Jun 15, 2009

ISTIMEWA

Sahabat,
Jangan sedih
Dakwah kita manis
Dunia kita istimewa
Sebab syurga itu mahal

Sahabat,
Jangan kecewa
Hidayah kan milikNya
Hati-hati pun milikNya
Kita usaha je ye

Sahabat,
Aku risau
Kita kan dah berjanji bersama
Buat semua sebab Allah
Sebab benda lalai rosakkan hati
Lemahkan iman
Karat jahiliyah lambatkan langkah
Buang semua sekali cepat-cepat ye

Sahabat,
Kalau aku mati
Doakan aku sampai syurga ye
Dan aku akan tunggu semua
Kita main sama-sama
Seronoknya!

Sahabat,
Kau sangat istimewa untukku
Menangislah denganku
Aku akan lebih bahagia begitu
Sebab cita-cita dan impian kita sama
Kau faham kan?

Sahabat,
Jangan goyah
Tetapkan kakimu
Jalan ini masih panjang
Sukar untuk kita tafsirkan
Apa yang akan berlaku kemudian

Dan Allah sentiasa ada
Tidak kisah kita di mana
Atas langit atau dasar laut
Kekuatan hanya daripadaNya

Kita basmalah bersama ye
Bismillahirrahmanirrahim
******************************************************
Assalamualaikum=)
Sedikit pembuka bicara dari aku, sebagai penguat semangat dan janji kita bersama dalam mengharung dunia istimewa kita, perangsang untuk bekerja keras demi sebuah syahid. Boleh kan?

Mari buka buku baru, tinggalkan masa silam yang kelam, sebab kita dah ada kayu ukur untuk merangkul syahid, yang bukan calang-calang.

*Tribute to Allayarham Ammar Zulkifli*

dari,
AkuBukanRobot

1 comments:

rubu3-kilo said...

sgt bukan calang2..

saya sedih tp saya harus bangun.