Jul 14, 2009

Rama-Rama





Ku lihat rama-rama

Menggambarkan kesucian hati hamba yang beriman

Tenang dalam diamnya, khusyuk dalam zikirnya, dalam pemikirannya

Lebih jelas daripada orang yang banyak berbicara, jauh dari sia-sia

Diselaputi kecantikan yang cemerlang, mempamerkan kehebatan yang gemilang

Memukau mata yang memandang

Indahnya disinari cahaya terang



Seringkali ia terbang, meneruskan perjalanan yang masih panjang

Tidak berputus asa mencari keredhaan di bumi Tuhan

Terkadang ia berehat, tapi hanya untuk seketika

Tidak sesekali jiwanya kendur, lemah atau lalai oleh sebab kerehatannya

Lalu khazanah iman yang tersembunyi dalam diri menggerakkannya

Aku mesti terbang!

Dengan secepatnya ia kembali melangkah



Namun selalu saja bisikan jahat mendekatinya

Mahu ia gagal dalam meneruskan misinya yang mulia

Menarik perhatiannya pada kilauan permukaan air yang berombak tatkala terkena sinaran mentari

Menggamit supaya ia datang dekat

Melayan idaman nafsu yang terpikat oleh keindahan

Awas, Itulah umpan!

Ia mungkin dibaham sang ikan ketika menikmati keseronokkan yang mengasyikkan

Atau kepaknya mungkin basah terkena percikan air yang akan menyukarkan pergerakannya

Mahupun begitu, iman yang segar takkan mudah tertipu

Dapat mengenalpasti itulah kepalsuan yang dibuat-buat

Membangkitkannya dari lena yang berterusan



Dibiasakan dirinya terbang tinggi, baginya itulah satu kemuliaan

Untuk mendidik diri mengejar cita-cita yang besar

Memandang jauh ke hadapan bergerak maju penuh berwawasan

Bencinya pada kerendahan, nilai-nilai keduniaan

Yang pastinya tidak dipandang oleh Tuhan



*dipetik dari buku Ar-Raqaiq


Categories:

5 comments:

emhoho said...

sgt indah =D

ya austar said...

sgt indah...tiru em..hehehe

[amiza a.malik] said...

saya antara rama-rama yang pernah tertipu, malah berkali-kali.tolong tunjukkan jalan pulang =(

addurrah_89 said...

bila em buat? x tau pun... umah br ada tenet. nak bc jugak.Em smkn haibat!hehe

sharifah syahirah TSM [chep] said...

em penulis blog ni ke?
sejak bile em byk blog nie...
isk...kembar ku ni...