Jul 9, 2009

kenapa duduk kat pintu tu.....masuklah..!

"ish,ko nih..kita islam biasa2 dah la!jangan alim sgt...sempoiii"

"mana boleh biasa-biasa..kena betul-betul lah"

"ek eleh..jangan extreme sgt..syadid benor!"


sunyi.

cuba teka, itu dialog antara siapa?

seorang kawan dengan kawannya?

seorang kakak dengan adiknya?

seorang adik dengan abangnya?

seorang jiran dengan jirannya?

seorang guru dengan anak muridnya?


ia boleh jadi sesiapa saja

juga boleh jadi

dua suara dalam satu hati

seperti roh yang berbicara

berlaku dalam jiwa

namun seakan berbisik di telinga

"wahai orang-orang beriman!masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh,ia musuh yang nyata bagimu"
-albaqarah ; 208-


Islam kaafah?islam keseluruhan?apa tu?


masuklah!masuklah!masuklah!jangan duduk dekat luar..dekat luar tu bahaya...masuk!masuk betul-betul.

Itulah yang Allah cuba nak cakap,masuklah Islam tu secara keseluruhannya.Betul-betul.Bukan separuh-separuh.Masuk tu,bawa masuk semua sekali.Masuk secara keseluruhan.Dekat luar tu,ada syaitan.Syaitan itu musuh yang nyata.Jangan ikut.Bukan sesetengah perkara kita ikut islam,tapi separuh lagi taknak ikut-sebab tak kena dengan selera kita.



Ok..biasa dalam perkara apa kita ikut cara islam?


poligami of course lah

haa..ada orang kata dalam bab nikah cerai

harta pun ye jugak

apa dia?bab musafir?...betul betul betul

bab jamak qasar?...pandai2! :)











yang terang-terangan bagi kemudahan kat kita,baru kita nak ikut.

macamana pula dengan perkara-perkara lain?

kalau kita taknak ikut cara islam,

kita nak ikut cara siapa?

kalau taknak ikut arah islam,

nak berpandukan arah mana?













Allah suruh masuk Islam secara kaafah,secara keseluruhan,maksudnya bukan separuh-separuh.

bila sebut perkataan masuk,maka betul-betul masuklah.Kalau orang datang rumah kita,kita pun yang automatik peramah ni(hehehe) berkata:,


"masuklah...kenapa duduk kat luar...."


katakan orang yang kita pelawa masuk tu malu-malu nak masuk,jadi hanya berdiri depan muka pintu.


apa yang anda akan cakap kat dia?

kalau saya...saya akan cakap..


"laaa..kenapa duduk kat pintu tu..masukla...."

(sama tak jawapan kita?)


haaa...itu maksudnya..kita pun menganggap orang yang duduk kat pintu tu tak masuk lagi...still kat luar lagi..macam itu jugalah dengan Islam kaafah ni..kalau kita hanya 'separuh-separuh',maksudnya kita tak masuk lagi..kita masih menjadi orang di pintu.



ok sekarang fikir betul-betul,paham betul-betul

kita nak jadi yang mana?










_renung-renungkan!dan selamat beramal!_







5 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

saya insaf baca..

Ikan said...

saya nk bertanya.. adakah mesej disini semata2 utk menyampaikan bahawa seseorg itu bila masuk islam tak leh sparuh2, kene spnuhnya? rasenya agak salah sikit ape yg enti faham. mmg bila kita dah masuk islam kena 100% beramal dengan cara islam. akan tetapi ada juga perkara kita kene berpada2, tidak boleh terlampau syadid. contoh dalam dakwah. berdakwah biar kita ikut tahap org yg kita dakwah. tak boleh kite terus baca hadis kepada org yg berbuat kezaliman/ataupun kepada org yg jahil. ajak mereka secara perlahan2. air yg dipanaskan dengan api nyalaan kertas2 hanya marak seketika, tapi air yg dipanaskan dengan aapi pelita yg kecil,mlap lama2 akan panas jua... biar bersederhana dalam hidup... sekadar perkongsian... dibmbangi ada yg salah paham mengenai post enti....

Anisah Shamilah MS said...

yup..

sgt menginsafkan..
btol kata ikan, bila dakwah kena berpada.tgk level org..

tapi saya rasa post ini utk reflek diri sndiri.muhasabah diri kita yg nk berdakwah..bukan digunakan sbgai cara kita berdkwah...dakwah kan ade fiqh n cara2 sendiri..

wallahu a'lam..

huda said...

betul kate cik ikan.takkan la bile kte nmpk kawan kite xpakai tudung, tak smayang, tros kte pegi depan die n bukak quran n bacekan ayat quran pasal hukum tutup aurat n solat.n tros hentam die "weh ko ni kompem jd ahli nerake!"
hehe takyah tggu pape, for sure kte yg kne sembur balek, takpon die cabot lari.

yes, dalam dakwah kne ade skill,kne slow2.bine ukhuwah dgn mad'u kite 1st.buat daawah fardiyyah dgn mereka,ajak kua same, ajak makan,kenalkan kpd islam.
sbb kebanyakan umat skrg ni bukan tak tahu, mereke TAHU ttpi TAK MAHU mengamalkan hukum2 islam.umat sekarang sbnarnye sakit dr sudut aqidah.

tp sy juga bersetuju bhw dalam islam mmg takde istilah islam biase2 ke,islam syadid ke.taknak aa nampak alim sgt ke.otai2 sudeh.
takde.takde istilah camtu.islam Allah dah turunkan sesempurna mungkin n wajib kite amalkansebagimana y Allah ttpkan.

hy ade dua pilihan.pilih islam, atau jahiliyah.takde jalan tgh.

jadi beriman dan beramal lah dgn kalam Allah, "masuklah islam scr kaaffah (keseluruhan)"

wallahu a'lam

ItMeansHappiness said...

salam cik ikan...
jzkk sbb bertanya
n jzkk juga pd anisah syamilah n huda sbb tlg jawab
soalan tu ana jawab pd post"he is not deserve for the second place" tu..
yg mane macam cik ikan kate...dalam dakwah kita x bleh syadid
kita ada skill
antara skill nye dalam surah 'abasa lah
flexible