Mar 26, 2010

Katakan TIDAK walau hati terlalu cinta!


Seringkali kita mendengar ungkapan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta!


Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri,rintangan dan dugaan untuk mendekatkan diri kepada Ilahi...


Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.


Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan memujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!


Muhasabah kembali cinta sesama sahabat seperjuangan kita yang didasari atas iman dan taqwa,kekadang kita melihat sahabat kita sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin bertadarus, berqiam,mendahului untuk solat berjemaah, berpuasa sunat, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa “semangat” Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, futur dan leka dengan hambatan duniawi..

Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin… biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya… demi cinta!


Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.


Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak… cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta kamu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai bila-bila..


..AL-HUBB FILLAH..


6 comments:

uttoh said...

allahuakbar..
jzkk ukhti ats post ni..
nice post.ketuk2.

klu marjan nk tgur uttoh,tegur je tau =)

jzkk ukhti.

marjan said...

jzkk..moga bermanfaat..
marjan tulis ni untuk mengingatkan diri ini juge..mohon ditegur jika diri lalai..

anisahshamilah said...

marjan,
jazakillah ukhti..
:)

nasihat tanda sayang..

Anonymous said...

Salam w.b.t

erk!artikel dr ust Pahrol kah..kn?
thanks berkongsi..

Bungakopi said...

waha..sedih skali mbaca entri ini. ntah kenapa. mengong tul aku.

semut said...

subhanallah!