Jan 18, 2010

bittaufiq wannajah minallah




assalamualaikum semua!

semoga sihat jasmani dan rohani hendaknya..
erm, bak kata ambubah,blog ni statik je kn..hehe..
team anak-anak nil menyepi sebentar kerana akan menempuh peperiksaan pada
23jan-2feb 2010..
doakan kami ya =)

video ni saya tujukan kepada semua yang sedang menempuh fatrah imtihan di perlembahan nil ni =)



usaha sungguh2 ye.jangan lupa tajdid (perbaharui niat) dan pelbagaikan niat ya!
jangan biar usaha kita tu sia2..jangan last2 dapat penat je..nauzubillah.
macam mana nak pelbagai kan niat tu bergantung kpd diri kita sendiri kan.
antara niat2 yang bleh kita niat kan ialah:

1-belajar keranaNya
2-untuk menghilangkan kejahilan dalam diri
3-ilmu yg dipelajari mmberi manfaat pada diri dan org lain
4-melaksanakan tanggungjawab,amanah Allah,ibu ayah dan penaja
5-manifestasi tanda syukur kita atas segala nikmat
6-menggembirakan ibu ayah
7-memanfaatkan masa
dan lain2..blh la di tambah sendiri..hehe..tu hanya cadangan.klau blh,banyakkan lagi niat.
semoga dengan memperbanyakkan niat,Allah kira semua tu wpun kita hanya buat satu benda.
kan best..buat satu benda dapat baaaanyak pahala.tapi,yang penting kena ikhlas kan?
insyaAllah,kita sama2 cuba untuk ikhlaskan niat..mmg cakap senang,tp nk buat susah,tapi ia x mustahil kan?

”sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”
(an-Nahl: 128)

jom sama2 usaha!
semoga usaha kita yang kecil ini Allah kira sebagai pemberat mizan kita di sana


all the best buat sume~doakan kejayaan bersama...

p/s: terjumpa iklan pasal no cheating in exam..hehe..chumil gk iklan ni.nk tgk? klik sini

Jan 8, 2010

sendu senja








Ukhti
Datanglah ke sini
Duduklah di samping ana
Mengadap laut yang luas itu
Yang sudah tidak lagi biru
Membias warna keemasan langit senja









Ukhti
Tengok itu!
Tengok yang disana tu
Lihat saja mentari yang gah itu
Mentari yang kita rasa begitu gagah memercikkan peluh manusia
Yang kita tahu
Kita bisa hangus andai mendekatinya
Tapi lihatlah ia
Segah mana ia berdiri,bertapak di atas galaksi bima sakti
Namun akhirnya mengundur diri
Kerana suruhan Tuhannya memberitahu
Malam telah menjelma untuk manusia
Maka pulanglah kamu
Maka ia tahu
Dan ia taat,ukhti!
Merendah maruah pada sang bulan yang meminjam cahayanya
Hanya kerana satu kata
Kata dari pencipta

Ukhti
Tengok di penjuru itu
Yang di sebelah kanan itu
Ukhti nampak apa?
Cantik bukan?
Susunan warna-warna pelangi
Mempamerkan warna-warna Tuhan
Bangga menjadi tatapan manusia
Tapi ia mengeluh
Kerana manusia tidak mahu berfikir
Tentang siapa yang menjadikannya
Hanya kagum dengan mengatakan
”wah cantiknya!”
Maka bisik sang pelangi itu
”tidakkah kamu terikir akan kehebatan penciptanya?”










Ukhti
Enti pandang ke utara sana
Pandangan luar biasa
Yang biasa kita tonton dalam episod-episod cerita
Cahaya merah di kaki langit
Yang bisa memercik seribu rasa
Mendamaikan siapa yang kusut
Menyedarkan hati-hati yang taat
Menambah iman jiwa-jiwa yang rindu
Menjadi kekalutan bagi nafas yang sedang ketakutan
Lihat ukhti
Itu adalah bancuhan segala warna-warna Tuhan
Yang disekalikan
Diadun dengan begitu indah
Ukhti
Maka kenapa kita tidak berfikir?

Ukhti
Melihat betapa taatnya mentari
Ana menjadi malu
Melihat betapa muhasabahnya sang pelangi
Ana menjadi malu
Melihat senja itu
Ana menjadi malu
Senja itu mempamerkan segala kepatuhan makhluk kepadaNya,ukhtiku!
Maka adakah aku termasuk dalam golongan mereka yang benar-benar taat...............?

” Maka aku bersumpah demi cahaya merah pada waktu senja!”
” Demi malam dan apa yang diselubunginya”
” Demi bulan apabila ia menjadi purnama”
”sungguh,kamu akan jalani tingkat demi tingkat dalam kehidupan”
”maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”

(al-insyiqaaq:16-20)




Jan 5, 2010

10 Ciri Muslim



1) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
2) Ibadah yang Sahih (Sahihul Ibadah)
3) Aklak yang Mantap (Matinul Khuluk)
4) Kuat tubuh badan (Qawiyul Jismi)
5)Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqal Fikri)
6)Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
7)Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
8)Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu'unihi)
9)Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
10)Berguna untuk orang lain (Nafi'un li ghairi)


InsyaAllah akan dipenuhi!

Jan 3, 2010

Tawakal tidak menidakkan usaha




Meniti fatrah imtihan di bumi anbiya'.....Satu peringatan tentang konsep tawakal =)




Mewujudkan Tawakkal bukan bererti menidakkan usaha. Allah memerintahkan hamba-hambaNya untuk berusaha sekaligus bertawakkal. Berusaha dengan seluruh anggota badan dan bertawakkal dengan hati merupakan perwujudan iman kepada Allah Ta’ala.



Sebahagian orang mungkin ada yang berkata, “Jika orang yang bertawakkal kepada Allah itu akan diberi rezeki, maka kenapa kita harus lelah, berusaha dan mencari penghidupan. Bukankah kita cukup duduk-duduk dan bermalas-malasan, lalu rezeki kita datang dari langit?”



Perkataan itu sungguh menunjukkan kebodohan orang itu tentang hakikat Tawakkal. Nabi kita yang mulia telah menyerupakan orang yang bertawakkal dan diberi rezeki itu dengan burung yang pergi di pagi hari untuk mencari rezeki dan pulang pada petang hari, padahal burung itu tidak memiliki sandaran apapun, baik perdagangan, pertanian, atau pekerjaan tertentu. Ia keluar berbekal tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa sebagai tempat bergantung.



Imam Ahmad pernah ditanya tentang seorang laki-laki yang hanya duduk di rumah atau di masjid seraya berkata, “Aku tidak mau bekerja sedikitpun, sampai rezekiku datang sendiri”.


Maka beliau berkomentar, “Ia adalah laki-laki yang tidak mengenal ilmu. Sungguh Nabi ShollAllahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, ‘Sesungguhnya Allah telah menjadikan rizkiku dalam bayang-bayang tombak perangku (baca: ghonimah)’. Dan beliau juga bersabda, ‘Sekiranya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya Allah memberimu rizki sebagaimana yang diberikanNya kepada burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.’ (Hasan Shohih. HR.Tirmidzi).



Selanjutnya Imam Ahmad berkata, “Para sahabat juga berdagang dan bekerja dengan mengelola pohon kurmanya. Dan mereka itulah teladan kita.” (Fathul Bari, 11/305-306)



Tawakkal tidaklah bererti meninggalkan usaha. Hendaknya setiap muslim bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan penghidupan. Hanya saja ia tidak boleh menyandarkan diri pada kelelahan, kerja keras dan usahanya, tetapi ia harus meyakini bahawa segala urusan adalah milik Allah, dan bahwa rezeki itu hanyalah dari Dia semata..


Jan 1, 2010

~Ubat futur itu DAKWAH~

Perjuangan ini jalannya panjang...

jalan yang penuh rintangan, penuh cabaran...

sejarah orang terdahulu telah merasakan..

hingga kaki mereka pecah, kuku mereka tercabut..

mereka mengharunginya tanpa keluhan sedikit pun..

mereka malu untuk menceritakan..

kerana keikhlasan mereka dalam jalan ini..

dan saham yang mereka sumbangkan..

tumbuh mekar..

hasilnya gemilang..

Namun kadang-kadang..

Iman kita makin melemah, merudum jatuh..

mutabaah amal kian menurun..

hati makin tidak bersemangat..futur..

dek hambatan duniawi yg menambat hati..

alasan demi alasan dicipta..

Namun sedarlah sahabat..

ubat futur itulah DAKWAH..

perlu bangkit dan bergerak..

jangan kalah dengan diri..

kerana kita sahaja yang mampu mengawal diri kita...

jangan sesekali rasa sesal dengan dakwah..

teruskan memberi..memberi..dan memberi..

kerana memberi itu satu bekalan diri..






lagu perjuangan dari kumpulan saff one..