Oct 26, 2009

Muhasabah itu penting...



Mahukah kamu aku bercerita tentang maksud perkataan manusia? Manusia ini asalnya daripada perkataan 'nasia' yang bermaksud lupa. Dari perkataan itu sahaja sudah menggambarkan bahawa betapa lemahnya golongan yang bernama An-Nas ini. Kewujudan manusia di dunia ini juga dipersoalkan oleh malaikat, mari kita buka manual kita!




Allah berfirman dalam Al-Quran, " Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (2:30)

Dalam ayat ini, Allah memberitahu kita bahawa Allah telah memberikan manusia satu tanggungjawab untuk menjadi wakil Allah di muka bumi ini, betapa Allah mengangkat martabat manusia, bahawa manusia ini darjatnya lebih tinggi, lebih mulia lagi daripada malaikat. Tetapi darjat itu hanyalah akan dicapai dengan syarat, manusia itu melakukan sebagaimana yang Allah perintahkan dan meninggalkan segala laranganNya. Malulah kita, kalau malaikat yang darjatnya tidak dinaikkan menjadi khalifah Allah, tetapi dia tetap patuh, sujud, tunduk dan syukur pada Allah, sedangkan diri kita yang sudah diberi darjat yang tinggi masih berada di takuk lama!




Allah menciptakan kita daripada tanah, daripada percantuman antara sperma dan ovum, kita keluar ke dunia daripada sehina-hina tempat, dan apabila kita mencelikkan mata kita di dunia, tanggungjawab kita adalah sangat besar, iaitu menjadi wakil Allah, menjadi antara golongan yang akan menegakkan agama Allah di bumi ini. Tanggungjawab ini, bukan hanya kepada orang muslim sahaja, tetapi kepada seluruh umat manusia.





Allah banyak menceritakan kejadian kita, di dalam Al-Quran, salah satunya, (23:12-14). Allah juga ada menceritakan, "Allah hendak memberi keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat lemah)".(4:28). Maksudnya kat sini, Allah menceritakan bahawa kita ini lemah, kita adalah bersifat lemah, tetapi di sebalik kelemahan itu, Allah tidak membiarkan diri kita supaya lemah begitu sahaja, tetapi kerana kita khalifah Allahlah kita menjadi kuat, kita bertanggungjawab untuk menunjukkan qudwah hasanah kepada seluruh umat manusia, kita perlu mengembalikan semula milikan kehakiman kepada Allah semula.




Itulah tujuan hidup manusia diciptakan, seperti mana Allah menciptakan pokok dengan daun2 hijau untuk membolehkan proses fotosintesis dan membekalkan oksigen kepada manusia, begitu jugalah kita, dihidupkan di bumi Allah dengan tujuan memakmurkan alam ini, supaya semuanya kembali patuh kepada Allah.

Cuba kita lihat sekeliling kita, alam yang kita lihat ini, sedikit pun tidak cuba untuk tidak melakukan suruhan Allah, mereka patuh dengan apa yang Allah perintahkan, air sungai mengalir dari kaki gunung hingga ke laut, matahari terbit di siang hari, apabila malam pula, bulan memunculkan diri, itulah sunnatullah, hukum Allah, tetapi bagaimana dengan manusia? malulah kita, sebahagian besar penduduk lain di bumi ini, iaitu tumbuhan dan haiwan patuh pada Allah, tetapi bagaimana dengan kita? Tak mahukah kita menyertai kumpulan mereka, mereka yang mematuhi perintah Allah adalah majoriti, tetapi manusia lebih suka menyertai golongan minoriti.

Mungkin kita kini mula berfikir, susahnya untuk menjadi khalifah, sedangkan diri sendiri masih terumabng-ambing dengan pelbagai dosa dan maksiat? Kita sedari hakikat bahawa, kita ada dua tarikan, sama ada tarikan hawa atau tarikan wahyu, sama ada tarikan islam atau tarikan jahiliyyah. Bagi mereka yang kuat imannya, mereka akan menahan diri mereka daripada melintas ke jalan yang satu lagi, bagaimana untuk aku terangkan bahawa hanya iman yang mantap sahaja yang akan berjaya, sama ada di dunia dan akhirat, sungguh aku katakan, dia akan mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat! sungguh aku tidak tipu!




Jadi, sahabat2 sekalian, apa yang harus kita kerap lakukan adalah selalulah menilai diri kita, bukan hanya ketika sebelum tidur sahaja, tetapi setiap masa, kita mahukan masa2 kita yang berlalu pergi tidak sia2, masa2 yang pergi itu hanya dimanfaatkan untuk diri dan untuk orang lain, ingatlah, masa tidak mengejar kita, tetapi kita yang mengejar masa. Begitu juga dengan tarbiyyah, tarbiyyah tidak memerlukan kita tapi kita yang memerlukan tarbiyyah, supaya bateri akan sentiasa dicas, di saat2 ia hanya tinggal satu bar sahaja.

Siapakanlah diri kita untuk proses muhasabah di akhirat pula, bila kita muhasabah di dunia, kita boleh perbaiki perkara2 yang lalu, tetapi muhasabah di akhirat,tiada lagi peluang untuk membetulkan kenyataan. Moga muhasabah ini, sentiasa menjadi tabiat kita setiap hari,insyaAllah.












0 comments: