai-kapai. Hanyut bersama deruan waktu. Masih belum punya halatuju. Bila ditanya mengapa? Jawabnya,”Ala. Rileks la, hidup ni kan untuk bergembira”. Masih leka dan alpa dengan dunia mereka sendiri. Gembira hidup tanpa beban tanpa tanggungjawab.
Berjawatan tinggi, rumah besar, kereta berjenama, dan telefon bimbit terkini. Hendak berbakti dan membalas jasa ibu dan ayah. Hanya itu sahajakah cita-citamu? Setakat itu sahaja? Melampaukah andai saya mempersoalkan cita-cita kalian yang juga cita-cita saya suatu masa dulu. Tamakkah saya? Bukan begitu maksud saya. Tidak terniat sedikit pun untuk memperlekehkan niat murni kalian. Sekadar ingin berkongsi rasa dan pandangan.
Kita sering berdoa,
“ Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka.”
Al-Baqarah 2:201
Bukankah ini doa yang sering kita panjatkan usai solat kita. Kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat. Jadi mengapa harus usaha kita hanya tertumpu pada kebaikan dan kebahagiaan dunia?. Apa dengan semua itu menjamin kebaikan akhirat kita?. Bukankah dunia ladang semaian kita? Agar hasilnya dapat sama-sama kita tuai di alam baqa’ nanti. Andai kita hari ini sudah mula menabung demi masa depan kita nanti kenapa tidak kita juga menabung untuk sesuatu yang lebih pasti. Tidakkah kalian tahu bahawa doa itu hanya sia-sia tanpa usaha kita. Kebahagiaan akhirat itu bukannya diperoleh dengan doa dan tawakal semata-mata.
Habis, salahkah saya ingin menggapai cita dan impian saya selama ini? Haruskah saya melupakan semuanya? Tidak, bukan itu maksud saya. Tak salah untuk memasang angan. Kita juga punya hak dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan di dunia ini. Semua nya menuntut usaha dan pengorbanan kita. Cuma cita dan impian itu perlu dipanjangkan ke hadapan. Biar seimbang dunia dan akhirat. Jauh melangkaui batas masa dunia. Nun jauh dunia yang abadi. Negeri Akhirat. Allah berpesan di dalam kitabNya,
" Dan carilah (pahala) di negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagai mana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak suka orang yang berbuat kerosakan."
Al-Qasas 28:77
Menyingkap kembali tabir sejarah, Umar Abdul Aziz apabila ditanya apakah cita-citanya? Pantas dijawab syurga! Lantas beliau berusaha, dirinya, zuhudnya, adilnya, ibadahnya semua untuk Islam. Sumbangannya sebagai khalifah tidak terhitung. Semuanya demi syurga yang diimpikan. Usamah bin Zaid, panglima muda Islam. Tatkala disoal tentang apa mahunya, “aku ingin bersama mujahidin Islam”. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Pada usia muda 19 tahun, beliau diangkat sebagai panglima perang. Salahuddin al-Ayyubi apabila diserahkan kepadanya pemerintahan Mesir, beliau sering berkata, “ apabila Allah memberikan aku Mesir, aku merasakan Allah akan menganugerahkan Palestin juga padaku”. Lalu hidupnya hanya di khemah-khemah tentera bukan lagi di istana selesa. Saladin di medan perang bagaikan ibu yang kehilangan anaknya. Menunggang kuda dari hujung ke hujung barisan tenteranya melaung mengingatkan agar berjuang hanya kerana Allah. Berjuang dan meniupkan semangat jihad dalam diri tentera Islam. Akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepadanya apabila Baitulmaqdis jatuh ke tangan Islam dari tentera Salib tanpa pertumpahan darah.
Hebat sungguh cita-cita mereka. Tinggi tak tergapai andai tanpa bimbingan iman dan taqwa. Jauh dari logik akal kita. Bermati-matian mereka berusaha. Bukan sahaja harta dan keluarga yang dikorbankan, malahan juga darah dan nyawa. Impian jauh melangkaui usia, melepasi batasan waktu. Umur yang diberkati. Biarpun jasad telah tiada, namun jasa dan semangat mereka masih kekal hidup. Hingga kini masih terasa manisnya. Semuanya untuk meneruskan perjuangan nabi yang disayangi lagi dicintai untuk sampai kepada kita hari ini.
Dan mereka? Sedang berbahagia menikmati janjiNya, menunggu masa menuai ladang dunia mereka.
Kita pula?
Masih belum terlewat saya kira untuk mengubah cita. Kita bukan lagi kanak-kanak yang hanya tahu berseronok bergembira, hanya diri sendiri yang difikirnya. Kita punya tanggungjawab. Berhentilah bercita-cita hanya untuk diri sendiri. Usahlah bermimpi untuk hidup yang senang dan mudah sahaja agar cepat dinikmati di dunia fana ini. Semua itu tidak kekal lama.
Bercita-cita tinggilah. Bermimpilah sejauh mungkin. Biar melangkaui langit ketujuh, hatta melepasi hujung dunia sekalipun agar sampai ke akhiratmu. Semoga dengan itu kita sama-sama memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat jua. Amin.
Oct 12, 2009
taat kepada DIA
Assalamualaikum w.b.t koshari ucapkan.
Dahulu2 kan, koshari ada borak dgn seorang kawan ni. Kawan koshari tu akan sambung pelajaran ke Australia (skrg dah ada di sana dah). Dahulu rakan itu rasa risau sangat. Risau dirinya akan berubah. Risau sebab merasakan dirinya tak sesedia mana utk menghadapi dugaan yang ada di bumi asing. Katanya waktu tu, pernah sekali dia ditanya oleh seorang rakan non-muslim; kenapa awak pakai tudung?
Ya kawan-kawan, kenapa kita sebagai wanita islam kena pakai tudung? dan kenapa kita pakai tudung?
Tudung bukan isu utama di sini. Apa2 tanggungjawab sebagai seorang muslim yang telah dan sedang dan akan kita lakukan,apa-apa sahaja.Solat,Puasa, Zakat, Haji. Kenapa agaknya kita buat ya?sebab orang lain buat maka kita pun buat ke, atau memang kita buat dari hati?
Jawapannya, cukup mudah. Sebab kita sudah yakin dan sudah naik saksi bahawa Allah itu adalah satu, Tiada tuhan yang wajib disembah melainkan ALLAH. Sebab kita sudah bersyahadah bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan ALLAH.
Kawan-kawan pernah tak rasa berterima kasih sangat2 kepada sesiapa? Kepada ibu bapa kawan2 contohnya. Yang dah susah-payah lahirkan, besarkan kawan2. Bagi duit belanja sekolah, bayar yuran university. Sanggup tak kawan2 nak langgar arahan mereka? Mesti tak kan? Selalunya memang kita akan ikut semua arahan dan permintaan ibu bapa kita, siap lakukan apa2 sahaja lah yang bleh untuk gembirakan hati mereka. Untuk tunjuk betapa berterima kasih kita kepada mereka.
Jadi, sepatutnya kita dengan Maha Pencipta begitu juga lah. Bahkan lebih lagi. Sebab ALLAH yang menciptakan kita. Sebab ALLAH yang beri kita udara, dihirup tanpa perlu bayar sesen pun.Sebab ALLAH dah cipta kambing, lembu,unta; jadi tunggangan, jadi makanan. ALLAH cipta kucing, tak bleh makan, tapi sangat lah comel, boleh jadi peneman di kala sunyi. Sebab ALLAH yang dah cipta pelbagai jenis ikan, pelbagai jenis buah, pelbagai jenis sayuran supaya kita ada banyak choice. Boleh pilih lagi, kalau tak suka makan durian bleh makan manggis. Cuba bayangkan kalau ada buah durian je kat dunia ni?huuuu~
Jadi, takkanlah bila ALLAH wajibkan pakai tudung mengikut syariatnya, kita tak nak pakai pula?
Takkanlah kalau ALLAH suruh kita solat wajib 5 kali sehari semalam kita tak nak lakukan jugak?
Takkanlah bila ALLAH dah beri jaminan kalau kita mohon ampun kepada ALLAH atas dosa kita yang silam, ALLAH akan ampunkan; tapi kita tak pohon ampun jugak?
Koshari beri lagi contoh ya.
Dalam al-quran ALLAH wajibkan kita untuk berlaku baik kepada ibu bapa.TAk bleh cakap kasar dengan mereka. Kena patuh semua arahan mereka. Sebab ibu itulah yang telah mengandungkan, menyusukan kita. Tapi bukannya kita patuh dan kasih kepada ibu bapa hanya di atas sebab2 itu sahaja. Sebab utama kita sayang dan patuh kepada ibu bapa adalah kerana ALLAH yang SURUH. ALLAH yang PERINTAHkan.
Sebab itulah ALLAH kata kalau aje ibu bapa itu memaksa anak-anaknya mempersekutukan ALLAH, maka ALLAH kata janganlah kamu mentaatinya,dan pergaulilah ibu bapa itu di dunia dengan baik.(31:14-15).Jelas tak di sini? Tak kisah lah betapa terhutang budi pun, tapi kalau dah go against ALLAH, the answer is NO!
Sama juga kisahnya tentang Nabi Musa. Yang telah dibesarkan dan dijaga oleh Firaun dan Asiah. Ingat Nabi Musa tak terhutang budi ke. Tapi sebab Firaun tu sudah melampaui batas dan menganggap dirinya tuhan, so, ALLAH perintahkan NAbi Musa sendiri yang pernah menjadi anak angkat Firaun untuk bersemuka, berdakwah kepada Firaun.Dan akhirnya ALLAH sendiri yang menjatuhkan azabnya kepada Firaun itu.
Jadi, koshari ingin sama-sama mengajak rakan-rakan semua, marilah kita koreksi semula diri kita. Sama-sama perbaharui niat kita dalam melakukan apa jua perkara. Moga kita sentiasa jelas dalam apa jua perkara yang kita lakukan seharian. Moga semuanya lillahi ta’ala!
Mari Jadi Baik!