Nov 17, 2009

Saya budak medik=)

"Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (2:195)

Untuk kesekian kalinya, aku kembali merenung diri. Terasa setiap langkah semakin berat, semacam ada beban yang sangat berat untuk dipikul. Dosakah?

Jika kamu hidup untuk dirimu sendiri, maka kematian akan mematikanmu.
Jika kamu hidup untuk orang lain, kematian tidak akan mematikanmu.

Berada dalam kelompok pelajar perubatan, masing-masing pasti dapat memahami bagaimana pahit dan manis hidup sebagai pelajar perubatan, dan sudah dapat menduga-duga bagaimana halnya dan sibuknya kita nanti bila sudah menjadi medical officer.

Namun dalam semua kepayahan yang diharungi, tetap terselit rasa manis, bangga dan bahagia, walau berdepan dengan timbunan buku yang sukar difahami, masih lagi boleh tersenyum. Kerana dia tahu, hidupnya nanti bakal memberi sinar dan bahagia buat manusia lain, hidupnya nanti, akan sentiasa memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Bahagiakan? Biar berlelah, biar bersusah, demi melihat seulas senyuman manusia lain!

Tapi, pada satu sisi yang lain, kekosongan akan dirasai jika kita hanyut dalam dunia perubatan semata, dengan alasan sibuk study. Study 24 jam kah?

Sekarang ini kita kata kita sibuk study, kemudian bila masuk ke alam pekerjaan, kata sibuk HO pula, kemudian sibuk MO, kemudian sibuk specialist, kemudian sibuk sub-specialist, kemudian...
[jangan jadi robot ye~]

Tanpa kita sedar, hidup kita tak ubah seperti robot, hanya mengikut acuan arus perdana. Bila semua doktor mahu menjadi specialist, kita juga mahu seperti itu, ikut saja tanpa fikir! Bila semua doktor mahu buat kerja di hospital swasta kerana gaji tinggi, kita pun mahu juga. Huhu..

Kenapa perlu jadi robot, sedangkan kita hidup di dunia ini bebas dari perhambaan sesama manusia, untuk hidup mengikut fitrah manusia yang sebenarnya. Hamba Allah sahaja!

Firman Allah:
"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan." (1:5)

Setiap kali aku rasa kosong, aku perlu pastikan di mana silapnya. Kita hidup sebagai sebagai seorang muslim, bukan saja-saja Allah pilih kita. Ada tugas dan tanggungjawab buat hambaNya, tanda kasih-sayangNya pada kita.

Hendak dicari masa, barulah kita akan tunaikan janji kita padaNya, sampai bila-bila pun kita akan terus beralasan. Masa itu kita yang tentukan ada atau tidak, bukannya ikut flow apa yang berlaku di sekeliling.

Kalau kita dah sediakan masa untuk Islam, pasti ada masa itu. Pasti! Mari kita sama-sama bermimpi menjadi penolong agama Allah di muka bumi, sekali dengan usaha ye!~

Jom jadi MUSLIM doktor, moga kita berjaya dunia akhirat. Amiin.

pemimpi syahid di jalanNya,
Lu'lu.
Categories:

3 comments:

Bungakopi said...

satu pekerjaan yg mulia~jika dgn ikhlas

Motivasi Kerja said...

Assalamualaikum Doktor! :)
Bagusnya menjadi seorang doktor. Belajar menyelamatkan nyawa orang lain. Besar pahalanya. Mungkin sukar dalam usaha nak jadi doktor tapi besar pahalanya andai dapat berbakti dan menyelamatkan nyawa orang lain.

lu'lu' said...

to bungakopi:
betul tu! kalau niat,benda yg paling pertama sekali dalam menentukan yg kita buat itu ibadah atau adat sudah salah, sia2 lah usaha penat lelah kita kan?

ikhlas mmg elemen yg sgt pntg, kalau x ikhlas kerana Allah,mmg susah utk jadi doc yg baik...

to motivasi kerja:
wslm=)alhmdulillah,ini kerja Allah, dan itulah yg terbaik iAllah..perjalanan mmg sukar,sbb tu sgt3 perlu untuk sntiasa periksa niat kita supaya apa yg kita buat sntiasa dlm redhaNya,beroleh ganjaran dariNya..

doakan jadi doktor jasad yg baik, dan doktor hati2 manusia juga^_^
amiiin......jzkk