Jan 24, 2010

Study Dengan Abaleeso?

Salam alayk kepada semua pembaca.

Hanya 3 minit diperlukan untuk membaca entry ini. Habiskan ya! Khususnya anak-anak di perlembahan nil dan anak-anak diserata dunia yang sedang bergelut dengan peperiksaan. Oh ya, sebelum itu, sila lah loading dulu youtube dibawah sekiranya internet anda kurang cemerlang, demi mencapai target 3 minit disini =)




Ok, sudah diloading?


Kita kalau telefon bimbit berdering, bergegas-gegas bahkan kadang-kadang berlari-lari capai, excited sungguh untuk mengangkat telefon. Kalau ada orang buzz YM, perkara serupa juga berlaku. Tapi kalau azan?? Hmm, Ok, perkataan azan macam tak terasa sangat. Kita kita tukar dengan seruan tuhan. Ataupun announcement dari boss besar, dari ketua segala ketua. Bayangkan kalau Perdana Menteri, atau Agung atau ketua polis yang panggil kita menghadap, for sure kita terus siap-siap, pakai cantik-cantik, dengan perasaan yang pelbagai. Gembira mungkin, atau dengan perasaan takut . Takut kerana kebesaran pangkatnya. Gembira kerana bahagia diberi kesempatan menghadap,bersemuka, dan berbual dengan mereka. Juga perasaan rendah diri. Siapalah kita berbanding mereka yang berpangkat besar mentadbir negara, kan?

Kesimpulan terus.
Kalau dengan manusia kita boleh ada perasaan begitu, kenapa tidak dengan tuhan? Tepuk dada, tanya iman. Muhasabah balik, adalah kita benar-benar takut dengan tuhan? Adakah ihsan dan ketakwaan dalam diri?

"Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka."(8:2)

Ok, boleh tengok video sekarang.

Antara takut dan harap kepada tuhan.
salam imtihan ya semua! binnajah, insyaAllah.
Categories:

1 comments:

faiq zaini said...

insaf2..

da biasa wat dek..
astagfirullah..