Lia,  jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia,  jomlah kita bangkit mengubah segalanya
   Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester  lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku  menyesal megikuti semua itu
 Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi  banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya,  kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku  buatlah kerja dakwah tu
 Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti  aku menutup mata orang lain terhadap Islam
   Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang  jongking
   Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?
   Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang  jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di  atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
 Dan tu bukan belajar namanya
  Habis  tu?
   Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak  boleh inversely proportional
   Apa maksud kau?
   Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan  menemukan Allah dalam pelajarannya
   Aku tidak faham
   Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah  berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang  mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan  mitokondria
 Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar  tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab  diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu  tersebut adalah milik Allah
 Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia  hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan  masa dalam studynya itu
   Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni  kau nak cakap yang aku ikut program 
tarbiah dan dakwah tu tak  ikhlas?    Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah  sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali  dengan Allah
     Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
   Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja  dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis  belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
 Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah  tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah,  nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,  tapi kita tidak bayar lagi
 Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah,  tapi hati kita tiada dengan Allah
   Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia  dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya  peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan  
  kerja  tersebut    Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku  ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku  bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan  Islam
 Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka  merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam  diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu  sendiri
 Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah  dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku  ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam  Hassan AlBanna
 Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat  kita renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada  dalam mandala ini.
   Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan  AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia  berdakwah sehingga 
  ke  kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia  mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu  dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana  kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya  untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi  Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi  sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu  juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari  pengikutnya.    Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku  Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:
   <>
   Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang  sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.  Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
     Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk  Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka 
mengejar dunia,  bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik  sebagai hamba Allah.    Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia  pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan  prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang  kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk  menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku  harus berjaya.
     Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah  sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja  seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat  itu menjawab “Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan  kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan  untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada  Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah  Robb yang Maha Esa, meskipun 
  gunung-gunung  harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.    Lia, saya teringat email yang pernah saya terima  dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia  bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan  poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita  ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak  slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja  yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.
     Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah  menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah.  Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan  Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia  mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan  Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
     Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A 
berikan kepada  suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A  dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang  ramai mengucapkan Subhanallah.    Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia  mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan  persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia  sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya,  buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat  bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak  dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya.  Subhanallah.
     Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin.  Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan?  HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.
     Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk  Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.
   Finally, 
whatever I do, I always remind myself  that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran, “Say:  Truely, my prayer, my service of sacrifice, my life, and my death are  (all) for God, the Cherisher of the Worlds” (6:162). May Allah S.W.T.  accept my humble efforts.Amiin. ALLAHUMMA a’iz al Islam wa al Muslimin!