Oct 8, 2009

Kembali


Lagu ini sangat 'basah', muhasabahlah. Kemudian baru kita akan tahu di mana silap kita, kealpaan kita padaNya, lupanya kita pada nikmatNya, mulakan sesuatu dengan bismillahirrahmanirrahim, semoga Allah senantiasa memelihara dan mengurnia hidayah pada kita.

SEBELUM TERLENA
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku
Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

Oct 6, 2009

balas dendam

Yeah, exam dah habis. Rindu kat abang Gu Jun Pyo tak tertanggung lagi. Nak marathon tengok Boys Over Flower malam ni. Sapa nak gelak guling-guling macam tenggiling dengan aku malam ni?



Setelah sepurnama menuntut ilmu, maka ini lah waktunya utk dendam kesumat kita kembali.ayuh,dpatkan joystick taming sari mu. Mari beradu kekuatan.siapakah laksamana paling handal dlm dunia PES yg durjana ini. Hamba atau tuan hamba..?

Itulah dialog fofuler kita tatkala exam habis. Seakan-akan menjadi tradisi, selepas test atau exam tak kira besar atau kecil, pada sebelah malam sesudahnya exam kita akan menganugerahi diri satu malam untuk bersuka ria atau dalam erti kasarnya melagho setelah berhempas pulas belajar. haha.

atas alasan.........

REWARDING MYSELF.

Ikhwah akhawat adik-adik yang tersayang sekalian,

mari kita renung sejenak adakah dengan membuang masa dengan melakukan perkara tidak menguntungkan diri kita itu dikatakan me- reward diri?

adakah dengan mendekatkan diri kepada pintu-pintu maksiat itu satu hadiah untuk diri kita?

“Lâ tazhlimûn wa lâ tuzhlamûn
(Janganlah menzalimi diri sendiri dan jangan berbuat zalim kepada orang lain).“
(QS. Al-Baqarah : 279)


Kadang-kadang kita selalu terlepas memandang perkara-perkara kecil, but they are small things that matters! Mari muhasabah


Oct 3, 2009

Apa yang diajar Qabil?

in the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful
"Maka nafsu (qabil) mendorongnya untuk membunuh saudaranya, kemudian dia pun (benar-benar) membunuhnya, maka terjadilah dia termasuk orang yang rugi. Kemudia Allah mengutus seekor burung gagak menggali tanah untuk diperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Qabil berkata, "Oh, celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, sehingga aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Maka jadilah ia termasuk orang yang menyesal."
(al-maidah : 30-31)
apa yang saya belajar dari qabil?
saya belajar bahawa manusia dan alam adalah satu entiti yang tidak dapat dipisahkan.
teori manusia adalah manusia. alam sekitar adalah alam sekitar. tiada kaitan antara ke2-2 nya adalah salah. kita adalah sebahagian dari alam sekitar. dan banyak yang boleh kita pelajari dari alam sekitar, sepertimana qabil belajar dari gagak.

nak dengar satu analogi x?
ada seekor kucing, dia sedang berjalan-jalan. tiba-tiba dia melihat ada payung tergantung di awangan. tiada tali, tiada apa-apa yang mengikat payung itu. di bawah payung itu ada makanan. kucing itu terus meluru untuk makan makanan itu tanpa menghiraukan keajaiban payung yang tergantung itu. tak ke rasa macam kucing itu SANGAT2 kurang cerdik kerna hanya melihat makanan tanpa menghiraukan satu fenomena yang pelik dan ajaib pada payung itu?

sangat rugi mereka yg tidak pernah mengagumi keagungan ciptaan Allah.

begitulah jika kita sebagai manusia. jika hanya menjalani kehidupan seharian, belajar dan bekerja, makan dan tidur tanpa mengambil tahu tentang ajaibnya ciptaan Allah di sekeliling kita.
pernahkah kita memerhatikan keagungan Allah yang tersirat disebalik keajaiban ciptaan-NYA?

Sep 18, 2009

Realiti

Hidup kita menuju apa?
Saya pasti, rata-rata muslim kini sudah sangat familiar dengan soalan

"apakah tujuan manusia diciptakan?"

Jawapannya, buka al-quran masing-masing, lihat ayat 2:30 dan 51:56.

Buka, dan faham betul-betul. Faham dengan hati, bukan dengan akal logik. Jangan baca quran macam anda baca buku biologi, atau macam baca surat khabar. Di baca semata-mata untuk dapatkan fakta. Kalau baca fakta, kesannya apa ya? Simpan dalam kepala, tapi di hati tak terasa. Bacalah al-quran macam tengah baca novel."Feeling gile" kata orang, sampai boleh meleleh air mata.

Pernah tengok solat yang diimamkan oleh orang-orang arab dalam tv atau secara live menjadi jemaahnya? Iman-imam tu menangis sampai kadang-kadang terdiam seketika, sampai kita yang tak faham bahasa arab ni pun rasa nak menangis sama. Oh, seronoknya kan kalau kita boleh faham setiap patah ayat-ayat quran tu, kan? Apa-apa pun, tak faham bahasa arab bukan alasan bagi kita untuk tidak cuba memahaminya. Pergi mana-mana kedai buku,
Sambar je senaskah quran terjemahan, atau lebih baik lagi tafsir quran. Walau terjemahan tak seindah maksud asal dalam bahasa arab, its ok, at least kita faham.

Saya ingin membawa pembaca bersama-sama saya melihat realiti hari ini. Selalu terbaca atau terdengar ayat semacam di bawah?

" Soal agama ni, kita tak perlu sibuk-sibuk. Ustaz ustazah ramai. Jangan sibuk dalam bidang yang bukan bidang kita"

" Aishh, kalau budak engineering, buat la gaya budak engineering. Tak payah nak jadi ustaz ustazah pulak "


" Aik, dia ni doktor ke ustaz? Belajar medik, tapi gaya macam ustaz"



Ini realiti kan? Kalau bukan orang lain yang cakap macam tu, mungkin juga diri kita sendiri yang pernah bermonolog begitu. Satu pesanan penting. Jangan pisahkan agama dari hidup kita. Jangan asing-asingkan. Jangan suku-sakat. Kita semua islam. 1 akidah. Selagi mana manusia tu bergelar islam, maka islam tu mesti meresap dalam dirinya. Setiap tingkah lakunya seharusnya menggambarkan islam.Akhlaknya, akhlak islam. Tak kira apa pun bidang yang diceburi baik engineering,medic,law, pertanian,multimedia, sains sukan mahupun bidang penerbitan filem sekalipun,islam tu tak terpisah sama sekali.


Realiti kini, bila seseorang yang mengambil bidang selain bidang agama mula bercakap tentang islam, mulalah dilabelkan sebagai ustaz dan ustazah. Bila student medic buat kerja ajak orang dekati agama, faham agama yang sebenar, adalah yang mula cakap-cakap yang mereka ni dah lari fokus utama. Disini saya sama sekali tidak mengatakan salah untuk menggelar golongan ini dengan gelaran ustaz ustazah, tapi persepsi yang sebegitu dilihat kurang enak dan harus diperbetulkan.Umpamanya ustaz ustazah sahaja yang harus menguasai islam dan bertanggungjawab ke atasnya. Agama bukan terletak pada golongan yang dikenali sebagai ustaz dan ustazah semata-mata, tapi pada semua penganutnya. Saya tak pernah pula terjumpa " ya ayyuhal ustaz wa ustazah" di dalam al-quran. Jika ada antara pembaca yang pernah jumpa, mungkin kalian boleh tunjuk kepada saya. Seruan-seruan di dalam al-quran adalah untuk semua, sesiapa sahaja yang bergelar muslim atau mukmin.Tiada pengecualian. Noktah.

Kitalah yang bertanggungjawab memelihara kesucian islam. Kitalah yang bertanggungjawab mengembalikan kekhalifah islam dan seterusnya memastikan islam tersebar ke seluruh alam. Sama-sama kita usaha memahami al-quran dan menjadi umpama quran yang berjalan.
Membawa seruan islam seperti angin yang sentiasa menghembus. Manjadi bintang yang menjadi penanda arah ketika malam gelap. Menerangi alam umpama matahari yang tak pernah malap. InsyaAllah.

Bagaimana islam itu meresap dalam diri? Pernah dengar analogi bola besi? Nantikan ambubah di entry yang akan datang. See ya!


ps : Ambubah mahu mewakili team anak-anak nil untuk mengucapkan salam lebaran buat semua pembaca. Maaf sekiranya ada silap dan salah. Kita manusia, tiada yang sempurna. Jemputla bertandang ke anak-anak nil lagi ya~

Sep 15, 2009

jom packing our luggage!!

assalamualaikum w.b.t.!
gawwafah nak share dari ceramah yg gawwafah dgr dari seorang penceramah bebas malaysia.

kes 1 :


hurm...kawan2, dah nak raya ni, dah packing nak balik kg? kalau esok nak balik, mesti mlm ni kita dah sibuk kemas2 kan?
baju raya. kene matching dgn tudung. kasut baru. telekung. al-quran. ape lgi nak bawak yer?

kes 2 :

kalau mereka yg nk gi haji 40 hari, tgkla berapa lama persiapan. dengan kursus berminggu2.
lepas tu bila jumpa kawan2, sedara mara,

"akak mintak maaf la dik yer, salah silap akk. akk nak gi haji ni, manelah tau kalau ape2 jadi nanti, halal jerla dik yer"

kalau boleh satu kg nak jumpa mintak maaf. takut tak sempat kalau apa2 jadi.

kes 3 :

seminggu sblm blk mesir,
*rempah-sup-cili kering-santan-halia-ikan bilis-kunyit-kari....
*laptop ok-camera ok-hp ok-mp3 player ok-charger ok- all set*
*buku medic all set - buku sirah- hadith dll - sume siap
* sekolah dah gi. kawan sekolah rendah dah lawat.cikgu2 dah minta berkat semua. emak ayah dah puas hati. shopping complex dah round semua. ok!

rapinya kita packing!semua benda sudah dipastikan siap. yerla, takut2 tertinggal barang kan? kempunan setahun nanti >.<

gawwafah cuma nak sentuh satu jer.

bagaimana agaknya persiapan kita ke syurga?

dah siap packing2? dah berapa beg amalan kita ye? dah post siap2 belum bekal kita ke sana?
ishhh..kita kan nak tinggal di sana abadan abada..selama-lamanya kat syurga, mestilah kena siap bertahun-tahun awal.


kalau kak siti dah post 50 beg besar amalan, kak timah 100, kak esah 30, kak mai 1000, tak takut ke kita kalau baru satu beg yg kita mampu sediakan?tak ralat ke hati kita?

jika kita dtg beraya rumah orang, apa perasaannya kalau tuan rumah x layan? x hiraukan kita langsung. mesti kita sedih dan pulang ke rumah dengan hati kecamuk.

"x nakla dtg umah de lagi! ade ke kita dtg dia wat x tau jer.ingat kita tggul ke!"

kawan2, kalau kita di akhirat nnti, bukankah salam Allah hanya utk mereka yg ada pas masuk ke syurga.

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan apa sahaja yang mereka inginkan.kepada mereka diucapkan SALAM sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang." (36 :5758)

kalau di dunia, kita dihalau orang, boleh balik rumah sendiri. jika di akhirat, kita tak dihirau, ke mana arah hendak dituju?hendak kembali ke dunia? mustahil sama sekali.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda:”Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.”
(al-Bukhari)

jom kemas-kemas! ^-^