Jul 10, 2009

oreo dalam tahi lembu

Bismillah. Salaam 'Alayk.MySpace

Hari ini saya ingin membawa anda kepada dua ayat penyata.

Saya Islam.
Saya islam.

Anda nampak apa bezanya kedua-dua ayat ini ?

Ya, anda memang teliti ! Bezanya, perkataan 'Islam' dimulai dengan huruf besar. Manakala 'islam' dimulai dengan huruf kecil.

Di dalam konsep penulisan Bahasa Melayu, perkataan Islam perlu ditulis dengan huruf besar, bukan? Jika anda tidak setuju dengan saya, mungkin anda tidak sedar selama ini bahawa markah tatabahasa anda telah ditolak 1/2 markah kerana kesilapan ini. MySpace

Anda tahu apa gunanya huruf besar di dalam satu perkataan?

Tepat sekali! Huruf besar untuk kata nama khas, manakala huruf kecil untuk kata kerja atau kata nama am.Tapi dalam konteks penggunaan perkataan islam di sini, kita anggap ia sebagai kata kerja.

Bijak sungguh pembaca blog saya !MySpace

Ini bermakna, perkataan 'Islam' hanya sekadar pada nama.Nama khas.

Anda kurang faham? Saya bawakan dua ayat penyata lain.

Saya Ayu.
Saya ayu.

Penyata pertama membawa maksud, 'Saya bernama Ayu.'

Manakala penyata kedua, bermaksud, ' saya adalah perempuan yang lemah lembut, sopan-santun, perempuan Melayu terakhir lah senang cerita! '

Sedangkan penyata yang pertama tidak membuktikan Ayu bersifat demikian, walaupun namanya Ayu. Mungkin Ayu yang dimaksudkan sikapnya suka menendang orang, 'rock', 'iron lady' dan sebagainya.Bukannya Ayu yang memang ayu sungguh, jalan lemah gemalai atau gemar memakai kain batik di dalam rumah. MySpace(tiada kaitan dgn ayu amiza atau puan rahayu kandar.hehe)

Anda sudah faham? Bagus.Jadi kita kembali kepada ayat penyata yang asal.

Islam vs islam

Jika diperhatikan di sekeliling anda, di Malaysia mungkin, perkataan 'Islam' yang banyak diaplikasikan oleh kebanyakan masyarakat. Hanya Islam di dalam kad pengenalan dan surat beranak.Bukannya islam pada 'deen', bukannya islam yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bila ditanya agamanya, cepat saja menjawab "Saya orang Islam.Kan ada tulis dalam IC ni."
Tapi penampilan atau perilakunya langsung tak menggambarkan ciri-ciri seorang muslim. Mana hilang tudungnya,adab sopannya, pakaian yang macam tak cukup kain, rokok makanan rujinya, hedonism, dan segala macam lagi. Tak perlu ulas panjang-panjang.

Mungkin anda boleh merujuk buku "Asas-asas Islam" dan "Dasar-dasar Islam" tulisan Maududi, untuk mendalami tajuk ini. Maududi menjelaskan dengan panjang lebar, betapa umat Islam sekarang, hanya Islam sekadar pada nama, sahaja.

Anda rasa anda tergolong dalam golongan yang mana satu? Anda orang Islam atau orang islam?

Mungkin ada yang mempertikaikan antara,

Saya muslim vs Saya mukmin

Apa bezanya?

Orang MUKMIN selalunya kita bayangkan sebagai orang yang hebat,kaki masjid, berdakwah di sana sini, janggutnya panjang,keluarganya juga soleh-solehah belaka, berjubah bertudung labuh dan macam-macam lagi definisi yang boleh kita berikan.

Orang MUSLIM pula bagaimana? Mungkin kita anggap mereka seperti yang kebanyakan dilihat di Mid Valley,Times Square, yang biasa-biasa sahaja pakaiannya, dengan T-shirt lengan pendek dan tudung selempang di bahu.Atau dalam kata nama lain, muslim tipikal.

Ada bezakah muslim dan mukmin?

Hakikatnya, orang islam adalah orang yang beriman. Once you are a muslim, then you are a mukmin.Or you HAVE to be a mukmin.Tiada istilah islam separuh-separuh. Islam yang hanya pada pakaian, tetapi dari segi mu'amalat, dia tidak menjaga riba'. Tiada muslim yang hanya menjaga pergaulan, tidak ber'couple', tetapi memaki jiran tetangganya.Tiada islam yang hanya tertulis di dalam kad pengenalan, tetapi berambut merah, ataupun kaki rasuah.

Islam yang tidak kaaffah.Islam yang bercampur-aduk dengan kebatilan. Tidak wujud sama sekali konsep islam sebegini.


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ
إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬

208: Wahai orang-orang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan jangan kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.


(Surah AlBaqarah)
Dan di dalam hadith ke 6 daripada hadith 40 Imam Nawawi juga ada menyebut tentang perkara ini.

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.


Dunia ini hanya ada Islam dan Jahiliyah. Selain daripada Islam, adalah Jahiliyah. Dan selain daripada Jahiliah adalah Islam.Tiada di antara keduanya.
Hidup ini hanya ada antara hitam, atau putih. Tiada warna kelabu.
Namun, kebanyakan kita suka mengambil jalan tengah. Tidak mahu terlalu alim. Dan tidak juga mahu menjadi terlalu jahil.Mahu yang sedang-sedang saja.Low profile katanya.


فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا 

8. Maka Dia mengilhamkan kepada dia (manusia)(jalan) kejahatan dan ketaqwaan.
9.Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu).
10.Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.

(Surah AsySyams)


Jika begitu, kita boleh andaikan golongan pertengahan tersebut dengan perumpaan ini.

Ibarat biskut oreo dalam tahi lembu. MySpace (erk..)

Apa hukum memakan biskut oreo? Halal, bukan?
Tahi lembu pula kita kategorikan sebagai najis, yang tidak akan sama sekali dimakan oleh manusia yang berfikiran waras.

Jadi, jika biskut oreo yang telah diletakkan di dalam tahi lembu pula bagaimana? Sanggupkah anda makan biskut oreo tersebut?

Itulah perumpamaan apabila perkara haq dicampur-aduk dengan kebatilan.

Saya bawa anda kepada perumpamaan yang lebih jelas dan bersifat realistik.

Konsert Amal

Percampuran lelaki dan wanita berlaku. Seawal jam 2 petang lagi peminat sudah sedia menunggu, padahal konsert tersebut bermula selepas Isya'. Asar entah ke mana, waktu Maghrib yang singkat, apatah lagi.Artis-artis mungkin solat, tetapi bagaimana dengan pengunjung yang ribuan orang itu?
Konsertnya bersifat amal jariah. 'World Peace' mungkin, atau 'Free Gaza' atau sebagainya.
Tetapi kewajipan yang utama diabaikan.Hak dan kebatilan bercampur menjadi kelabu.

Sama seperti oreo di dalam tahi lembu, bukan?

Anda mahu contoh lagi? Tiada masalah ! MySpace

Cinta Ana-Anti

Myspace Icons


Beria-ia sungguh golongan yang 'konon-kononnya' mahu dianggap islamik ini, siap ber'ana-anti', tapi, ber'couple'.

"Ana sayangkan anti kerana Allah Taala.Hubungan kita ni suci. Kita tak buat maksiat pun. Lagi dapat pahala adalah. Ana call anti pagi-pagi untuk kejut qiyamullail, anti hantar mesej-mesej tazkirah kpd ana.Ana yakin hubungan kita diredhai Allah"
MySpace
Sayalah orang pertama yang akan muntah hijau dengan 'statement' di atas.yuckss.

Luarannya mungkin golongan ini (segelintir sahaja) kelihatan sungguh islamik, berdakwah sana-sini,cakap tentang islam berapi-api, serbannya masyaAllah, 7 lilitan ! Tudungnya labuh ke lutut,tetapi tidak menjaga batasan pergaulan yang dituntut Islam. Dari sudut tersebut, maqam orang sebegini terus jatuh merudum pada pandangan saya.Kerana, islamnya tidak kaffah, tidak sempurna, tidak menyeluruh.

Jadi,apa perlu kita lakukan?

Dalam pada kita hendak mencapai tahap Islam 'kaffah' tersebut, kita perlu TAHU apakah yang dikatakan dengan Islam dan Jahiliyyah itu sendiri. Tahu, bukan bermakna kita perlu buat perkara jahiliyyah tersebut.Tahu, supaya kita dapat membezakan dengan jelas, antara ISLAM dan JAHILIYYAH. Dan tiada yang wujud di antara keduanya.

Segalanya menuntut kepada keperluan ILMU.
Ilmu, yang bukan hanya boleh didapati dengan sekadar mendengar ceramah, atau menjadi pembaca setia laman 'iluvislam' atau 'saifulislam.com', ataupun tazkirah daripada email dan sms yang di'forward' kepada kita.Itu semua tidak mencukupi.

Sebaliknya, ilmu yang saya maksudkan ini lebih membawa kepada pengamalan, penghayatan, dan mutaba'ah (check up/ follow up) yang semestinya ada.Bukan sekadar membaca buku nafsi-nafsi, ya, ia mungkin membantu tetapi tidak efektif.

Mu'adz bin Jabal pernah berkata:
"IJLIS BINA NUKMIN SA'AH."

Mari duduk bersama-sama kami, kita beriman sejenak.

Inilah yang kita perlukan. Ilmu tersebut boleh kita perolehi dengan kita duduk bersama-sama,beriman sejenak, bermuhasabah dan mengingati Allah dengan kita berhalaqah, berusrah, berBulatan, ber'Smart Circle' atau apa-apa sajalah gelarannya.Kerana apa? Kerana iman kita bukan seperti iman para nabi yang mendatar atau semakin menaik hari ke hari. Graf iman kita, manusia biasa ada naik turunnya. Jadi perlunya sistem tarbiyyah sebegini, supaya bilamana graf iman kita hampir mencecah angka 'kosong', ada pencetus/stimulus yang mengecas semula iman kita, dan kembali mencanak naik semula.

Sistem yang sewajarnya berterusan sepanjang hayat kita.

Saya lihat perkara ini sangat penting.

Anda pula bagaimana? MySpace


6 comments:

Abby<333 said...

salam~
saya mahu bertanya..
apekah cara Islam terhadap org yg berkapel?
kirenye cara bercinta dlm Islam?
just curious~
x penah pn =p

~alhuda~ said...

wsalaam
sekadar berkongsi sdkt ilmu, cara bercinta y dhalalkan dlm islam adelah cinta slps bernikah shj.jd jika sudah jatuh cinta n mampu bernikah, maka bernikah lah scepat mngkin.tp jk sudah jatuh cinta dan ttp xberkemampuan utk bernikah, maka bermujahadahlah utk melawan hawa nafsu dan perasaan tuh.inshaAllah Allah akan memberkati usaha kita berjuang n bermujahadah keranaNya :)

boleh juga baca ttg cinta dr sini,

http://drhazimazhar.blogspot.com/2009/06/cinta-dan-hati.html

fathiyyah said...

to mama nobita,
jazakillah :)

Abby<333 said...

terima kasih =)

amirulhazwan said...

ayu,
firstly for the first time aku faham secara keseluruhannya apa yg ko tulis!! Muaha! Muaha! (alhamdulillah).
'-'

ya, sama2 utk petang tadi.

ayu,
dalam post ni, ko dah menghilightkan beberapa isu. Dan kalu ke tempat lain pun, mungkin perkara ini dah pun di perkatan sama ada di surat kabo, majalah, blog ni ha.

Tapi kebanyakannya stop di situ saja. Mereka sekadar memberitahu then that's it.

Jadi, apa kata postkan beberapa cadangan tentang cara untuk mengatasi isu2 tersebut '-'

Cuba tengok cik Abby di atas, nampak jelas yang dia ingin mengetahui apa yang perlu dilakukannya.

Dan jawapan Cik Huda adalah terlalu tepat dan tipikal. Maksudnya terus lompat kepada kesimpulan. Ini buatkan orang2 biasa yang ingin tahu tentang perkara terus tertanya tanya

knp x boleh?
apa yg patut aku buat?
dan sebagainya.

kalau kita2 ja paham of kos kita akan bersetuju. Tapi apa yang penting( kerjasama, wonderpet!! abaikan) sekarang ni adalah untuk memahamkan orang lain.

Jadi,
apa lagi ayu, next post!! '-'

p/s: post di atas ada unsur emosi tau ayu. bahaya. .

[amiza a.malik] said...

cik ami, bukan saya yang tulis. comrades lain...i was too busy dgnblog2 lain..ni share ramai2..

cube teka mana satu id aku?haha