May 18, 2010

sendiri menyepi

sunyi di kala teman-teman disisi?

resah di kala tiada masalah?

sendirian di kala dalam keramaian?





“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.


Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.


Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.

Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini DIBERI DUNIA SELURUHNYA BESERTA SEGALA ISINYA, keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi tidak mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..”

-Ibnu Qayyim al-Jauzi-



katakanlah (Muhammad), “Dialah Allah,Yang Maha Esa”
( al-ikhlas : 1 )

Penggunaan kata ‘ahad’ lebih halus dri guna perkataan ‘wahid’. jika perkataan 'wahid' diguna ,macam boleh bilang-bilang..wahid,ithnin,thalatha...etc.

tapi,perkataan ‘ahad’,menunjukkan keEsaan Allah.penggunaan perkataan ‘ahad’ merangkumi maksud perkataan ‘wahid’ yang membawa maksud tiada sesuatu yang lain selain Allah dan tiada sesuatu setanding Allah.

itulah hakikat keesaan kewujudan Allah.tiada hakikat melainkan hakikat Allah.tiada kewujudan haqiqi melainkan kewujudan Allah.segala maujud yang lain,adalah mengambil kewujudan mereka dari kewujudan Allah yang haqiqi.

apabila pentafsiran ini mantap di dalam hati dan kefahaman ini jelas dan terang,maka bersihlah hati dari segala pergantungan dengan yang lain selain dari Allah.

bersihlah hati dari segala pergantungan selain dari Allah.


Allahhussomad--- hanya Allah tempat bergantung.


1 comments:

Anonymous said...

syukran!!
jumpa post ni pd masa yg sesuai...*mencari kekuatan dalaman~*