Dec 29, 2009

tadabbur manusia

"thank you"
huh... akhirnya sampai jugak ke slide terakhir yg tertulis perkataan 'thank you'.
bukan lah tepu sangat pembelajaran hari itu, tapi memang menjadi kesukaan kami menanti slide itu. =D
memang menjadi kelaziman selepas mane2 kelas yg bermula seawal jam pukul 8, pelajar2 akan bergerombolan keluar dari bilik kuliah menuju ke kedai2 runcit di sekitar kawasan gam3ah.
mulanya ana mahu keluar juga membeli makanan.
tp bila ana nampak sisters pon keluar sama, ana tanya mereka,

"mahu ke mana?"
"mahu solat dhuha", jawab sisters td.

tiba-tiba ana terasa mata ana terbuka luas. ana memandang orang-orang yg keluar dari pintu kelas itu dalam dimensi yang berbeza. dari hujung kelas, ada dua jenis golongan yang ana dapati.

satu golongan, orang-orang yang pergi ke kedai runcit membeli makanan.
golongan kedua, orang-orang yang naik ke tingkat atas untuk mengerjakan solat dhuha.

masyaAllah, selama ni ana tak perasan! ana selalu tertanya-tanya. macam mana mutaba'ah amal sisters lain agk kerap solat dhuha-nya? sedangkan kelas bermula seawal jam 8, ade yg jam 7, bila mereka solat dhuha?
baru sekarang ana perasan, sela masa waktu rehat yang doktor berikan, mereka segera menunaikan solat dhuha rupenye. rata-rata sisters yang keluar dari kelas, ana lihat mereka menuju ke tingkat atas utk ke surau. subhanallah! ana rase malu dgn diri ana. kenapa ana tak lihat peluang waktu rehat tu sebagai peluang utk solat dhuha? T___T

ana perhati2 lagi.
lain kan orang yg hidup di bawah bayangan AlQuran dengan orang yg hanya baca quran, baca terjemahan, tapi tak jaga diri dia dengan AlQuran, lain kan?

orang yang hidup di bawah bayangan AlQuran, hidupnya sangat nikmat, macam yang As-Syahid Syed Qutb cakap, kenikmatannya adalah sesuatu yang meluhur, memberkati, dan membersihkan usia. ianya nikmat untuk orang-orang yang merasainya sahaja. kalau kita tak rasa, kita takkan tahu betapa nikmatnya hidup di bawah bayangan AlQuran tu. nak rasa itu perlu macam2 hagah. support system yang kuat, sisters2 yang saling mengingatkan baik secara langsung mahupun secara tak langsung(mcm peristiwa di atas ni).

ana pun mahu, mengecapi nikmat itu, meluhur, memberkati hidup ana, baik ilmu medic yang ana ada mahupun umur ana yang sudah masuk 20 tahun, dan membersihkan usia ana yang kotor sebelum ni.
ana mahu umur ana yang baru setahun jagung dalam tarbiyah ni, menjadi umur ana yang diberkati, dan dapat membersihkan usia2 ana yg 19 tahun lagi tu.
ana mahu jadi macam sisters lain, hidupnya xputus2 dari ingat Allah.
ana mahu jadi orang yg hidup di bawah bayangan AlQuran.
ana mahu sama2 rasa nikmatnya.
ana mahu kawan2 ana yg lain pun sama2 rasa apa yang ana rasa.
doakan kami kuat ye, kita kan mahu takluk dunia? =D

7 comments:

Miftah Al Baab said...

sbb tu ana syg sgt pada sisters ana!

matadore said...

;) saya suka yang ini.

iman d said...

jom lps ni penuhkan dhuha kita.
kadang2 rasa malu dgn sisters...

iman d said...

dan lebih MALU dgn ALLAH.

Anonymous said...

jom!

iAllah bila hati sudah jatuh cinta, sangat terasa kehilangannya selagi tak dapat menghadapNYA.

Anonymous said...

hurm sekadar perkongsian...kadang2 biler kiter terlampau sgt nak mengejar benda yg besar,dan mmg kewajipan sumer umat islam iaitu membantu islam dan menyebarkannya di seluruh dunia(menakluk dunia),kiter terlupa benda yg manusia menganggap nya kecik tapi di sisi islam ianya besar......so check balik diri kiter kawan2,jgn kerana sibuk sgt dek usrah dan tarbiyah kiter luper perkare dan kewajipan kiter yg lain....dan tarbiyah itu satu benda yg berterusan dan jgn lah memilih mad'u....sebarkan lah pada semua...sekadar perkongsian....maaf :)

Miftah Al Baab said...

cik anony,(sy rs kamu cik la :D )

kita tak pernah abaikan perkara2 kecik. sbb tu kita wujudkan support system yg terdiri drpada org2 yang benar2 komited dlm kerja dakwahnya. sbb tu kita pilih org, sbb bukan semua org sanggup berkorban utk kerja mcm ni.

eh eh, tk pilih mad'u la. cuma kadang2 kita selalu terkejar2 sorg tu, tp sayang, dia tak suka tarbiyah2. sedangkan kita lupakan dan sisihkan org yg sgt dahagakan tarbiyah. maka, kita tak nak bazir tenaga dan masa. sbb kita sendiri mmg tak cukup tangan.

apa kata kamu pun tolong jugak buat kerja2 ni? tk kisah la apa cara sekalipun.