Hidup kita menuju apa?
Saya pasti, rata-rata muslim kini sudah sangat familiar dengan soalan
"apakah tujuan manusia diciptakan?"
Jawapannya, buka al-quran masing-masing, lihat ayat 2:30 dan 51:56.
Buka, dan faham betul-betul. Faham dengan hati, bukan dengan akal logik. Jangan baca quran macam anda baca buku biologi, atau macam baca surat khabar. Di baca semata-mata untuk dapatkan fakta. Kalau baca fakta, kesannya apa ya? Simpan dalam kepala, tapi di hati tak terasa. Bacalah al-quran macam tengah baca novel."Feeling gile" kata orang, sampai boleh meleleh air mata.
Pernah tengok solat yang diimamkan oleh orang-orang arab dalam tv atau secara live menjadi jemaahnya? Iman-imam tu menangis sampai kadang-kadang terdiam seketika, sampai kita yang tak faham bahasa arab ni pun rasa nak menangis sama. Oh, seronoknya kan kalau kita boleh faham setiap patah ayat-ayat quran tu, kan? Apa-apa pun, tak faham bahasa arab bukan alasan bagi kita untuk tidak cuba memahaminya. Pergi mana-mana kedai buku,
Sambar je senaskah quran terjemahan, atau lebih baik lagi tafsir quran. Walau terjemahan tak seindah maksud asal dalam bahasa arab, its ok, at least kita faham.
Saya ingin membawa pembaca bersama-sama saya melihat realiti hari ini. Selalu terbaca atau terdengar ayat semacam di bawah?
" Soal agama ni, kita tak perlu sibuk-sibuk. Ustaz ustazah ramai. Jangan sibuk dalam bidang yang bukan bidang kita"
" Aishh, kalau budak engineering, buat la gaya budak engineering. Tak payah nak jadi ustaz ustazah pulak "
" Aik, dia ni doktor ke ustaz? Belajar medik, tapi gaya macam ustaz"
Ini realiti kan? Kalau bukan orang lain yang cakap macam tu, mungkin juga diri kita sendiri yang pernah bermonolog begitu. Satu pesanan penting. Jangan pisahkan agama dari hidup kita. Jangan asing-asingkan. Jangan suku-sakat. Kita semua islam. 1 akidah. Selagi mana manusia tu bergelar islam, maka islam tu mesti meresap dalam dirinya. Setiap tingkah lakunya seharusnya menggambarkan islam.Akhlaknya, akhlak islam. Tak kira apa pun bidang yang diceburi baik engineering,medic,law, pertanian,multimedia, sains sukan mahupun bidang penerbitan filem sekalipun,islam tu tak terpisah sama sekali.
Realiti kini, bila seseorang yang mengambil bidang selain bidang agama mula bercakap tentang islam, mulalah dilabelkan sebagai ustaz dan ustazah. Bila student medic buat kerja ajak orang dekati agama, faham agama yang sebenar, adalah yang mula cakap-cakap yang mereka ni dah lari fokus utama. Disini saya sama sekali tidak mengatakan salah untuk menggelar golongan ini dengan gelaran ustaz ustazah, tapi persepsi yang sebegitu dilihat kurang enak dan harus diperbetulkan.Umpamanya ustaz ustazah sahaja yang harus menguasai islam dan bertanggungjawab ke atasnya. Agama bukan terletak pada golongan yang dikenali sebagai ustaz dan ustazah semata-mata, tapi pada semua penganutnya. Saya tak pernah pula terjumpa " ya ayyuhal ustaz wa ustazah" di dalam al-quran. Jika ada antara pembaca yang pernah jumpa, mungkin kalian boleh tunjuk kepada saya. Seruan-seruan di dalam al-quran adalah untuk semua, sesiapa sahaja yang bergelar muslim atau mukmin.Tiada pengecualian. Noktah.
Kitalah yang bertanggungjawab memelihara kesucian islam. Kitalah yang bertanggungjawab mengembalikan kekhalifah islam dan seterusnya memastikan islam tersebar ke seluruh alam. Sama-sama kita usaha memahami al-quran dan menjadi umpama quran yang berjalan.
Membawa seruan islam seperti angin yang sentiasa menghembus. Manjadi bintang yang menjadi penanda arah ketika malam gelap. Menerangi alam umpama matahari yang tak pernah malap. InsyaAllah.
Bagaimana islam itu meresap dalam diri? Pernah dengar analogi bola besi? Nantikan ambubah di entry yang akan datang. See ya!
ps : Ambubah mahu mewakili team anak-anak nil untuk mengucapkan salam lebaran buat semua pembaca. Maaf sekiranya ada silap dan salah. Kita manusia, tiada yang sempurna. Jemputla bertandang ke anak-anak nil lagi ya~
Hello world!
4 years ago
0 comments:
Post a Comment