Aug 27, 2009

Rasa kosong?- Part 1


Islam adalah cara hidup. Islam is the way of life.

Ungkapan yang rasanya sudah lali di telinga,
tahu,
tahu,
hafal,
dengar semenjak kecil,
bosan,
faham ke tak entah,
akhir sekali...biarlah!
hidup hanya sekali, so kita enjoy!

Berapa ramai orang islam yang tahu islam itu adalah cara hidup, maksudnya setiap tindakan, pemikiran, matlamat, ibadat, cita-cita, cara bergaul, atau secara mudahnya, segala apa yang kita lakukan dari bangun pagi hingga tidur semula, setiap hari, adalah mengikut cara islam.

Itu teorinya. secara amalinya, kita lihat lebih ramai umat islam yang mengamalkan islam yang terbatas, hanya dari sudut solat, puasa, zakat dan haji, dan bahagian hidup yang lain, diserahkan pada sistem bukan islam, hiburan bukan islam, pendidikan bukan islam, cita-cita bukan islam, falsafah bukan islam, pakaian bukan islam, dan banyak lagi. Islam ada kah semua ini? Bukan mahkamah syariah cuma menguruskan hal nikah cerai dah harta pusaka?

Seorang kanak-kanak muslim berumur 7tahun, di sekolah agama dia diajar tentang cara-cara menunaikan solat. kerana dia seorang islam. Ustazahnya beritahu orang islam wajib solat, kalau tidak akan masuk neraka dan diseksa. Jadi kanak-kanak itu pun belajar sembahyang bersama kawan-kawannya, tertonggeng-tonggeng mengikut arahan ustazah, dan belajar membaca surah fatihah, terkumat-kamit mulutnya mengikut seperti yang disebutkan ustazah, sebab mengaji iqra' pun belum habis.

Dia kemudian pulang ke rumah. Menukar pakaian kepada yang lebih selesa, dan ternampak buku-buku cerita kanak-kanak "cerita hantu". Habis membaca, nasihat yang ditulis di mukasurat belakang sekali buku tersebut ialah "Adik-adik, jangan berjalan seorang diri ketika hampir waktu malam." Setiap hari dia mengulang membaca buku yang sama, ada 2-3 cerita; hantu pocong, hantu raya, .... Seram selepas setiap kali habis membaca menyebabkan dia memang tidak berani langsung untuk berjalan seorang diri, takut hantu katanya. Tak pernah pula mendengar dia kata takut pada Allah sebab tak solat atau rasa nak marah pada mak sebab tak belikan keropok.

Kebanyakan kita terdidik dengan cara begini, kalau lebih baik alhamdulillah. Minat masyarakat adalah minat kita juga. Gaya hidup dan percakapan masyarakat adalah gaya kita juga. Sampai satu masa, apabila usia kita telah matang, apa yang dibangga-banggakan masyarakat, itulah matlamat hidup dia, walaupun dia sendiri tak jelas apakah pengakhiran kepada satu matlamat yang tidak kekal.

Ditanya apakah cita-cita kita, jawab kita-doktor, jurutera, arkitek, CEO. Impian kita pula ingin memiliki sebuah banglo besar, kereta mewah, dan duit yang banyak supaya hidup kita dan kedua ibu bapa tidak melarat. Jika kita selidiki impian dan cita-cita kita yang hebat ini, selepas menjadi doktor yang hebat, selepas mendapat rumah yang besar, selepas itu? Tambahkan lagi harta (walaupun yang ada sudah cukup)? Besarkan lagi rumah, atau kalau boleh bina beberapa resort supaya senang kalau ingin berlibur? Selepas itu apa pula?

Tak pernah kita tanya diri kita soalan-soalan itu, kerana kita telahpun disibukkan dengan urusan-urusan untuk mencapai cita-cita tersebut. Belajar dengan hati, rasa mengantuk dibuang jauh-jauh demi meraih segulung ijazah, rasa letih dan peluh mengalir kita biarkan demi menjayakan projek yang menguntungkan. Dan akhirnya manusia lupa hakikat sebenar penciptaan manusia, untuk apa kita dihidupkan, ke mana arah tuju kita, apa matlamat kita di dunia?

51:56, 2:30 - Hamba Allah dan KhalifahNya di muka bumi.

Metafora kuih..



Ketika membelek2 majalah Solusi edisi ke-9 pada suatu petang sambil menghirup udara segar di luar rumah, mata ini tertarik pada tajuk majalah tersebut.."Celik mata hati"..
Metafora yang diberikan dalam majalah ini begitu menarik hati untuk dikongsi buat tatapan bersama..

Metafora kuih..


Kita boleh melihat kuih dgn empat pandangan. Kalau kuih dipandang dengan pandangan mata, kita tahu nama kuih, warna dan bentuknya. Itu pandangan mata biasa.

Jika kuih ini dipandang dgn pandangan akal..ini merupakan pandangan pakar-pakar pembuat kuih(chef atau pakar masak) .Mereka memandang dgn penuh penelitian..seperti apakah kuih itu seimbang gizinya, kemahiran mengadunnya, mengulinya dan membakarnya. Pakar masak ini ,mempunyai ilmu yg cukup untuk mengkaji apakah kesilapan dan ketepatan pembuatan kuih itu..Inilah kelebihan pndgn akal berbanding pandangan mata biasa..

Lain pula jika org memandang kuih dgn pandangan nafsu..Mereka tidak kisah langsung apakah nama, bentuk atau cara pembuatan kuih itu..Apa yg penting, makan dulu..hingga kadang2 terlupa bertanya siapakah empunya kuih itu..Inilah buruknya pandangan nafsu..

Soalnya, bagaimana melihat kuih dgn pandangan mata hati? Melihat dgn pandangan mata hati seolah2 kita dpt melihat pembuat kuih tersebut!! Misalnya, ketika kita berada di luar negara. Apabila tiba musim hari raya, kita mendapat kiriman bungkusan dari kampung. Apabila bungkusan dibuka, kita melihat kuih di dalamnya..dgn tidak semena2 air mata kita mengalir..Kenapa? Ya, kerana kita melihat wajah ibu(pembuat kuih) di sebalik kuih itu. Kita terkenang kasih-sayang, keprihatinan, kelembutan dan macam2 lg..Pandangan itu menjangkau sesuatu yg lebih bererti..lebik maknawi iaitu budi, kasih dan sayang seorang ibu.

Tanyalah hati kita, manakah pandangan yg lebih tepat, hakiki dan murni? Pastinya hati akan menjawab itulah pandangan MATA HATI..

Aug 26, 2009

i wish i do more

everyday as I wake up at dawn
my mind starts working the moment I yawn
there were many things to do, o dear
that's why I hastily did my Subuh prayer
I didn't have the time to sit longer to praise the Lord
to me rushing out after prayer is nothing odd

since school I had busy every minute
completing my tutorials and handing it in
my studies took up most of my life always
minimum, time I did have to Allah to pray
to many things to do, and zikr is rare
for Allah, really had no time to spend.

when I grew up and started my degree
studying all day to spare my future
when I reached home I prefer to have fun
I chatted on the phone, on the yahoo messenger
but I didn't read much book of heart, the Quran
I spent a lot of time surfing the internet
sad to say my faith was falling flat.

the only time I left is weekends
during which I prefer window shopping with friends
or better yet I prefer to sit back and enjoy my cds and dvds
I couldn't spare time to go to usrahs and daurahs
I'm too BUSY that's my BIG excuse.

I did my five prayers but did quickly
after prayer I didn't have time to sit longer to reflect quietly
I didn't have time to help needy ones
I was loaded with works as my precious time run.

my life was already full of stress
so, I didn't counsel as muslim in distress
I didn't spent much time with muslim that can advice time
because I thought, doing so won't help me much
it will be just a waste of time.

no time to share with none muslim about Islam
or even to my other fellow muslims who have rights on me
even though I know, inviting cause no harm
no time to do sunnah prayer at all
All this contribute to my iman fall.

I'm busy here, I'm busy there
I have no time at all, that's all I care
I went for religous lesson, just once in a while
well, at least I do some, my nafs whisper
coz I'm too busy making a pile.

I worked all the day, I slept at night
too tired for tahajjud and it seems no right
to me, studying as a living was already though
so, I only did basic deeds but that's not enough.

no time at all, to admire God's creation
no time to praise Allah and, seek His compassion
although I know how short is my life
for Islam I really didn't strive.

Finally the day comes, when the Lords call for me
and I stood before Him with my life history
I feel so guilty because I should have prayer more
I should have invited other muslims to Allah cause
I should strive more to learn about my deen
isn't that what a muslim live for
to thank Allah and do more good deeds
and Quran is for us to read.

now at Judgement day, I'm starting to fret
I wasted my life but it's too late to regret
my entry to paradise is depend on my good behaviour
but I have not done enough, not not did proper prayer
my "good deed book" is given from my right
an angel open my "book" and read out my plight.

then the angel chided me
o you muslim servant, you are the one
who is given enough time , yet not much is done
do you know your faith is loose?
saying no time is only an excuse
your "good deed book" should be filled up more
with all the good work you stood up for.

hence I only recorded those little good deeds
as I say this, I know your eye will mist
I was about to write even more
but I didn't not have the time to list.

~ i wish i do more ~

REMAJA RAI RAMADHAN

Salam ramdhan penuh barakah.

Sedikit iklan. Khusus untuk adik-adik yang akan ke mesir pada tahun ini. Kalian dijemput untuk bersama-sama memeriahkan program 3R egypt special edition. Maklumat program seperti berikut:


Masa : 6 sept (waktu berbuka) hingga 7 sept (9pg)
Tempat : Beit Ar-Rumaisa'
No 49, Jalan Kenari 1, Taman sri Kenari,
43000 Kajang, Selangor.

Program "jom infaq" juga akan diadakan bersempena dengan program ini. Oleh itu, peserta digalakkan membawa sedikit barangan dapur seperti beras, gula, minyak dan sebagainya. Barangan infaq akan diberikan kepada golongan yang layak di sekitar Selangor.

Tiada sebarang bayaran atau yuran yang akan dikenakan. Tetapi, bilangan peserta adalah terhad. Siapa cepat, dia dapat tempat! Mari sama-sama memeriahkan majlis.

Untuk transport, digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti teksi atau ktm. Namun sekiranya anda ada masalah pengangkutan, boleh menghubungi pihak kami.

Kepada adik2 yang berminat, bolehlah sms atau telefon terus ke nombor berikut:

Kak Anisah : 0196021427

atau terus meninggalkan komen di sini.

Semoga ibadat kita di bulan penuh hikmah dan barakah ini terus meningkat. Kuatkan iman, tingkatkan amal, insyaAllah. Ramadhan kareem.



Aug 15, 2009

kenape kena solat?


mase kecik2, time solat tu mmg lah byk helahnye.
amik wuduk, kemudian kunci pintu bilik.
tombol pintu yg sudah berlubang(skrg dh pintu lain) disumbat dgn kain tudung, ataupun ape2 kain yg ade, sejadah dibentang.
telekung tak dipakai, tp diletakkan di atas sejadah.
dan mata sering memerhati ke bawah pintu, kot2 ade yg mengintai kite solat.
bajet2 5-10 minit gitu, hanye mbayangkan tindak tanduk org sedang solat, kendian telekung dilipat semula. kdg2 sngje xdilipat dan dibiar atas sejadah, kunun2 bukti kite solat td.
kemudian bermain dgn riang semula.
waktu asar lebih2 lg disingkatkan wktunye, sbb tak sabar menunggu nak main di luar rumah kerana pagar tak lagi berkunci.

kenapa terjadi begitu?

walaupon di sekolah agme score habis, sampai naik pentas amik hadiah tiap2 tahun, namun apalah erti ilmu itu kalau hanya sekadar itu tujuannya.
ilmu itu kering dan x cukup membasahkan aku.
kita tak dididik utk memahami mengapa kena solat, apa bukti solat itu sgt penting sampaikan di akhirat kelak amalan pertama yg dihisab adalah solat.
tiada rasa izzah bila melakukan solat itu.
kita tahu solat mula diperintahkan ketika Rasulullah saw mikraj.
dan diringankan hingga kepada 5 waktu sahaja ats desakan Nabi Musa a.s kepada Rasulullah saw.

hinggalah sekarang, solatku masih tak mampu menegah ak dari pbuatan keji dan mungkar.
mungkin bukan dosa2 besar, tp maksiat2 kecil masih ada.
game, tv, dll.

"sembahyang yang tidak memberi kesan kepada hati, ia adalah hanya satu lakonan watak sembahyang." -petikan buku

ak menyelak2 buku Peristiwa Israk & Mikraj, karangan Ustaz Haji Hamidon Bahari.
terpampang tajuk minor di bawah sekali yg baru aku perasan tika ini.
'Mengapa kita diwajibkan solat?'

Solat itu tiang agama.
justeru kita maklum, yang solat itu satu ibadah yg agung, andai tidak mengerjakannya runtuhlah agama kita.

dan aku belek lagi muka sebelah.

"Keagungan itu kian terserlah apabila Allah s.w.t. sendiri yang telah menyampaikan perintah sembahyang kepada Nabi Muhammad s.a.w. di tempat yg tertinggi dan mulia di puncak alam semesta, iaitu 'Arasy. Nabi s.a.w. dipanggil khas ke 'Arasy utk menerima perintah tersebut. Malaikat Jibril a.s. yg biasanya menjadi pengantara penyampaian wahyu, hanya mengiringi Nabi s.a.w. ke setakat langit ketujuh.

Hanya perintah sembahyang yg Rasulullah terima drpd Allah dgn bhadapan dgn Allah. Perintah2 ibadat lain Nabi menerimanya di bumi, melalui wahyu yg dibawa oleh Jibril a.s.

"Barangsiapa yg meninggalkan sembahyang dgn sengaja, maka kafirlah ia dgn nyata."
"Perbezaan antara org mukmin dan kafir adalah meninggalkan sembahyang."
-kedua2nya adlh hadis Rasulullah s.a.w.-

terasa izzahnye solat itu.

di petikan yg lain pula:

"Tidak sah sembahyang seseorang jika ia berpaling drpd mengadap Ka'abah. Ia adalah kiblat jasad, manakala kiblat kepada roh ialah Allah s.w.t.

Apa pula hukumnya kalau seseorang yg sembahyang rohnya tidak berkiblat kepada Allah s.w.t.?

Ulama' tasawuf berpendapat roh berkiblat (menumpukan hati) kepada Allah sebagai syarat sah sembahyang, manakal bagi ulama' fuqaha', sembahyang itu sah, tetapi ia disifatkan sebagai bangkai. Ertinya, seumpama orang memberi hadiah, balutnya sahaja cantik, tetapi isinya adalah bangkai.

Seseorang yg alpa(tidak khusyuk atau lalai) drpd mengingati Allah dlm sembahyangnya, dikira sebagai tidak bersembahyang juga dan neraka balasannya.

"Neraka Wail bg org2 yg bsembahyang, tetapi mereka alpa akn sembahyang mereka,"
Al-Maa'un:4-5
terasa seram dgn ancaman Allah.

di muka surat yg lain pula:

"Sembahyang berupa ibadah yg besar dan agung juga kerana beberapa amalan malaikat ada tercantum dalam sembahyang.

Sewaktu Mikraj ke langit, Rasulullah s.a.w. melihat malaikat beribadat dgn cara masing2. Ada yg sentiasa bertasbih sahaja, ada yg sentiasa bertahmid sahaja, ada yg sentiasa berdiri sahaja, ada yg sentiasa ruku'. Ada juga yg sujud sepanjang masa, ada yg hanya duduk antara dua sujud dan seterusnya.

segala cara ibadat itu ada terhimpun dalam sembahyang yg dianugerahkan kepada manusia.

Oleh kerana amalan-amalan ibadah para malaikat ada dalam sembahyang, bagi manusia yg dapat menghayati sembahyang dgn sepenuh hati (khusyuk), maka dia mdapat lebih tinggi darjat dari malaikat. Sebaliknya sesiapa meninggalkan sembahyang, maka ia menjadi lebih hina dari binatang.

mulianya manusia, umat Muhammad s.a.w terutamanya.

helaian2 terakhir:

"Sebaliknya kpd org2 yg mjadikan sembahyang sebagai topeng keislaman atau lakonan lahir sahaja, sedangkan hatinya tiada kekhusyukan terhadap Allah s.w.t., mereka tidak mendapat pertolongan Allah, tidak digeruni oleh musuh2 Islam, sebaliknya mjadi mangsa keganasan org2 kafir.

Sejajar dgn apa yg perrnah disabdakan Nabi s.a.w., bahawa umat di akhir zaman nanti akan ramai jumlah umat Islam, tetapi mereka hanya umpama buih di lautan dan menjadi hidangan(korban penyembelihan) kepada org2 kafir.
ini berlaku pd hari ini.

nah, xperlu dihuraikan.
ayatnya jelas terang.
harapku solatku jauh lebih bermakna dari sblm2 ini.
dan solat kalian juga.
=D

Aug 13, 2009

Rahsia Mata



aku menatap wajahku di cermin.

sepasang mata kuperhatikan. jika kamu di tempatku, apa agaknya yang bermain di benakmu?

"cantik gak mata aku ni kan? Alhamdulillah"

"ish, sembap dah bawah mata. ni mesti tak cukup tido."

"rasa macam nk letak timunla kat mata"

"bestnya kalau mata aku kaler hazel, mesti cun gile"



pernah tak kita terfikir, apa rahsia yang mata kita sedang simpan?

adakah sepasang mata itu sedang terawang-awangan, menanti masa untuk dikembalikan kpd PENCIPTA nya untuk berkata,

"YA ALLAH, tuanku ini, menggunakan aku untuk mencari keagungan-MU disebaik ciptaan KAU, YA ALLAH. Tuanku ini suka melihat alam sekelilingnya. tiap-tiap kali dia memerhatikan ciptaan-MU, aku dapat rasakan hatinya sedang memuji-muji kebesaran-MU."


"YA RAHMAN, Dia menggunakan aku untuk mengkagumi kalam-kalamMU. kadang-kadang, air keluar dariku tatkala dia merasa takut dengan azab-MU yg pedih.
kadang-kadang pula, air keluar dariku ketika mana dia melihat saudara-saudaranya dijadikan alas untuk dipijak musuh-musuh-MU ya ALLAH."


ataukah sepasang mata itu sedang berkecil hati, terasa hati, "makan dalam" dengan perbuatan kita, si peminjam dari pencipta sebenar?


"YA ALLAH, hamba-MU ini menzalimi aku. Dia menggunakan aku untuk melihat maksiat. Dia menggunakan aku untuk melihat gambar-gambar bukan mahramnya yang menimbulkan perasaan aneh dlm dirinya. dia menggunakan aku untuk melihat aurat-aurat wanita dan lelaki yang tidak punya malu itu. aku malu..aku malu..aku malu pada-MU YA ALLAH"

"YA ALLAH, hamba-MU ini tidak menggunakanku sebaiknya. Dia lebih gemar membaca majalah dan tulisan yang sia-sia daripada membaca qalam-MU YA ALLAH. aku malu pada-MU, YA ALLAH"


dialog ini hanya rekaanku. bukannya petikan hadith atau ayat al-quran.

kita semua tahu, cuma kadang-kadang terlupa, bahawa di akhirat kelak, mulut kita akan dikunci. anggota badan kita yang lain yang akan menghantar laporan pada ALLAH , TUHAN YANG ESA.

di mana kita hendak bersembunyi bila tangan bersuara, melaporkan tindakan-tindakannya, gerak-gerinya, perilakunya sepanjang hayat kita?

sahabat kecintaanku, telitilah anggota badan kita, dari sehelai rambut ke hujung kuku yang terakhir, apa agaknya laporan mereka?

"mampukah kita menanggungnya, apabila mata sudah berbicara?"

Aug 3, 2009

ibadurrahman

51:56

Nombor apakah ini? Bagi sesiapa yang telah mengikuti program ISK (Ini Sejarah Kita-tak kisah versi mana-mana pun) pasti amat familiar dengan nombor di atas.

Ya surah ke 51 yakni surah az-zariyat ayat ke 56 ada menjelaskan bahawa salah satu daripada peranan kita di dunia adalah sebagai hamba.

Hamba apa?

--skema jawapan popular: hamba Allah.

Cuba cerminkan diri kita, adakah kita benar-benar hamba Allah? Jika kita mengaku kita hambaNya, adakah kita telah membuktikan melalui pengakuan, lisan dan perbuatan? Adakah kita menjadikan Allah sebagai ghayah(matlamat) dan hadaf (tujuan) hidup kita?

Resmi manusia, fitrah hati kita ini adalah sememangnya seorang hamba. Jika kita tidak menjadi hamba Allah, maka kita akan menjadi hamba kepada Taghut, hamba dunia, hamba cinta, hamba pangkat dan lain-lain lagi. Persisnya hati manusia ini seperti gelas kosong, jika tidak diisi dengan air, maka ia akan diisi dengan pelbagai benda lain seperti udara, habuk, dan sebagainya.

Tetapi, persoalannya; adakah kita benar-benar layak dilabel sebagai hamba Allah yang layak dipagari dengan rahmat Allah di kiri, kanan, atas di bawah ?

Di dalam surah Al-Furqan ayat 63 sehingga akhir surah (ayat 77), Allah telah memberikan kita satu senarai checklist ciri-ciri ibadurrahman (hamba-hamba Ar-Rahman). Jika kita mahu menisbahkan diri kepada kepada golongan ini, seharusnya kita mengetahui, mengenali, menghayati dan menjiwai sifat-sifat yang Allah telah gariskan untuk mencapai martabat ini.

1- Berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati (Tawadhuk)
2- Apabila dihina, mereka berkata perkara yang baik kembali (Murah hati)
3- Menghabiskan waktu malam dengan beribadah (Tahajud)
4- Takutkan azab neraka
5- Infaq di jalan Allah, tidak boros dan tidak kedekut (Bersederhana)
6- Tidak mempersekutukan Allah
7- Menjauhi perbuatan berbunuhan dan menghormati kehidupan
8- Menjauhi zina
9- Taubat nasuha
10- Tidak memberikan kesaksian palsu dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat demi menjaga kehormatan. (tamayuz)
11- Berusaha memahami ayat-ayat Allah
12- Memohon kebaikan bagi isteri/suami dan keluarga

untuk huraian lanjut mengenai setiap point, antum boleh melawat link berikut

IBADURRAHMAN 1
IBADURRAHMAN 2

ATAU antum boleh membaca buku keluaran Blue T ini

[ayatnya mudah dan ringkas tapi menusuk hati]

ayuh ikhwah akhawat, mari kita usaha jadi ibadurrahman =)