Dec 29, 2009

tadabbur manusia

"thank you"
huh... akhirnya sampai jugak ke slide terakhir yg tertulis perkataan 'thank you'.
bukan lah tepu sangat pembelajaran hari itu, tapi memang menjadi kesukaan kami menanti slide itu. =D
memang menjadi kelaziman selepas mane2 kelas yg bermula seawal jam pukul 8, pelajar2 akan bergerombolan keluar dari bilik kuliah menuju ke kedai2 runcit di sekitar kawasan gam3ah.
mulanya ana mahu keluar juga membeli makanan.
tp bila ana nampak sisters pon keluar sama, ana tanya mereka,

"mahu ke mana?"
"mahu solat dhuha", jawab sisters td.

tiba-tiba ana terasa mata ana terbuka luas. ana memandang orang-orang yg keluar dari pintu kelas itu dalam dimensi yang berbeza. dari hujung kelas, ada dua jenis golongan yang ana dapati.

satu golongan, orang-orang yang pergi ke kedai runcit membeli makanan.
golongan kedua, orang-orang yang naik ke tingkat atas untuk mengerjakan solat dhuha.

masyaAllah, selama ni ana tak perasan! ana selalu tertanya-tanya. macam mana mutaba'ah amal sisters lain agk kerap solat dhuha-nya? sedangkan kelas bermula seawal jam 8, ade yg jam 7, bila mereka solat dhuha?
baru sekarang ana perasan, sela masa waktu rehat yang doktor berikan, mereka segera menunaikan solat dhuha rupenye. rata-rata sisters yang keluar dari kelas, ana lihat mereka menuju ke tingkat atas utk ke surau. subhanallah! ana rase malu dgn diri ana. kenapa ana tak lihat peluang waktu rehat tu sebagai peluang utk solat dhuha? T___T

ana perhati2 lagi.
lain kan orang yg hidup di bawah bayangan AlQuran dengan orang yg hanya baca quran, baca terjemahan, tapi tak jaga diri dia dengan AlQuran, lain kan?

orang yang hidup di bawah bayangan AlQuran, hidupnya sangat nikmat, macam yang As-Syahid Syed Qutb cakap, kenikmatannya adalah sesuatu yang meluhur, memberkati, dan membersihkan usia. ianya nikmat untuk orang-orang yang merasainya sahaja. kalau kita tak rasa, kita takkan tahu betapa nikmatnya hidup di bawah bayangan AlQuran tu. nak rasa itu perlu macam2 hagah. support system yang kuat, sisters2 yang saling mengingatkan baik secara langsung mahupun secara tak langsung(mcm peristiwa di atas ni).

ana pun mahu, mengecapi nikmat itu, meluhur, memberkati hidup ana, baik ilmu medic yang ana ada mahupun umur ana yang sudah masuk 20 tahun, dan membersihkan usia ana yang kotor sebelum ni.
ana mahu umur ana yang baru setahun jagung dalam tarbiyah ni, menjadi umur ana yang diberkati, dan dapat membersihkan usia2 ana yg 19 tahun lagi tu.
ana mahu jadi macam sisters lain, hidupnya xputus2 dari ingat Allah.
ana mahu jadi orang yg hidup di bawah bayangan AlQuran.
ana mahu sama2 rasa nikmatnya.
ana mahu kawan2 ana yg lain pun sama2 rasa apa yang ana rasa.
doakan kami kuat ye, kita kan mahu takluk dunia? =D

Dec 28, 2009

Road not taken

1.






Jika ini ISLAM.....










Ini apa?






2.






Kalau ini ISLAM.....











Ini pula apa??







3.







Yang ini ISLAM kan?










Yang ini apa??







4.





Ini semestinya ISLAM...

















Lalu ini apa??




Salam semua^_^
Setiap gambar mempunyai cerita masing-masing, dan kaitannya antara satu sama lain.

Realiti umat hari ini, MUSLIM hanya pada nama, padahal dengan menjadi MUSLIM itu Sumayyah menjadi wanita pertama syahid.

Dengan menjadi MUSLIM itu, Bilal ditindih batu dan dijemur di bawah terik matahari padang pasir.

Dengan menjadi MUSLIM itu, Khabab bin 'Arad dipaksa berbaring di atas bara api, sehingga api itu terpadam sendiri oleh lemak badannya yang mencair.

Subhanallah, Subhanallah. Subhanallah.

Kita hari ini pula membiarkan sahaja ISLAM terus jatuh, tiada rasa pun mahu mengangkat kembali ISLAM, bukan kerana tiada daya, tapi kerana tidak tahu apa ertinya ISLAM buat dirinya.

Lalu dia hidup, dalam kitaran 'bodoh' yang direka oleh para musyrikin. Betapa terpedayanya kita! Ketika ramai manusia yang menganut ISLAM kerana benarnya ia,, umat ISLAM yang sedia ada tidak rasa berbangga pun dengan keISLAMannya, maka jadilah kita angka-angka kosong (0+0+0+0=0!), tiada apa manfaat buat dunia. Sedih kan??T_T

Tegakkan ISLAM dalam diri kita, dan ajak juga orang lain bersama, untuk merasai manisnya ISLAM yang sudah berpuluh tahun kita mengakuinya.

Allah sentiasa bersama kita, memerhati dan menjaga kita. MUSLIM itu bukan sekadar di bibir, tapi terzahir pada tindakannya. Jadi, jika perkara yang kita lakukan itu bukan ISLAM, apakah perkara selainnya?- JAHILIYYAH. Adakah itu perkara yang baik? Maka, buatlah pilihan^_~

Dec 22, 2009

Rutin hidup seharian



Alarm yang telah di set kan sebelum tidur malam tadi berbunyi. Baru jam 4.30 pagi. Kita bangun, sebelum subuh. Kita gagahkan diri untuk ke toilet, membersihkan diri dan berwudhuk. Waduh!

Winter
ini sangat menguji kesabaran dan ketabahan. Gigih meletakkan tangan di bawah air, menahan sejuk. Ya Robbi.


Bila azan berkumandang, kita mula gerakkan teman-teman kita untuk bersolat subuh. Sungguh, bila masa subuh ini lah kita nampak semua orang sedang berjihad untuk bangun dari tempat tidur yang best itu.


Kita solat sama-sama. Kemudian kita baca mathurat Sughra pada hari biasa dan mathurat kubra pada hari Jumaat. Lepas solat dan baca mathurat, masing-masing bersiap.

Maklumlah, bila naik tahun tiga belajar perubatan ni semua kelas ada pada sebelah pagi. Jarang sekali waktu tengahari. Kalau ada yang bertugas untuk masak sarapan, maka dia akan terus mengerjakan dapur lah. Manakala yang lain sibuk mengemas beg sekolah, menggosok pakaian serta mengemas bilik.


Kita pergi sekolah. Kita melangkah keluar dari rumah dengan lafaz Bismillah dengan niat aku pergi sekolah hari ini kerana Allah, hanya Allah. Kita berjalan atau mungkin berlari dengan sangat gembiranya. Sampai di kelas, kita keluarkan buku dan memulakan pembelajaran dan menyudahkan sampai waktu petang.

Kita sudah habis belajar, kita berjalan pulang pula. Hati lagi melonjak sebab destinasi adalah rumah. Bagi kita , tempat yang paling best bila belajar overc ini adalah rumah. Rumahku Syurgaku kaan.

Kita sudahkan solat fardhu mana yang tidak sempat buat di universiti. Lepas fardhu, kita buat solat sunat pula. Lepas tu, kita buat aktiviti kita macam biasa. Sama ada belajar, masak atau internet.

Bila waktu maghrib mula masuk, kita bersiap untuk bersolat berjemaah lagi. Kita solat ramai-ramai bersama teman-teman rumah. Lepas tu, kita baca Al-Qur'an beberapa muka surat.


Sementara menanti waktu isyak, kita sambung aktiviti kita tadi. Sama ada belajar lagi atau internet lagi. ataupun tidur
Kemudian sudah isyak, kita solat isyak. Lepas sudah semuanya alhamdulillah. Sudah cukup 5 waktu solat fardhu kita kerjakan hari ini. Hati tenang sikit bukan?

Lepas tu, kita belajar lagi, internet dan tidur.


==========================

Inilah rutin seharian kebanyakan orang daripada kita. Ada je aktiviti tambahan seperti pergi sc, ceramah, bersukan, bershopping, pergi kelas Al-Qur'an dan sebagainya. Tetapi aktiviti tambahan itu bukan setiap hari. Bukan kebiasaan dan bukan semua orang buat aktiviti-aktiviti itu.

Aku risau dengan rutin seharianku selama 20 tahun hidup sebagai hamba Tuhanku. Yang ibadat umum setiap hari seperti mandi, tidur, makan, minum dan lain-lain yang sama waktu dengannya itu aku tidak fikir sangat.

Yang aku risau adalah ibadat khusus. Solat Fardhuku, solat sunatku, baca Al Qur'anku, mathurat.Ibadat-ibadat ini adalah pertemuan aku secara peribadi dengan Tuhanku dan juga persembahan dari diriku sebagai hamba hanya kepada Dia


Aku sudah terbiasa melaksanakan ibadat-ibadat begini setiap hari. Sehingga kadang-kadang badanku macma kena set. Bila tiba waktu sekian-sekian, maka automatiknya badan aku akan bergerak untuk melaksanakan semuanya. Betul memang betul. Langsung tidak salah.


Cumanya itulah, aku takut kalau-kalau pertemuan aku dengan Tuhanku itu dibiasakan oleh aku sebagai rutin. Kebiasaan aku setiap hari.
Sepatutnya, kita buat solat bukan sahaja sebab Allah suruh atau syariat perintah dan sebagainya.

Tapi ia adalah kerana kita ni hamba. Kalau dah jadi hamba tu, berlakulah seperti hamba betul-betul. Kena sedar diri selalu kita ni siapa. Kita langsung tidak layak untuk menganggap ibadat-ibadat kita seharian tu macam rutin pergi sekolah setiap hari, pergi pasar setiap minggu. maka kita jumpa Tuhan kita setiap hari bukan rutin.

ia bukan kebiasaan, bukan sebab kita ikut jadual hidup kita. Tapi sebab kita ni hamba. Hamba...

Ya Allah, kuatkanlah hati-hati kami. Terimalah ibadat-ibadat yang kami persembahkan ini. Hanya keampunan dan keredhaanMu yang kami harapkan sepanjang pengabdian hidup kami ini.

aku hamba, engkau juga hamba. kita semua hamba.

Hamba Allah yang Maha Adil dan Maha Sempurna

Dec 21, 2009

tak tahu mahu letak tajuk ape T_T

awas: kisah ini separa fiction. =D

Ana tension. tension sangat dengan syaitan. makin ana nak buat baik, makin banyak bisikan-bisikan jahat yang singgah kat hati ana. waktu ana jahiliyyah dulu, takde la pulak camni. kalo ana dengki, memang ana dengki betul dengan kawan ana. sekarang ni, ana xnak dah dengki, ana xkesah pon kalau selalu kemas rumah, sebab ana suke, tapi selalu sangat ada bisikan datang,

"ko kemas-kemas rumah ni, member ko tengah study, lagi banyak dah dari ko. apsal ko rajin sangat ni, udah2 la tu, pegi la study, rumah ko pon bukan sepah sangat."
"apsal ko x suruh je kawan ko yang basuh toilet ni, dorg xpernah basuh toilet seumur hidup dorang. suro la dorang je. baik ko g study."

ishh..tension betol ana. asal ana nak buat baik je, suara2 aneh tu datang. kalau lah 'dorg2' tu manusia, memang ana dh kick out dari hidup ana. tp memandangkan dorg ni jenis makhluk yg lain, ana istighfar je lah banyak2.

tp bile dah lame2 mereka tu bisik-bisik cmtu, kadang2 ana termakan 1% hasutan dorang nih. ana jadi ragu-ragu. ana ikhlas ke tak ni buat kerja ni?? ana keep hesitating. uh, xboleh camni ni, ana teringat, yang si syaitan2 ni akan terus hasut manusia, dan kalau sampai ana berhenti dari buat ape yang baik hanya kerana ana ragu-ragu ana ikhlas ke tak, maka tatkala itu syaitan dan konco-konconya telah berjaya dan ketawa gembira. maka ana buat keputusan, lantaklah ana ikhlas ke tak ke, ana kene buat jugak.at the time kalau ana ragu-ragu, ana kena stop sekejap untuk betulkan niat, jangan patah balik ke belakang utk lari. jangan.

arabic
sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).

huuu..selesai satu masalah..
sekarang ni ade lagi satu masalah.

kadang-kadang, bile ana dah termakan hasutan setan2 ni, ianya meng'initiate' satu perasaan geram dan seakan tak mahu maafkan kekurangan kwn2 ana ni. ana istighfar banyak2. ini semua sementara je, kt akhirat nanti korehat la puas2, ana pujuk diri ana. memang penat pun. memang makan masa pun. tapi ana kesian tgk kawan ana lagi sorang tu, muke de cm tension je bile rumah sepah. die dah kemas sikit. ana taw die pon penat. ana pun penat jugak. tapi kalau ana tak sambung kerja dia, siape lagi akan buat. ana xsuka nak request2 dari orang lain utk kemas rumah, kalau bole biarlah buat suka rela, barulah hasil berkualiti. ana pun, penat2 baru balik dari travel seharian, ana sental la bilik air 1 jam. ana memang suke main air, so ana tak kesah sangat. ana terpujuk dengan kalam Allah yang menyebut:

arabic
jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.


ayat ni best. kadang2 bile ana geram dengan sape2, ana bukak ayat ni. geram dengan orang arab yg selalu mintak duit dari rumah ana ke, geram dengan pakcik teksi ke, ana maafkan je lah dan buat tak peduli. ayat ni keras, Allah label orang kafir sebagai orang-orang yang bodoh, (ana takde la label org yang ana xsuke sebagai bodoh, tidak sama sekali!) tapi nak katenye, bile kite interaksi dengan al-Quran, kadang-kadang ia terkena dengan situasi kite. macam ayat ni, Allah pesan kat Muhammad s.a.w, supaya maafkan je la orang2 kafir yang mengate macam2 tu, dan teruskan kerja kau dakwah orang supaya buat yang makruf, jangan pedulikan mereka. ayat Quran ni sgt unik tw. bile ana bace ayat ni, ana rase yang same. ana rase mcm ayat tu ckp', wahai rubu', ko buat je keje ko..ko jangan peduli setan2 yang hasut ko tu, maafkan je lah kawan2 ko, mereka tak sedar kot, jadi kau lah yang kene sedarkan mereka supaya buat yang makruf, kan2?'
lagipun serendah2 ukhwah kan berlapang dada..

huhu..alhamdulillah...lega hati ana.

ana ni, selalu tangguh2 buat kerja. ayah ana pon cakap mcm tu. tp tak tahu lah. kalau ayah yang tegur, xterase sangat. tapi kalo Allah yang tegur, cuak la ana.

arabic
Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah.

gulp!! tercekik kerongkong ana. amik ko rubu', kan dah terkena sedas. itu satu. Allah tegur jugak jangan keraskan suara masa ingat Allah pada waktu pagi dan petang. ana pun terpikir, ape la ana buat selalunya pagi dan petang. oh, Ma'thurat!! haah la, selalu ana bace, cm malas2, suara cm keras je, cm xhayati langsung ma'thurat tu. laju2 plak tu. tone suara naik turun, kalau penat tu jadik annoying le suara ana, macam orang xnak bace je gayenye, nak cepat2 ngadap laptop tgk fb. kalau pagi2 tu, tenggelam timbul suarenye, kejap tertidur kejap terjaga, time terjaga tu kuat balik la suarenye. astaghfirullah2. teruknye ana! =((
tu la hikmah bace terjemahan lepas baca yang arabnye, ade je la yang Allah tegur yg terkena batang hidung sendiri.

hurmm..rasenye ana dh banyak sgt cakap ni. nanti antum bukak la surah al-A'raf. surah ke 7. muka surat 176. tiga2 ayat kt atas ni ade dlm muka surat yang sama. rubu' undur diri dulu ye..nak bersiap2 ke gam'ah. ana mintak maaf ye kalau tersalah cakap terkasar bahasa. betulkan ana kalau ana salah taw. huhu..assalamualaikummm...

Dec 19, 2009

Level-up IHSAN, dari dapur.

Salam Alaikum.
Hamdallah.

Akhirnya, buat pertama kali, Minal Mathbah(MM)diberi kesempatan dan ruang untuk menulis untuk MJB. Maaf buat teman-teman MJB, sahabah-sahabah pembaca, penyinggah dan semuanya.

Pertama sekali, ingin sekali MM memperkenalkan diri. Kata orang, tak kenal, maka tak cinta. Idak gitu iye?

MM seperti anda juga, manusia biasa, yang ingin menjadi luar biasa. =)

MM berasal dari dapur sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah bandar yang sibuk dan padat dengan pelbagai jenis ragam manusia. MM mungkin tidak sehebat rakan sepasukan MJB yang lain, al-maklumlah, dari dapur kita ini datang, masakan mampu menandingi Uttoh, Gawwafah, Miss Koshari, Leb@h M@nj@, dan lain-lain(sekadar menyebut beberapa nama)
.

Namun, dapur itu bukan calang-calang tempat kerana dari situlah MM bermula, bangun berdiri sehingga berjalan. Dakwah dan tarbiyah itu universal kerana Islam itu sendiri bersifat Syumul, tidak salah kalau bermula dari dapur? Idak gitu iye?

Bersempena dengan bulan baru dan tahun baru, MM ingin berkongsi beberapa perkara dengan pembaca sekalian

Semasa MM sedang leka berperang di dapur lantaran memenuhi hak MM kepada ahlul beit , tiba-tiba MM tersentak dan terkedu.(Maaflah, MM ini mungkin skema orangnya. Suka sahaja menggunakan perkataan yang sudah tidak digunakan muda-mudi zaman kini.Namun, tersusun dan kemas itu menjadi pilihan MM Allah menyukainya bukan?)

Hemm, berbalik kepada perbincangan asal(Maaflah, MM selalu saja berada di dapur, apabila diberi peluang untuk menulis, mulalah melencong ke sana ke mari. Asifah).

Eh, mengapa MM tersentak dan terkedu? Adakah kerana masakan tidak menjadi? Terlebih garam ataupun gula? Hangit?

Bukan.

MM tiba-tiba menjadi sayu, sepanjang MM berada di dapur, terlalu banyak pembaziran yang berlaku di hadapan MM. Tidak kiralah di dapur MM ataupun di dapur sesiapa saja, jikalau tidak banyak, mesti ada sedikit pembaziran yang berlaku. Ada saja lebihan makanan yang dibuang, penggunaan bahan-bahan secara berlebihan dan tidak perlu, makanan yang bermewah-mewah dan bermacam-macam lagi hal-hal yang tidak enak dilihat, didengar dan dipandang.

Adakah kita tergolong dalam golongan mereka yang kufur nikmat sehinggakan Allah menurunkan sifat membazir dalam diri kita?Nau’zubillah.

Moga Allah jauhkan MM dari sifat mazmumah yang tidak disukai oleh Allah ini.MM merasakan dapur adalah medanterbaik MM. Tarbiyah dapur bukan calang-calang tarbiyyah. Dapur mengajar MM untuk menjadi seorang berhati-hati dalam melakukan kerja yang diamanahkan. Dapur mengasak MM untuk menaikkan level ihsan dalam diri MM.


Memasak juga satu amanah. Haknya mesti dipenuhi.

MM teringat akan hadis kedua daripada hadis 40 yang MM belajar dari seorang sahabiah tidak lama dahulu yang berbicara tentang ihsan dan apa yang MM dapat simpulkan daripada perbincangan sifat ihsan adalah, kita mesti melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati sepertimana Allah s.w.t sedang melihat kita.

SUBHANALLAH.

MM ingin bertanya kepada anda semua, adakah anda semua sudah memenuhi tuntutan sifat ihsan tika di dapur?Adakah anda semua memasak dengan ala kadar, sehingga makanan yang dimasak tidaklah terlalu tidak sedap tetapi boleh ditelan dan dihadam-sekadar untuk mengalas perut dari lapar.

ATAU

Anda memasak dengan begitu berhati-hati, bersungguh-sungguh(dengan sifat ihsan)dengan niat apabila saudaraku kenyang dan tidak lapar, dia akan menjadi lebih bertenaga, tubuh badannya menjadi lebih sihat, senang hati-bebas dari masalah-masalah hati dan lain- lain yang akhirnya akan membawa kepada kelancaran jalan dakwah.

Tidaklah sahabat kita itu nanti, tidak cukup zat, hatinya tidak tenang-diserang penyakit hati, dan akhirnya jalan dakwah itu terbantut.



Pernahkan kita terfikir semua ini tatkala kita didapur?Tepuklah dada, tanyalah hati, INSYAALLAH iman anda akan menjawab.MM mengharap iman anda semua akan memberikan jawapan yang positif.

Jadi, sempena tahun baru 1431H, MM ingin mengajak anda semua untuk meningkatkan sifat ihsan kita di dapur. Bukankah Allah menilai sesuatu perkara dari sekecil-kecil debu ataupun bakteria mahupun parasit sehinggala sebesar gajah, ataupun bukit mahupun gunung.

Maafkan MM jika MM tersalah dan tersilap. MM berasal dari dapur, ilmunya belum cukup tinggi. Masih ditarbiyyah. Mudah-mudahan anda semua mengambil yang baik-baik sahaja dan yang buruk-buruk itu jadikan sempadan.

InsyaAllah, jika Allah menghadiahkan MM kesempatan di masa yang lain, MM akan berkongsi lagi dengan anda semua.

UHIBBUKUNNA FILLAH.

Sehingga ketemu lagi!
Daa.

Dec 18, 2009

Tak ternilai

Satu dedikasi khas untuk semua sisters yang mengenali Team MJB, sama ada yang pernah berjumpa secara fizikal atau maya, walau terpisah dek laut dan berasingan benua. Allah telah menyatukan dan mengumpulkan hati-hati kita di atas jalan ini. Semoga kita saling memberi peringatan, semoga kita saling menguatkan.

Doa kami dari perlembahan Nil ini, agar semua sisters tetap teguh di atas jalan yang telah kita pilih ini. Ingatlah, bahtera dakwah ini akan terus berlayar tanpa kita atau dengan kita. Maka, berusahalah agar di setiap takah penapisan, kita masih menjadi insan yang terpilih oleh Nya.

Bekerjalah, andai tak bisa berlari maka merangkaklah perlahan-lahan. Setiap orang punya jihad yang tersendiri. Ikhlaskan hati, kerana setiap amal itu dihitung dengan niat.

Uhibukunna fillah.

Dec 14, 2009

HIS smooth touch

"Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang DIA kehendaki, dan DIA lebih mengetahui orang-orang yang mahu diberi petunjuk"
(28 : 56 )

-berbahagialah wahai akh abu bakr (^.^) -


A Must Watch Video


Subhanallah.
Sungguh agung kalam-MU,
Sungguh cantik aturan-MU,
Sungguh tersendiri cara-MU menzahirkan cinta-MU ,
Sungguh indah cara-MU meniupkan hidayah-MU,
Kami seringkali digamit rasa rindu pada-MU, ya Allah.

Ya Allah,
sungguh, aku benar-benar cemburu,
dengan keunikan cara-MU memberi hidayah kepada saudaraku ini.
tapi aku tetap bersyukur,
KAU masih sudi menyematkan hidayah-MU dalam hati kerdil ini,

YA ALLAH,
aku rindu,sangat-sangat rindu,
ingin sekali aku menatap wajah-MU.

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada-NYA...."
( 1 : 6-7)
Itu doaku setiap kali aku menghadap-MU ya Allah..

Dec 8, 2009

Qalb = Hati





Kita terdiri daripada tiga perkara iaitu hati, jasad dan akal. Hati dan akal tak dapat wujud tanpa jasad. Akal, terletak dalam kepala kita, dan hati dekat jantung . Kita menggunakan jasad untuk pergi ke hati dan akal. Contohnya ilmu, memerlukan proses input dan output yang ada pada jasad untuk masuk ke dalam kepala kita. Tapi, dengan ilmu tak semua benda yang orang tahu, orang akan buat. Kenapa? Contohnya doktor-doktor di negara-negara eropah dan barat tahu arak tak baik untuk kesihatan tapi mereka meminumnya. Dengan ilmu yang ada dalam akal tak cukup untuk menolak jasad untuk beramal (beribadah pada Allah s.w.t).Jadi untuk mengaplikasikan ilmu memerlukan kekuatan hati.

Hatilah lebih tinggi kedudukannya daripada akal. Hatilah yang menentukan sama ada orang itu beramal atau tidak. Hati juga menentukan ilmu apakah yang akan dipelajari oleh seseorang. Tapi, dengan ilmu itu, manusia telah menyumbatkannya ke dalam akal semata-mata, hingga menyusahkannya untuk belajar dan kurang beramal. Cuba anda fikirkan, kalaulah seseorang itu belajar di Fakuti Engineering boleh membawanya kepada beramal, nescaya ramai orang di Fakulti Engineering memeluk Islam. Begitu juga pelajar-pelajar perubatan, semuanya akan menjadi hamba Allah yang baik. Jadi, terbuktilah ilmu yang ada dalam akal semata-mata tak dapat membawa manusia kepada beramal dan menyedarkannya sebagai pemegang amanah di atas muka bumi ini. Inilah yang dinamakan ilmu wahyu, yang dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang kita pelajari untuk memikul amanah yang Allah berikan kepada kita. Ilmu wahyu membawa kita memahami dan mentadabbur al-Quran, bukan saja kepada akal, tapi kepada hati juga. Sebab itulah Allah sebut di dalam al-Quran, orang yang terkunci hatinya ialah orang yang tak dapat mentabbur al-Quran. Firman Allahs.w.t:-

“Maka tidakkah mereka menghayati al-Quran,atau hati mereka yang terkunci” (47:24)

Kalau hati sudah terkunci, bagaimana hendak mentadabbur al-Quran? Ramai orang pandai membaca al-Quran dan mengkhatamkan al-Quran, termasuk orientalis barat. Mereka bukan setakat membeli dan membacanya, malah mengkaji kitab suci ini secara detail. Malangnya apa yang mereka lakukan tidak memberi kesan kepada hati dan jauh daripada hidayah. Tapi dimanakah kita hendak mencari orang-orang yang mentadabbur al-Quran? Apabila mereka mentadabbur al-Quran, mereka dapat memahami isi kandungan ayat-ayat suci ini dengan hati mereka. Cara mentadabbur ayat-ayat suci ini tidaklah sama seperti membaca surat pekeliling, surat agreement dan lain-lain. Sebab itulah Allah turunkan Al-Quran untuk hati, supaya apa-apa yang Allah sampaikan masuk ke dalam hati manusia, sehingga kita perasan dan terasa apakah benda yang ingin disampaikan. Cuba anda bayangkan, samakah mendengar ceramah dengan melihat wajah penceramah atau hanya mendengar rakaman suaranya sahaja? Apabila melihat wajah penceramah, kita dapat melihat mimik mukanya sama ada gembira, marah atau sedih. Barulah ceramah yang disampaikan sekali dengan perasaan itu memberi impak kepada hati setiap hadirin. Untuk memahami dengan hati tidak memerlukan ijazah tertentu, atau ilmu hingga peringkat tertentu seperti akal, supaya dapat memahaminya. Ramai mak cik-mak cik yang tidak bersekolah pun boleh menangis bila menonton drama, cerekarama dan sinetron yang ditayangkan di kaca tv, sudah tentulah kerana mereka menghayati apa yang ditonton dengan hati!

Amalan-amalan zahir juga dapat mengotorkan hati. Bagaimana? Di sini saya ingin bawakan firman Allah s.w.t:-

“Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali jika kamu diizinkan untuk makan tanpa menunggu waktu masak(makanannya), tetapi jika kamu dipanggil maka masuklahdan dan apabila kamu selesai makan, kelurlah kamu tanpa memanjangkan percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu mengganggu Nabi sehingga dia(Nabi) malu kepadamu(untuk menyuruhmu keluar), dan Allah tidak malu(menerangkan) yang benar.Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka(isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti(hati) Rasulullah dan tidak boleh pula menikahi isteri-isterinya selama-lamanya setelah nabi wafat. Sungguh yang demikian itu sangat besar dosanya di sisi Allah,”(33:53)

Ayat di atas mengandungi banyak hikmah. Tapi, secara keseluruhannya, ayat ini menyuruh kita supaya mempunyai hati yang sensitif, supaya kita dapat tahu perasaan orang lain tanpa dia memberitahunya kepada kita. Dalam kisah ini, Allah swt menegur para sahabat yang selalu hendak berdampingan nabi. Tapi mereka kurang faham kesibukan Nabi. Tujuan sahabat duduk dengan nabi adalah supaya mendapat berkat dan melihat wajah nabi mendapat pahala. Jadi, semua sahabat hendak duduk dekat nabi dan bilangan mereka bukanlah sedikit. Rumah nabi pula tidak begitu besar untuk memuatkan mereka semua. Sahabat yang datang juga hendak makan di rumah Nabi, sehingga ada yang datang awal sebelum waktu makan. Perasaan sahabat memanglah sangat baik untuk berdampingan dengan nabi, tapi mereka perlu faham keadaan nabi yang sibuk. Kemudian Allah menegur lagi, jika sudah habis makan, terus pulang tanpa bersembang panjang. Dan ada dikalangan para sahabat yang datang hendak meminta sesuatu kepada isteri nabi. Allah menyuruh mereka memintanya melalui belakang tabir. Orang yang meminta itu adalah para sahabat, orang yang terbaik selepas nabi dan orang yang memberi itu adalah isteri-isteri nabi, orang-orang yang terbaik di kalangan umat Nabi, ibu-ibu orang mukmin. Aisyah adalah ibu kepada Saidina Umar ra dan Hafsah adalah ibu kepada Saidina Abu Bakar ra. Walaupun hendak meminta barang daripada ibu pun Allah tetap menyuruh para sahabat supaya melalui tabir. Dan ayat ini pula bukan diturunkan kepada para sahabat dan isteri-isteri nabi sahaja. Jika para sahabat orang yang paling baik, meminta kepada isteri nabi yang juga orang paling baik pun dikenakan hijab, inikan pula kita yang kurang baik daripada mereka, lebih-lebih lagilah perlu kena hijab. Sebab apa kena hijab? “Cara yang demikian lebih suci bagi hatimu dan hati mereka”. Jadi Allah mengajar kita supaya hati kita tidak kotor. Dengan suatu pandangan akan masuk ke hati dan mengotorkannya.

Jadi hati dapat menggunakan jasad untuk beramal(kerja baik) dan untuk kerja-kerja yang tidak baik. Jika hendak berubah menjadi baik, periksalah hati kita. Jika hati masih keras, gelap, hitam dan terkunci susah untuk berubah melainkan dengan melembutkan hati itu kembali seperti firman Allah swt:-

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram,” (13:28)

“maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada,” (22:46)

Dec 6, 2009

Pathogen

Salam alaykum semua!
Apa khabar iman kita? Harapnya iman kita itu sentiasa disirami ,dibajai supaya ianya subur-subur sahaja,tidak layu, dan tidak mati.

Oh ye, team MJB mengucapkan Selamat Hari Raya Eiduladha kepada semua! Minta maaf lah,lmbt sungguh wishnya. Semoga semua pengorbanan kita diterima oleh ALLAH s.w.t. Tak kisahlah kambing ke, lembu ke, masa,tenaga,wang dan lain2.Asalkan semuanya diniatkan kerana ALLAH,iA ganjaran yg besar akan menanti kita.

Koshari skrg sdg giat menelaah subject Microbiology and Immunology. Nanti ada exam. Exam atas dunia memg kita tahu tarikhnya. Tapi exam di akhirat? Macam mana pula agaknya persediaan kita ya?? mmmm....

Oh ye, sbnrnya nak bercakap tntg immunology.
Koshari pasti ramai aje yg maklum apa maksud immunology kan.

Pertahanan. Defence. Kalau dalam medicine, maksudnya ialah mechanisms yang dilakukan oleh badan untuk menentang mana-mana bendasing (pathogen) yang cuba untuk masuk ke dalam badan.Mechanismnya banyakkk (tu sampai pening2 nak hafal tu.huuu). Ada yang innate (sejak lahir lagi memg defence ni dah ada dalam badan).Tapi innate immunity ni tak terer sangat, sebab tak semua pathogens dia bleh buang so, ada satu lagi jenis immunity. Iaitu acquired immunity. Acquired immunity ni terhasil bila mana-mana sel dalam badan kita dah dijangkiti pathogen. Akan ada tindak balas yang berlaku, smpi akhirnya pathogen tersebut dapat dihapus dan dibunuh.Acquired immunity ini juga akan menghasilkan sel-sel memory, supaya kalau2 pathogen yang sama menyerang badan sekali lagi di masa hadapan, tindak balas yang lebih pantas akan dilakukan.

Perasan tak?

'Bendasing' akan sentiasa cuba masuk ke dalam hati kita, sama seperti pathogen (virus, bacteria,parasite) yang cuba untuk invade badan kita. 'Bendasing2' ni akan memusnahkan hati kita, sama seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang merosakkan sistem pertahanan pesakit2 AIDS. Perlu untuk koshari ingatkan disini, bahawa pesakit AIDS bukanlah akan tiba2 aje mati, bahkan 7 ke 10 tahun selepas jangkitan adalah sebenarnya fasa tanpa symptoms (asymptomatics). Begitu juga dengan hati kita, bukannya akan tiba2 mati,tapi sebenarnya keimanan dalam hati itu akan terHAKIS.terhakis, sedikit demi sedikit.Bukannya sekaligus ranap.

Bila symptomnya adalah HAKISAN,maka ramai antara kita tak sedar.Rasa macam iman dalam hati ni kuat aje lagi, tak yah nak risau2 etc. Leka, dan terus leka.Rasa macam rilex aje tengok MVs kat youtube yg sebenarnya tak solehah. Rasa macam rilex je nak bgtahu kat org lain perkara tak solehah apa yg kita dah lakukan....

IMAN= IMMUNITY

Iman adalah immunity (defence) kepada hati kita.
Hati kita pula adalah raja kepada anggota badan kita yang lain.
Raja kepada mata.Raja kepada tangan.Raja kepada mulut. Raja kepada telinga.
Bahkan Raja kepada otak kita.
Kita kan dah selalu baca and nyanyi lagu Hadith 6 tu, of course lah sudah sangat beriman dgn hadith tersebut bukan?

Jadinya, bila kita sudah agree bhw iman adalah immunity kepada hati kita,sangat2 pentinglah utk kita memastikan bhw immunity hati kita itu sentiasa dalam keadaan yg baik, yg teguh, yg tidak terhakis walau sedikit pun. Kalaulah kita makan antibiotik berkotak2 untuk pastikan immune system kita sentiasa hebat utk lawan bacteria, apatah lagi hati kita kan? Iman juga perlu dipastikan sentiasa berada pada level yg terbaik.

Immunity ada yang innate,ada yg acquired.Iman juga innate,yang sudah ada dalam diri masing2.Tapi perlu utk kita ingat bhw innate shj tidak cukup utk lawan pathogen. Sebab tu ada ujian2 yang ALLAH kurniakan.Ujian2 yang ALLAH kurniakan adalah untuk tingkatkan iman, tingkatkan immunity kita. Ibarat acquired immunity yang diaktifkan oleh pathogen2 yang hebat, begitulah juga iman kita, akan diaktifkan dan dipertingkatkan lagi dengan ujian2 yang allah kurniakan kepada kita.

Memory Cells memainkan peranan yang sangat penting utk memperkasa immunity badan.
Lantas, peringatan-peringatan dari org lain juga adalah sangat penting utk memperkasa iman kita. Duduk sorang2 memang bukan BUKAN satu solution.

Bila duduk sorang2 bukan satu solution, kita akan duduk ramai2.
Tapi bila duduk ramai2, pastikan kita cari tempat yang baik,tempat yang boleh membantu kita.
Macam kita nak elakkan diri dari dijangkiti parasitic diseases lah.Kita takkan pergi minum air or mandi kat Sungai Nil, nanti terkena billharziasis. Kita akan cukup berjaga-jaga bila goreng ikan talapia,akan goreng laaama-lama supaya tak dijangkiti heterophyiasis. Cuba elakkan diri dari perkara2 yg akan melemahkan immunity hati; iman kita. Sebab kita perlu ingat bahawa syaitan tu adalah saaangat expert. dah berjuta2 tahun dia lakukan kerja yg sama, hari2. Jadi, berhati2 lah kalau anda terfikir utk 'mencabar' keimanan diri sendiri.

Akhir sekali, sentiasa lah berdoa kepada ALLAH agar hati kita sentiasa ditetapkan dalam IMAN.
Allah kan pemegang hati2 kita. kan? kan? Rugilah kita andai kata kita yg dah bergelar islam dan dikatakan berIman ini tidak berusaha sehabis baik utk betul2 menjaganya. Kalau iman kita merajuk n lari sebab kita tak nak jaga dia, siapa yg rugi agak2nya ya?
Fikir-fikirkan.....

salam.

Nov 24, 2009

...






kecil
sekecil ini
ya!ini
apa kamu tidak nampak?
Memang kamu tidak akan nampak
Kerana ia memang kecil
Begitu kecil
Sekecil ini

Tuhan
Ia begitu kecil
Namun mengapa
Ia berat di hatiku
ia kelihatan besar
hampir menutup sebahagian pandanganku
ia menyesakkan
menyekat corong nafasku
yang semakin tercungap-cungap
membuatkan aku merasa
nadi seolah-seolah telah mati
dan jantung seakan-akan sudah lama berhenti





Tuhan!!
Ruginya aku ya Allah
Menzalimi diri sendiri
Terngiang-ngiang di gegendang telingaku
“fasik setelah beriman”
“fasik setelah beriman”
“fasik setelah beriman”
Apa itu ya Allah?
Beriman ertinya yakin sesudah tahu
Namun fasik?
Melumpuhkan anggota kerana hawa
Menolak wahyu kerana tak kena rasa

Allah
Akal akan sentiasa berfikir
Tangan akan sentiasa bergerak
Kaki akan sentiasa melangkah
Mereka sentiasa taat ,Tuhanku
Tidak sekali-kali ingkar
Andai tidak ada perkara besar yang hadir
Maka akal mula menjenguk perkara dunia yang remeh
Tangan akan cuba mencoret rasa yang tidak perlu
Dan kaki mula melangkah ke situ
Melewati lorong-lorong jurang neraka
Panas tetapi berhawa
Busuk tetapi selesa

Tuhanku
Andai Engkau biarkan aku memberatkan rasa sekecil itu
Maka ia seolah-olah menjadi racun yang diteguk
Diam menjalar ke urat-urat nadi
Sunyi
Tanpa sakit tanpa rasa tanpa tanda
Bisanya hanya disedari
Apabila gadis itu tadi
Jatuh dan
MATI

Nov 21, 2009

-dari Dia,untuk kita-



”Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Dia telah menciptakan manusia dari mani,ternyata dia menjadi pembantah yang nyata.

Dan haiwan ternak telah diciptakannya untuk kamu,padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai manfaat,dan sebahagiannya kamu makan.

Dan kamu memperoleh keindahan padanya,ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya( ke tempat penggembalaan)

Dan ia mengangkut beban-bebanmu dari suatu negeri yang kamu tidak sanggup mencapainya, kecuali dengan susah payah. Sungguh Tuhanmu Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Dan Dia telah menciptakan kuda,bagal, dan keldai untuk kamu tunggangi dan (menjadi ) perhiasan.Allah menciptakan apa yang kamu tidak ketahui.

Dan hak Allah menerangkan jalan yang lurus,dan diantaranya ada (jalan) yang menyimpang. Dan jika dia mengkehendaki,tentu Dia memberi petunjuk kamu semua (ke jalan yang benar)Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman,sebahagiannya (menyuburkan tumbuhan). Padanya kamu menggembalakan ternakmu.

Dengan (air hujan) itu, Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman,zaitun,kurma anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.

Dan dia juga mengendalikan apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran.


Dan Dialah yang menundukkan lautan(untukmu),agar kamu dapat memakan daging yang segar (ikan) darinya,dan (dari lautan itu) kamu mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai.Kamu (juga) melihat perahu berlayar padanya,dan agar kamu mencari sebagian kurnianNya,dan agar kamu bersyukur.

Dan Dia menancapkan gunung di bumi agar bumi tidak goncang bersama kamu,(dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.

Maka apakah (Allah) yang menciptakan sama dengan yang tidak dapat menciptakan (sesuatu)?Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun ,Maha Penyayang.”

(16:3-18)
(An-nahl:3-18)

Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar...
Betapa banyaknya nikmat yang telah Allah kurniakan untuk kita.
Ya! Untuk kita..
untuk kita sebagai hambanya. Seorang bos di sebuah syarikat telah melantik seorang pekerja untuk bekerja di syarikatnya. Bos tersebut telah menyediakan kemudahan yang amat lengkap dalam bilik pekerja tersebut. Diberinya bilik berhawa dingin, set komputer keluaran yang paling latest, kerusi, meja,almari dari kayu yang paling berkualiti,set sofa yang empuk untuk memberikan keselesaan kepada si pekerja untuk berbincang dengan client2. bilik itu pula di letakkan pada sudut yang sangat strategik. Dari tingkap bilik tersebut,dapat dilihat pemandangan yang menghijau.sedap mata memandang,memberi peluang kepada si pekerja untuk melepaskan stress bekerja dan menenangkan fikiran.

Akan tetapi...

Malang sungguh!
Setelah diberikan kemudahan yang begitu banyak,si pekerja itu langsung tidak menggunakan kemudahan itu sebaik-baiknya. Digunakan set komputer yang latest itu ke arah yang tidak memanfaatkan dirinya.main game,tengok movie,dll. Digunakan set sofa yang empuk itu untuk tidur. Pokoknya,segala perbuatan si pekerja itu langsung tidak memberi pulangan,tidak menguntungkan syarikat tersebut.

Saya ingin bertanya,jika kita berada di tempat bos tersebut,apakah yang kita rasa?

Mesti marah kan? Tak pun,pecat jelah pekerja tu,buat pe nak simpan pekerja yang tak mendatangkan untung kn?

Hurm..

Cuba kita refleks balik diri kita.seandainya kita yang menjadi pekerja itu,dan Allah adalah bosnya.



Allah dah sediakan ’office’ (alam) yang sangat best kat kita,penuh dengan kelengkapan
yang sangat canggih,
yang sangat unik,
yang sangat istimewa untuk kita.
yang kita sebagai hamba tak terfikir dek terbatasnya ilmu kita jika dibanding dgn ilmu Allah yang Maha luas.

Dengan nikmat yang tak terhitung banyaknya itu,
bagaimana kita sebagai seorang hamba menggunakannya?
bagaimana kita memanfaatkan kemudahan itu?
Adakah kita melaksanakan suruhan Allah?
Adakah setiap apa yang kita buat berlandaskan syariatNya?
dan...
adakah kita telah memenuhi tujuan penciptaan kita?

Dalam kehidupan,kita tak lari dari melakukan kesalahan. Ada kesalahan secara tak sengaja, dan ada juga secara sengaja. Tapi, Allah tak pecat kita.Allah tak buang kita.
Namun sebaliknya,Allah masih lagi mengurniakn nikmatNya untuk kita.
Baikkan Allah?
Masih lagi beri kesempatan kat kita untuk menjadi hambaNya.
Masih lgi memberi peluang untuk kita bertaubat
Memberi peluang untuk kita sedar, dan kembali semula kepada tujuan penciptaan kita.



Allah dah state kan dgn jelas,dlm manual kita iaitu Al-Quran,yang semua nikmat tu untuk kita..
Jadi apa tindakan kita?

Mari kita sama2 koreksi diri!

(2:30) & (51:56)

p/s : nak share satu lagu yang best -open your eyes by Maher Zain-

Nov 18, 2009



Hidup
Celaru dan kotor
Sungguh!sungguh bercelaru
Debu
Butir-butir pasir menampar pipi
Barangkali mahu mengejutkan aku dari lena
Lena yang terlalu panjang
Yang merugikan dunia

Allah
Di sini
Allah
Di situ
Maka mengapa aku mencari mereka
Mengapa aku mencari dia
Sedangkan mereka tidak ada
Dan tidak selalu ada untukku
Tapi Allah
Meskipun sibuk mentadbir dunia
Menyusun semesta
Namun sentiasa ada masa untukku
Lalu kenapa aku terus menerus mencari mereka?


Nov 17, 2009

Saya budak medik=)

"Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (2:195)

Untuk kesekian kalinya, aku kembali merenung diri. Terasa setiap langkah semakin berat, semacam ada beban yang sangat berat untuk dipikul. Dosakah?

Jika kamu hidup untuk dirimu sendiri, maka kematian akan mematikanmu.
Jika kamu hidup untuk orang lain, kematian tidak akan mematikanmu.

Berada dalam kelompok pelajar perubatan, masing-masing pasti dapat memahami bagaimana pahit dan manis hidup sebagai pelajar perubatan, dan sudah dapat menduga-duga bagaimana halnya dan sibuknya kita nanti bila sudah menjadi medical officer.

Namun dalam semua kepayahan yang diharungi, tetap terselit rasa manis, bangga dan bahagia, walau berdepan dengan timbunan buku yang sukar difahami, masih lagi boleh tersenyum. Kerana dia tahu, hidupnya nanti bakal memberi sinar dan bahagia buat manusia lain, hidupnya nanti, akan sentiasa memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Bahagiakan? Biar berlelah, biar bersusah, demi melihat seulas senyuman manusia lain!

Tapi, pada satu sisi yang lain, kekosongan akan dirasai jika kita hanyut dalam dunia perubatan semata, dengan alasan sibuk study. Study 24 jam kah?

Sekarang ini kita kata kita sibuk study, kemudian bila masuk ke alam pekerjaan, kata sibuk HO pula, kemudian sibuk MO, kemudian sibuk specialist, kemudian sibuk sub-specialist, kemudian...
[jangan jadi robot ye~]

Tanpa kita sedar, hidup kita tak ubah seperti robot, hanya mengikut acuan arus perdana. Bila semua doktor mahu menjadi specialist, kita juga mahu seperti itu, ikut saja tanpa fikir! Bila semua doktor mahu buat kerja di hospital swasta kerana gaji tinggi, kita pun mahu juga. Huhu..

Kenapa perlu jadi robot, sedangkan kita hidup di dunia ini bebas dari perhambaan sesama manusia, untuk hidup mengikut fitrah manusia yang sebenarnya. Hamba Allah sahaja!

Firman Allah:
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (1:5)

Setiap kali aku rasa kosong, aku perlu pastikan di mana silapnya. Kita hidup sebagai sebagai seorang muslim, bukan saja-saja Allah pilih kita. Ada tugas dan tanggungjawab buat hambaNya, tanda kasih-sayangNya pada kita.

Hendak dicari masa, barulah kita akan tunaikan janji kita padaNya, sampai bila-bila pun kita akan terus beralasan. Masa itu kita yang tentukan ada atau tidak, bukannya ikut flow apa yang berlaku di sekeliling.

Kalau kita dah sediakan masa untuk Islam, pasti ada masa itu. Pasti! Mari kita sama-sama bermimpi menjadi penolong agama Allah di muka bumi, sekali dengan usaha ye!~

Jom jadi MUSLIM doktor, moga kita berjaya dunia akhirat. Amiin.

pemimpi syahid di jalanNya,
Lu'lu.

Nov 14, 2009

KLIK KLIK


[klik untuk paparan jelas]

Either we make history, or we become history

Nov 10, 2009

sesak


aku mencari-cari di setiap ufuk bumi.
mana??
mana dia??
manusia bergerombolan.
pandangan aku tersekat.
tempat ini sesak!!
sesak dengan benda2 kotor yg dihiasi dengan indah sekali.
ketepi manusia!!
ak mahu cari dia!

ak mahu lari tapi terhalang dgn tujahan manusia berlawanan arah.
ak mahu redah tp ditarik oleh tangan2 yg lemah gemalai.
mengusap2 lembut, mengenggam erat jari jemariku.
selesa, tp ak xmahu!
ak tahu kalau aku ikut arus, ak bodoh.
ak akan hanyut bersama manusia yang tak tahu apa2 tentang hakikat dunia.
ak tahu kalau aku tak kuat melawan arus, ak xkan dapat sampai ke sana.

dulu aku hanyut.
dan bile ak tsedar, aku rasa amat kotor sekali.
ak xmahu org lain jadi macam aku.
dulu aku rasa aku kuat.
aku yakin aku xkan terjerumus.
tp pegangan xselamanya teguh kawan.
walau seutuh mane kau kata, ak xpercaya lagi.
buktinya??? ak sendiri jadi bukti.
dan kau sendiri jadi bukti teori aku ini.

dan sekarang, ak mahu ke sana.
tempat yg suci, dipenuhi org2 yg suci,
yg menghargai nikmat iman dan islam yg suci,
tempat yg bersih dari sampah2 kehidupan,
dari parasite2 maksiat,
dari antigen2 zina,
tempat yg sgt suci.
tempat yg aku cari selama aku di sini.

kau,
kau mahu ikut atau x??

Indahnya ukhuwwah!



Indahnya ukhuwwah! Pernahkah anda merasai begitu?? Setiap hari kita bertemu dengan insan lain..beramah mesra,bergurau senda,berkasih sayang..Bukankah ianya suatu nikmat yang sangat besar??Apatah lagi ianya diberikan hanya kepada orang2 yang beriman..



"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"(Al-Hujurat:10)

Tetapi apabila kita berukhuwwah,adakah kita menunaikan hak2nya??Ataupun kita mengambil ringan hak saudara kita?

1-Memberi salam:hukumnya sunnat muakkad & menjawabnya wajib.
2-Menghadiri jemputan terutama majlis perkahwinan:menghadiri jemputan majlis perkahwinan wajib jika berkelapangan.
3-Mendoakannya ketika dia bersin:hukumnya sunnat muakkad
4-Memberi nasihat apabila diminta
5-Menziarahinya ketika sakit
6-Mengiringi jenazahnya

"Serendah-rendah ukhuwwah itu berlapang dada & setinggi-tinggi ukhuwwah itu ithar(mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri)"

Dalam sirah terlalu banyak contoh ithar para sahabat yang boleh kita ambil sebagai ikhtibar.Contohnya ketika perang Yarmuk,kisah antara Ikrimah bin Abu Jahal,Ayyash dan Al-Harith.Ketika itu mereka cedera parah.Salah seorang daripada mereka meminta air dari tentera Islam yang lain.Ketika tentera Islam itu hendak memberi air tersebut,peminta air itu terdengar suara sahabatnya meminta air lalu menyuruh tentera Islam itu memberi sahabatnya air.Lalu tentera Islam itu pergi ke sahabatnya itu.Ketika tentera Islam itu hendak memberi air kepadanya,dia terdengar suara sahabatnya yang ketiga meminta air.Lalu menyuruh tentera Islam itu memberi air kepada sahabat ketiga.Apabila tentera Islam itu tiba kepada sahabat ketiga,sahabat itu menyuruh tentera Islam itu memberi air tersebut kepada sahabat yang pertama.Akhirnya ketiga-tiga sahabat itu syahid kerana ithar kepada sahabat yang lain.Semoga Allah merahmati mereka.

Semoga kita sama2 mencapai martabat tertinggi dalam ukhuwwah juga tergolong dalam golongan orang yang mendapat naungan arsy Allah kerana bertemu & berpisah keranaNYA

Sekadar peringatan bagi diri yang alpa..

p/s:Uhibbukunna Fillah akhawat!