Mar 18, 2010

Menyibukkan Diri Dengan Sesuatu Yang Bermanfaat

Dalam kehidupan seharian kita, selalu saja kita mendengar atau membaca tentang memenuhi waktu dengan perkara2 yang berfaedah. Betapa besarnya manfaat yang kita peroleh apabila kita sgt2 faham tentang perkara ini. Di sini saya ingin berkongsi satu hadis, iaitu hadith ke 12 daripada hadith 40 karangan Imam An-Nawawi.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلّيْهِ وَسَلَّمَ:

((مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَالاَ يَعْنِيهِ.))

Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw bersabda, "Di antara tanda kesempurnaan Islam seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya,"

(hadith hassan diriwayatkan oleh Tirmizi dan yg lainnya)

Berdasarkan perkataan 'yaghni' dalam hadith di atas bermaksud perkara yang dititikberatkan, iaitu ada kaitan dengan perhatian, pemikiran, matlamat dan cita-cita seseorang. 'Inayah' pula bemaksud sangat mengambil berat tentang sesuatu. Jadi, benda2 selain 'yaghni' hendaklah ditinggalkan, iaitu perkara2 yang tidak ada kaitan dengan dirinya dan tak menambah apa2 manfaat pun.

Jikalau iman seseorang itu sudah sempurna, dia mestilah sudah meninggalkan 4 benda ini, iaitu benda haram(tau je kan apa yg haram), benda syubhah(benda yg sangat meragukan dari segi hukumnya dan siapa yg meninggalkannya seperti menyucikan agamanya-hadith 6), benda makruh(sgt hampir dengan haram) dan benda harus tapi tak berguna(makan itu harus, tapi kalau makan banyak, tak ada faedahnya).

Apabila seseorang itu telah berjaya meniggalkan perkara2 di atas, sempurnalah imannya. Apabila sempurnanya iman itu, dia akan dapat merasai Ihsan. Apa itu ihsan? Jawapan skema seperti zaman sekolah dulu2 bemaksud, beribadah kepadanya seolah-olah kita melihatnya, jika kita tidak melihatnya sesungguhnya Allah melihat kita. Jadi, hamba Allah yg dapat mengecapi nilai ihsan ini akan dapat merasai Allah sentiasa memerhatikannya, seolah-olah CCTV yang sudah tersedia pasang 24 jam dan berada di mana sahaja yang dia pergi. Sehinggakan setiap amalan yang dilakukannya betul2 menepati konsep ihsan, iaitu:- correctness(menepati syariat) completeness(sempurna kerja yang dilakukan), tastefullness(penuh dengan dzuq-rasa nikmat buat amalan itu) and sincerity(penuh keikhlasan hanya kerana Allah).

Berkata para alim ulama terdahulu, 'Apabila kamu berbicara, ingatlah pendengaran Allah terhadapmu dan apabila kamu diam ingatlah penglihatan Allah padamu'

Dalam Surah Qaf, ayat 16-18 Allah telah berfirman,

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

Sungguh Allah sentiasa mangawasi kita bersamanya diutuskan 2 malaikat pencatat amalan kita. Sehinnggakan tiada ucapan yang dituturkan oleh lidah kita tidak diketahui malaikat. Lidahlah yang paling senang untuk buat maksiat dan menuturkan kata2 yang sia2 dan berdosa.

Di sini ingin saya bawakan satu kisah. Pada suatu waktu ketika nabi sedang duduk2 dengan para sahabat, nabi bersabda sekejap lagi akan masuk seorang laki2 yang mana dia adalah ahli syura. Lalu masuklah seorang sahabat bernama Abdullah bin Salam. Para sahabat pun berpusu2 berkumpul disekelilingnya dan bertanya tentang amalan yang dilakukannya. Jawablah sahabat ini, "Amalan saya sedikit. Tapi amalan terbaik saya ialah menjaga kesejahteraan hati dan meninggalkan perkara2 yang tak berguna"

Nampak seperti sikit amalan yang dilakukan, tapi sangat besar makna dan nilainya disisi Allah hingga boleh membawa sahabat ini ke syurga. Nak tak kita buat sama macam sahabat ni jugak?

Dalam satu hadith sahih Muslim, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, "Apabila seseorang dari kamu memperelokkan islamnya, maka setiap kebaikan yang dia lakukan ditulis dengan 10 kali ganda hingga 700 kali ganda. Dan setiap satu kenurukan yang dilakukannya akan ditulis baginya 1 keburukan sahaja."

Nilai 1ox ganda hingga 700x ganda ini berdasarkan kepada tahap kesempurnaan islam seseorang itu. Lagi sempurna imannya, lagi banyaklah gandaan pahala terhadap amalnnya. Wah, macam senangkan nak dapat pahala byk2. Cuba fikirkan, kalau dosa kejahatan seseorang itu menyamai pahala kebaikannya, nampak sangat orang ni sangat2 jahat.

Oleh itu, marilah kita sama2 melakukan perkara2 yang bermanfaat untuk mencapai tahap kesempurnaan iman.

0 comments: