Jun 17, 2009

Hakikat Menuntut Ilmu, Adakah Kita Benar-Benar Memahaminya?


Menuntut ilmu…

Teringat zaman sekolah dulu, ustaz selalu pesan,”Tuntutlah ilmu kerana Allah”. Masih terngiang-ngiang kata-kata itu di telingaku. Menuntut ilmu memang banyak kelebihan.

Para ulama umpama bintang-bintang di langit yang menerangi kegelapan lantaran ilmu yang mereka miliki adalah nur (cahaya). Mereka dapat melihat, memehami apa yang orang lain tidak dapat. Melalui ilmu juga kita dapat mengetahui sejarah lalu, perkara ghaib dan lain-lain. Ilmu itu adalah iman kepada amal. Allah telah mewahyukan ilmu kepada nabi menerusi Surah Iqra’. Ya, melalui ilmu lahirnya iman. Jikalau tiada ilmu, tak kenallah kita pada Sang Pencipta. Maka, tidaklah merasa gementar tatkala ayat-ayat Allah dialunkan. Seperti yang termaktub di dalam al-Quran,

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. (35:28)

Di sni terdapat satu hadis,

طلب علم فريضة على كل مسلم


Menuntut ilmu fardhu bagi setiap muslim. HR Ibnu Majah.

Perkataan ‘fardhu’ di sini bererti ‘wajib’. Wajib bagi setiap muslim untuk menuntut ilmu. Maksud wajib, jika tidak melakukannya adalah berdosa, sebaliknya apabila kita melaksanakannya mendapat pahala. Ini semua orang tahu. Dan, apa-apa saja yang membawa kepada perkara wajib itu juga menjadi wajib. Contohnya seperti mengambil wuduk untuk mengerjakan solat. Jika menuntut ilmu itu fardhu (wajib), maka apa-apa yang membawa kepada menuntut ilmu juga mestilah wajib! Apa ya? Study? Fikir-fikirkan.


Menerusi hadis ini juga, dapat kita fahami bahawa islam meletakkan ilmu tu pada ‘high status’. Apabila ilmu itu dikatakan wajib, maka, ilmu itu tidak boleh ditinggalkan oleh sebab lain. Ilmu itu tidak boleh dikeduakan. Ilmu itu jadi sebahagian daripada ibadah. Ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah, cinta pada keagungan-Nya dan yakin akan kekuasaan-Nya.

Menuntut ilmu juga rohnya fardhu, lain daripada roh perkara-perkara sunat. Rasanya lain apabila membuat perkara fardhu berbanding yang sunat. Ia meng’connect’kan kita kepada Allah, menghubungkan antara langit dan bumi sehingga mencetuskan perasaan ‘rabbani’. Hati menjadi lapang dan tenang tatkala melakukannya. Langsung tidak ada gusar. Inilah contoh teladan buat kita daripada bijak pandai dahulu kala. Mereka menguasai ilmu dalam pelbagai bidang dan mengarang berjilid-jilid buku. Hebat bukan? Sebab itulah mereka cemerlang. Nama-nama mereka tidak asing lagi bagi kita seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Haitham dan banyak lagi. Semakin banyak benda yang dikaji,semakin banyak penemuan baru, semakin bertambah iman, cinta dan tawakkal kepada Allah. Semangat mereka berkobar-kobar hendak menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat itu kepada orang lain. Firman Allah s.w.t di dalam Surah Ali Imran 2:190-191,

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka,”

Jika kita lihat zaman sekarang, menuntut ilmu itu semata-mata hendak lulus cemerlang dalam exam. Untuk apa? Apabila mendapat keputusan yang bagus dapatlah tawaran belajar ke luar negara, dapat masuk universiti yang terkenal dan lain-lain. Perasaan tenang sudah tiada. Bila belajar rasa tertekan, bosan dan sakit kepala dengan terminologi-terminologi yang memeningkan. Niat belajar sebagai ibadah sudah hilang. Bahkan, semakin bertambah ilmu, semakin ramai yang menjadi athies. Nau’zubilah. Inilah hakikat sekarang.

Sesunggunya, jika kita benar-benar menuntut ilmu, ilmu itu tidak akan selama-lamanya membawa kita kepada kefasikan. Sewaktu zaman mesir purba, ilmu-ilmu yang mereka temui banyak digunakan untuk sihir, mendekati pemerintah dan ada juga yang menyorokkannya daripada rakyat jelata. Keadaan ini berubah setelah islam tersebar. Setelah khilafah islamiah jatuh, orang-orang Eropah telah mengambil dan mengasingkan ilmu daripada unsur-unsur aqidah. Ilmu yang dituntut menjadi kering dan lahirlah teori-teori pelik seperti teori Darwin. Manusia dikatakan berasal daripada monyet. Menurut Freud pula, menuntut ilmu adalah satu tunggangan syahwat manusia untuk mendapatkan dunia. Teruknya!

Bukankah ilmu itu cahaya, mukjizat daripada Allah Yang Maha Esa? Tidak sepatutnya ilmu itu dikotori dengan kekotoran dunia dan dengan nawaitu-nawaitu yang bukan ‘rabbani’.Sabda nabi Muhammad s.a.w,

Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah membawa kepada ibadah, menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan memberikan perbelanjaan kepada ahlinya adalah qurbah (mendekatkan diri kepada Allah)”

Terfikir pula tentang masa depan sebagai seorang doktor yang terpaksa menempuh pelbagai peperiksaan dan kena belajar sepanjang hayat. Kalau tak periksa tak naiklah pangkat. Sebab bersama ilmu itu akan bertambah peranan dan tanggungjawab. Inilah kerjaya yang penuh dengan kejujuran, tiada penipuan bahkan semua ilmu yang diperolehi kena praktikkan di hospital. Jika kita betul-betul memahami hakikat menuntut ilmu sebagai ibadah, insya Allah, masa yang kita luangkan untuk menghafal dan belajar ilmu-ilmu kedoktoran ini tidak akan sia-sia. Peperiksaan demi peperiksaan yang kita lalui akan menambahkan iman, keyakinan dan kesyukuran pada-Nya. Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah dalam mengejar keredhaan-Nya.

P/s: Doakanlah kami, budak-budak medic ni!

1 comments:

novaadila said...

salam wbt..

pasal ilmu kan..

"ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah.."

kalau blaja ilmu agama, best, sebab 'boleh nampak jugak' amalan.

kalau blaja ilmu2 duniawi eg sains, maths, kurang nampak praktikal amalnya..
~buat kurang bersemangat nk blaja~

macam mana tu?

^_^