Jun 27, 2009

Kopi Susu


Salam w.b.t

Secara jujurnya,aku tak suka minum kopi. Melainkan jika keadaan tubuh badanku mahu bekerja lebih keras dengan study lewat malam,maka aku akan mengambil kopi. Kopi atau Caffeine dapat membuatkan otak kita lebih alert,maka boleh la nak kata yang kita akan stay up dan belajar malam itu

Aku ke dapur. Sambil menunggu air panas menjadi masak,aku capai gelas dan satu paket serbuk kopi. Setelah air sudah siap masak semua, aku masukkan serbuk kopi tadi,tuang air dan letakkan sedikit susu. Hal ini kerana aku tidak suka minum kopi begitu sahaja,pun tak suka kalau letak gula untuk membuatkan ia lebih manis. Aku lebih suka tambahkan susu.

Warna hitam kopi tadi berubah. Tapi ia tidak berubah kepada warna putih susu. Ia jadi warna cokelat terang. Aku tidak puas hati,lalu aku tuang lagi banyak susu. Habis susu kotak aku dibuatnya.

Hasrat aku untuk minum kopi dengan kadar yang segera tergendala seketika gara-gara tindakan aku waktu itu yang mahu membuat eksperimen la kononya.

Sambung tadi,aku letak banyak susu. Pelik tapi benar. Kopi tadi tetap tidak berubah jadi warna putih seperti susu. Rasanya pun bukan seperti susu. Ia tetap KOPI SUSU.

Aku berhenti berkelakuan sedemikian. lalu aku cuba mentafsir tentang apa yang telah diajarkan kepada aku hari ini. Kopi campur susu hasilnya tetap KOPI SUSU,walaupun kita letak sebanyak mana sekalipun atau berkotak-kotak susu dalam kopi tersebut. tetap KOPI SUSU

Hurmmm..

===============================

Aku telah diajar tentang analogi kopi susu ini. Kita andaikan kopi itu Jahiliyyah manakala susu tadi ialah amalan-amalan kebaikan yang kita lakukan.

Andai kita campur adukkan amalan kebaikan yang kita selalu buat dengan amalan Jahiliyyah kita yang susah nak tinggal,maka hasilnya bukanlah seratus peratus kebaikan. ia tetap Jahiliyyah+kebaikan.
Cacat la bunyinya.

Jahiliyyah itu bukan setakat memberi maksud bodoh,jahil,dungu dan sebagainya. Amalan atau apa-apa yang bukan Islam atau apa-apa yang Islam tidak 'menyerap' di dalamnya,maka ia juga dipanggil Jahiliyyah.

Dan apakah amalan Jahiliyyah yang masih bersisa dalam diri pemuda-pemuda Islam masa kini?
Tepuklah dada,tanya Iman masing-masing

Islam itu tegas bukan? kerana Islam tidak pernah terima pencampuran antara dua elemen yang sangat sangat berlainan.Masuk Islam,masuklah secara keseluruhannya. Bukankah Islam itu cara hidup yang terbaik,diajarkan oleh contoh manusia yang terbaik yakni Rasulullah S.A.W. Islam itu jualah yang diredhai oleh Yang Maha Kuasa.



oleh itu,mulai hari ini aku seperti mahu menjadi insan yang baru. Mahu menjadi orang Mukmin yang sentiasa bertaubat kepada Maha Penyayang di atas salah silapnya dan tidak sesekali mahu menjadi orang Fasik yang sentiasa melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa.

Sudah tentu,aku tidak mahu jadi baik sorang-sorang.
Sebab aku tidak mahu masuk syurga sorang-sorang
Aku mahu jumpa ramai orang di syurga nanti,memberi salam buat orang-orang kesayanganku,bergembira dan berbahagia bersama para penghuni syurga dan sudah tentu,aku ingin merasa nikmat berjumpa dengan Pencipta aku.

Aku mahu ajak kalian duduk sejenak dan berfikir.
Berfikir untuk apa kita dijadikan sebenarnya dan berfikir hikmah mengapa kita terpilih menjadi umat pertengahan,umat Muhammad

Sayonara Jahiliyyah~
(2:208)

p.s: Buat sahabat perjuanganku yang bakal pulang ke tanah air,selamat pulang semua. Tidak sabar mahu berjumpa semula dengan kalian nanti

0 comments: