Sep 15, 2009

Treasure Hunters in action!

* entri kopi-pasta dari: www.halwahati.wordpress.com**

Mata melirik memandang jam, atau lebih tepatnya, memandang jarum saat. Dibetul-betulkan gelas supaya berada elok di atas alas. Tuang air siap-siap. Kurma sudah di dalam tangan. Ok, pastikan seisi rumah sudah duduk di meja makan. Hmm,everything is ready, tapi waktu iftar belum juga masuk-masuk. Takpelah, boleh sembang sikit sementara menunggu.. harini apa cerita, kerja macam mana, ada pesakit buat hal kat klinik, esok giliran oncall, kueh raya mak pos belum sampai, tahun ni dah start kena kasi duit raya, jalan raya kat kampung dah repair ke belum agaknya, permatang pauh etc. Dan perbualan di meja makan kian rancak hinggalah laptop berbunyi.. “Allahu Akhbar, Allahu Akbar!”. Bismillah. Kurma pun disuakan ke mulut.

Tamatlah puasa pada hari itu.

Begitukah? Kalau begitu ceritanya, ‘terlepas bas’ dah kite! Sebab…

Dari Abdullah bin Amru bin Al-As (ra) bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, ketika saat dia berbuka puasa, doanya TIDAK AKAN DITOLAK oleh Allah”. (Hadith Sunan Ibnu Majah)

Minit-minit terakhir waktu hampir berbuka puasa itulah antara waktu yang PALING MUSTAJAB untuk berdoa! Untuk meminta apa saja yang dihajatkan. Seharusnya minit-minit terakhir puasa itu diisi dengan bertafakkur kepada Allah, dengan diam, dengan berdoa sepuasnya di dalam hati, meminta keampunan, ketenangan, pertolongan, keredhaan, kebaikan dan kasih-sayangNya. Allah sedang mendengar doa kita ketika itu. Kalau kita busy tuang air, cedok lauk dan bersembang.. rugilah. Sebenarnya inilah saat-saat keemasan bagi orang berpuasa yang perlu kita buru dan kita teliti kehadirannya.

.

Malam ini malam 22 Ramadhan. Macam mana? Dah mula memburu? Kalau mahu jadi pemburu, peralatan semua mesti lengkap. Mesti waspada, mesti alert dan ever ready. Kerana sekiranya pemburuan kita berjaya, hasilnya terlalu lumayan. Alatan yang diperlukan untuk memburu Lailatul Qadr:

- alarm clock yang bunyi super kuat

- housemate/family yang sudi tolong kejut

- handphone : supaya kawan boleh tolong call walaupun dari benua lain

- lampu tidur:supaya senang bangun, drpd celik & melihat dunia gelap gelita kemudian tertidur semula

- no coffee/tea at night

- dan silelah tidur awal!

.

Kami sisters Ireland mengamalkan sistem ‘Talian Hayat’ =)

“Assalamualaikum. Tahniah anda dijemput menyertai keahlian Talian Hayat berantai. Penerima SMS ini bertanggungjawab mengejutkan saya untuk Qiamulail, selain mengejutkan housemates sendiri. Jika itu tidak berlaku sehingga pukul 4.30 pagi, maka selayaknya anda pula yang akan menerima wake up call daripada saya. Selamat menikmati ganjaran pahala bersama rakan-rakan tercinta!”

Kalau ada sesiapa nak join ‘talian hayat’ ni, SMS saya ok! Orang Malaysia nak join pun boleh. Lagi senang saya nak kejut. Sebab ketika itu Ireland baru lepas berbuka puasa. =)

.

Kalau peralatan semua sudah cukup, sudah niat, tapi tak terbangun juga, maka pahala Qiyamulail itu sudahpun menjadi milikmu inshaAllah. Dan sekiranya kita berjaya bangun malam…

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku mengetahui Lailatul Qadr, apa yang patut ku ucapkan pada ketika itu?”. Baginda menjawab “Ucapkanlah ‘Allahumma innaka ‘afuwwun kariim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni’ (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau mencintai pemaafan, kerana itu berilah maaf kepadaku). (Hadith riwayat At-Tirmidhi)

.

The clock is ticking. All the best to my fellow TREASURE HUNTERS!

Ayomat geset go!

0 comments: