Oct 6, 2009

balas dendam

Yeah, exam dah habis. Rindu kat abang Gu Jun Pyo tak tertanggung lagi. Nak marathon tengok Boys Over Flower malam ni. Sapa nak gelak guling-guling macam tenggiling dengan aku malam ni?



Setelah sepurnama menuntut ilmu, maka ini lah waktunya utk dendam kesumat kita kembali.ayuh,dpatkan joystick taming sari mu. Mari beradu kekuatan.siapakah laksamana paling handal dlm dunia PES yg durjana ini. Hamba atau tuan hamba..?

Itulah dialog fofuler kita tatkala exam habis. Seakan-akan menjadi tradisi, selepas test atau exam tak kira besar atau kecil, pada sebelah malam sesudahnya exam kita akan menganugerahi diri satu malam untuk bersuka ria atau dalam erti kasarnya melagho setelah berhempas pulas belajar. haha.

atas alasan.........

REWARDING MYSELF.

Ikhwah akhawat adik-adik yang tersayang sekalian,

mari kita renung sejenak adakah dengan membuang masa dengan melakukan perkara tidak menguntungkan diri kita itu dikatakan me- reward diri?

adakah dengan mendekatkan diri kepada pintu-pintu maksiat itu satu hadiah untuk diri kita?

“Lâ tazhlimûn wa lâ tuzhlamûn
(Janganlah menzalimi diri sendiri dan jangan berbuat zalim kepada orang lain).
(QS. Al-Baqarah : 279)


Kadang-kadang kita selalu terlepas memandang perkara-perkara kecil, but they are small things that matters! Mari muhasabah


Categories:

1 comments:

mohd hazwan mohd salleh: said...

..tp pabila salah memilihnya membuatk kita jd bersalah..~